Wednesday, August 7, 2013

duit raya

Sudah terlambat untuk menukar duit raya di bank?
Anda dihalau oleh pegawai bank kerana bank kehabisan duit kecik untuk ditukar (giler apa bank habis duit)?

Jangan cepat berputus asa... anda masih mempunyai harapan untuk menghulurkan seseringgit dua untuk kanak2 di pagi raya. 

Mudah saja. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Sila ke kedai runcit/7Eleven/tesco/carefour/blablabla berdekatan dengan rumah anda!
Beli satu barang yg berharga satu ringgit. Ya, satu ringgit sahaja. 
Di kaunter, sila bayar menggunakan duit 10 ringgit.
Jika pancik/makcik/adik/kakak/abang/ah pek/ah moy tanya tadak duit kicik, sila buat raba2 poket sambil menggelengkan kepala anda.. 

Taraaaa... anda bakal mendapat:

1 keping RM 5
5 keping RM 1

Sila ke kedai seterusnya, dan membeli gula-gula 4 bijik dan bayar di kaunter dengan RM10 jugak... dan jgn lupa buat muka tidak bersalah anda..

Tara... anda bakal mendapat jumlah seperti di atas juga..

lihat sekarang, anda sudah mempunyai

2 keping RM5
10 keping RM1

Sila berpindah pula ke kedai yang seterusnya dan lakukan perkaran keji yg sama dan perkata yang sama dilakukan berulang2 kali sampai anda pengsan!

selamat mencuba & selamat hari rayaaaaa!!