Saturday, June 13, 2015

pagi ahad di carwash

Pagi ahad, keluar pergi kedai mamak, macam selalu lah.
Depan gate rumah dan tengok kereta sport berkuasa rendah aku tu dah comot sangat. Bila diingat-ingat balik, ada lah dalam 4 bulan tak berbasuh rasanya.  Biasa lah kan. Kereta perempuan. Kali terakhir pun, abah yang tolong basuhkan kat depan rumah.

Lepas habis makan kat kedai mamak port selalu, aku pun bergerak ke kedai cuci kereta. Sebenarnya, aku memang tak pernah ambik peduli pun tempat-tempat basuh kereta ni. Jadi oleh kerana mak nak pergi tesco beli barang, aku ingat nak lah cari carwash yang tak jauh dari area tesco. Jalan punya jalan, nampak lah satu kedai ni, aku pun try la masuk.

Keluar je dari kereta, tengok ramai orang dok tengah menunggu kereta di cuci. Semuanya mamat-mamat berkereta mahal dan bermuka poyo. Semua orang pandang aku. Aku tunggu la orang datang tanya ke apa ke. Tapi berminit-minit aku dok situ, tak ada sapa pun layan.  Amboi-amboi, mentang-mentang la aku bawak kereta 60 Horse power je, dijelingnya pun tak. Aku tau la masa tu aku selekeh rupa macam tak mandi lagi. Ini dah membuatkan darah aku naik ni. Aku pun masuk balik kereta, start kereta, tekan minyak kuat-kuat, tanda protes. Heh, walaupun hp rendah, tapi ekzos besar tau. Keh keh keh (macam la ekzos tu boleh menambahkan kelajuan kereta). Aku terus blah dari situ, sambil mencaci-caci dalam hati.

Jalan lagi ke depan lebih kurang 1km, jumpa satu lagi carwash. Yes, ni jenis carwash yang tak berapa laku punya. Satu kereta pun tak ada. Ni kira bagus la. Rasanya kedai tu owner dia India. Pekerja dia 3 orang India, sorang bangla. Dia tengok customer melayu datang, cepat-cepat dia tukar pasang lagu melayu kat kedai dia tu. Ehhh, service bagus jugak. Kalau 1 Malaysia datang kedai dia pada satu masa, agak2 lagu apa la yang dia nak bukak agaknya kan.

Lepas siap cuci dengan vacuum semua, aku pun bayar. Lepas tu, bila aku start kereta, drama pun bermula. Yaa, kereta tak boleh start. Jeng jeng jeng. Tak boleh. Budak yang dok cuci kereta tu tadi, dia dah berdebar. Muka dia cuak, mesti peluh dia meleleh-leleh. Kepala lutut terketar-ketar. Dia mesti takut, aku akan mengamuk jadi hulk dekat kedai tu dan menyuruh dia membayar semua kos repair kereta. Dia suruh aku bukak bonet depan. Konon nak tengok la tu, apa masalah kereta. Hehhhhh... kau ingat kau mekanik? Kau pandai repair kereta? 

Aku keluar dari kereta sambil tersengih-sengih. Aku cakap kat dia, you jangan risau, ni bateri dah mampus. Dah sebulan pun kereta bila nak start dia akan tersangkut-sangkut sikit. Aku memang dah tau beteri nak kong, tapi malas nak tukar bateri lagi, memang sengaja nak tunggu beteri mampus terus, baru nak tukar. Tapi, mana nak sangka bateri akan mampus kat carwash dia. Aku tersengih-sengih tengok dia. Aku terpandang kat seberang jalan. Oh, ada workshop, bagus la. Aku tanya dia, tu workshop ada jual bateri kot, aku pun terus lintas jalan, pergi kat workshop tu. Lama jugak kat situ menunggu, sebab masih awal pagi, workshop tu pun baru je bukak. Dalam 15 minit aku kat situ, apek kedai tu asyik cakap tunggu har, tunggu har. Aku sabar je la menunggu. Banyak kerja dia nak kena buat. Aku pun ternampak, budak carwash tu datang jugak tengok aku.

Bila apek tu dah settle semua, dia pun bawak la bateri pegi seberang jalan. Budak carwash tu pun dok risau lagi. Dia takut kalau dah tukar bateri nanti kereta aku tak boleh start jugak, habis la dia. Apa la yang dia nak takutkan sangat, bukannya aku tuduh dia yang menyebabkan kereta aku tak boleh start.

1,2,3 start... Yippiieee... aku berdancing secara berduet dengan budak carwash tu (merepek). Budak carwash tu pun tersengih-sengih. Sepanjang aku kat kedai dia tu, satu kereta pun tak masuk kedai tu. Sekurang-kurangnya, tak ada la diorang bosan sangat kan. Awal-awal pagi dah bawak masalah kat kedai dia.
Dah siap semua aku pun cabut. Bye bye, bulan depan saya datang sini lagi yer =P

Moral of the story: Nasib baik kedai yang mula-mula tadi takmo layan aku. Kalau tiba-tiba kereta tak leh nak hidup kat sana, agak2 ada ke mamat-mamat bermuka poyo yang tengah tunggu kereta dicuci tu nak tolong belikan bateri untuk aku? Depan kedai dia tu bukan ada workshop pun.Hehhhhh.....

No comments: