Friday, April 8, 2016

7 jam di Langkawi

Apa yang boleh dilakukan selama 7 jam di Langkawi? Tak banyak tempat yang boleh di cover sebab faktor lokasi dari satu tempat ke satu tempat agak jauh. 

6 April, Hari rabu, kami bergerak dari Penang pukul 5.15 pagi dan sampai ke Jeti Kuala Kedah kebih kurang pukul 6.40 pagi. Trip feri yang paling awal dari Kuala Kedah ialah pada pukul. 7.15 pagi. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi lebih kurang 1 jam 30 minit.

Kami sampai Langkawi dalam pukul 8.45, terus pergi beli tiket feri untuk balik, pukul 4 ptg dan terus ambil kereta sewa (Avanza), memang dah book siap-siap. 

Lokasi Pertama - Dataran Lang

Dataran Lang memang dekat je dengan Jeti Kuah. Boleh jalan kaki saja, Dekat sini dalam 15 minit je, tangkap-tangkap gambar dengan helang. Tak sah la kalau datang Langkawi tak selfie dengan helang ni kan. Yang best nya, dongah dekat atas, ada real punya helang tengah buat "akrobatik". 

Gambar gelap, sebab pagi, matahari berada di belakang :(

Lokasi Kedua - Perdana Quay

Tempat ni ala-ala macam Straits Quay kat Penang la. Tempat orang-orang kaya parking diorang punya yatch (kapal layar). Kami singgah kat sini untuk tangkap gambar dengan beli roti dekat The Loaf, Langkawi, sebab kami pun memang belum sarapan lagi. Kedai cantik, roti sedap.. Harga boleh tahan. Tapi oleh kerana aku ni kedekut, aku ambik roti yang harga rendah, makanya kualiti pun rendah jugak la. He he..

The Loaf

Cranberry Bagel & U.F.O Choco Almond






The Yatch

Lokasi Ketiga - SkyCab - Gunung Mat Cincang

Dalam pukul 11, kami sampai ke cable car. Oleh kerana hari Rabu, jadi orang pun tak ramai. Tak payah la beratur susah-susah dekat kaunter. Dah beli tiket, terus boleh naik. Harga tiket untuk cable car ni RM33 untuk dewasa. 




Pemandangan dari atas Cable car. Tinggi kan?


Bawah ni gambar yang diambil dari Sky Bridge. Untuk masuk ke skybridge ni kena bayar RM5, tapi kena menapak guna tangga la. Kalau nak laju tanpa guna tenaga yang banyak, boleh beli tiket RM15 untuk naik Sky Glide. Senang memang senang, tapi bila dah 10 orang duduk dalam Sky Glide tu, mau pengsan akibat kekurangan oksigen. lagi-lagi musim panas ni. Tahan je la XD hehe..



Dah puas tangkap gambar selfie berkilo-kilo kat atas tu, kami pun turun balik, masa tu dah pukul 1 lebih. Oleh kerana kami dah kekurangan masa, kami pun buat keputusan untuk makan tengahari dekat situ saja. Tak sempat dah nak berjalan-jalan ke Chenang untuk makan dan tangkap gambar.

Lokasi 4 - Kuah (HIG) shop lot

Tak banyak pun shopping kat HIG ni, habis dalam RM169 je =P



OK lah.. dah dekat pukul 4, JOM BALIKKK