Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Mari Baca Buku: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Beberapa tahun lepas, kawan aku Aiza ada sebut pasal buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Dia cakap dah lama dia cari buku ni, baru sekarang dia jumpa. Aku memang tak ada idea langsung, buku ni cerita pasal apa. Mungkin pasal orang dalam kapal? Nama kapal pun macam ganjil semacam. Dia cakap ni buku lama, bahasa berpuitis.

Selepas beberapa tahun, aku teringat balik pasal buku tu, cuba-cuba la cari dekat kedai buku. Tapi tak jumpa. Tapi lepas aku dah terlupa pasal buku tu, tiba-tiba secara tak sengaja, aku ternampak buku tu dijual dekat Kedai Buku Hasani. Apa lagi. terus ambik, bawak pergi kaunter bayaran. Tak payah baca-baca sinopsis kulit belakang.

"Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil, dan dia terlupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya" - Hamka

Aku bukak saja mukasurat pertama buku ni, hati aku dah berdebar. Lain macam je aku rasa buku ni. Rasa seram sejuk pun ada. Tahun 1938? Oh, memang betul apa yang kawan aku cakap. Buku lama. Bahasa lama, bahasa berpuitis, berkias-kias, nak cakap pasal satu perkara je metaforanya seperenggan. Mula-mula aku baca, memang aku rasa sel sel otak aku yang kurang berhubung ni dan jadi tunggang-langgang nak interpret ayat-ayat, bait-bait yang dia nak ceritakan. Tapi, bila dah baca beberapa puluh  muka surat, aku rasa seronok, tak pernah aku baca bahasa-bahasa halus dan cantik macam ni.

Tapi, anda jangan terpedaya dengan tajuk buku ni. Buku ni bukan cerita pasal kapal sangat. Buku ni ialah buku cerita percintaan orang dulu-dulu. Orang zaman 30-an. Percintaan yang terhalang, jalan cerita dia bagi aku biasa saja. Tapi yang menarik, zaman dulu mana ada telefon, apa tah lagi sms, whatsapp, semua kena guna surat. Sekali dia hantar surat cinta, berkajang-kajang kertas. Dan surat dia mak datuk, kalau orang sekarang setakat hantar SMS "I love you" sebelum tidur, tapi yang ni, dia tak mungkin cakap secara straight to the point. Penuh metafora untuk menggambarkan yang dia tu dah jatuh cinta, kecewa, gembira, teruja, syok sendiri, bla bla bla.

Kepada sesiapa yang meminati sastera, memang patut beli, baca dan khatamkan buku ni. Walaupun aku ambil masa sampai dua minggu lebih nak habiskan buku 294 mukasurat ni, tapi aku tak rasa pun rugi membeli dan menghabiskan masa baca buku ni. Kepada siapa yang asyik suka sangat baca buku Suami ku bla bla bla, dan Isteriku bla bla bla tu, cuba-cuba la baca buku macam ni pulak. Sudah-sudahlah layan buku-buku macam tu.

Nota Kaki: OK, lepas ni nak cari buku Salina pulak. Entah ada jual ke tidak kat kedai buku.



Tuesday, July 7, 2015

Tombiruo - Penjaga hutan keningau

Sejak RAMFC jual sampul duit raya "Bermata Tombiruo" yang tiba-tiba dikaitkan dengan iluminati, tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal buku Trilogi Tombiruo ni pulak. Buku kisah Tombiruo ni ada  tiga siri semuanya. Tombiruo - Penunggu Rimba, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir.

Sebenarnya aku seram tengok cover buku gambar "iluminati" mata si Ejim ni. hehehe, bila tak baca buku, aku ambik bantal tutup gambar ni. Takut mimpi malam pulakkk


Sebenarnya, buku RAM yang pertama yang aku baca ialah buku Tombiruo. Sebelum ni, aku tak pernah suka baca buku cerita, novel dan seangkatan dengannya. Bila kawan aku bercerita pasal buku ni, aku terbuka hati nak beli. Aku ni bukan seorang yang boleh menghadap baca buku lama-lama. Buku Julia, buku untuk Komsas SPM pun aku baca tak habis. Hah, jawab soalan SPM pun aku main hentam jek. Keh keh keh. Kalau layan game boleh pulak dari tengah malam sampai ke pagi non-stop. Tapi, aku beli buku ni sekadar mencuba, mana lah tahu, secara tiba-tiba boleh bertukar jadi ulat buku kan.

Buku Tombiruo ni aku mula beli tahun 2009. Buat orang yang tak berapa nak suka baca buku, memang tipu la aku boleh habis baca dalam masa dua hari. Ya, memang tipu pun. Aku ambik masa nak habiskan buku ni selama 2 bulan! Itu pun dah jadi satu kejayaan besar untuk diri aku sebab aku mampu habiskan buku tu. Aku cuma baca buku beberapa muka surat sebelum tidur setiap malam. Elok saja habis baca buku Tombiruo, keesokan harinya, terus pecut pergi kedai buku beli pulak sambungan buku tu, Semangat Hutan. Bagi aku, buku Semangat Hutan ialah buku terbaik sekali di antara ketiga-tiga buku ni. Awal-awal agak slow, masuk tengah memang sangat menarik, suspen, lucu, semua ada. Tapi penghujung cerita aku tak boleh nak kawal emosi. Oh, tidak! Sedihnya, tak boleh tahan air mata. Buku ketiga Tombiruo Terakhir, tidak serancak buku Tombiruo dan Semangat hutan. Tapi tidak mengecewakan. Cerita ni banyak babak yang buat aku rasa sakit hati. RAM berjaya membuat kita tertanya-tanya jawapan yang hanya kita dapat pada hampir dipenghujung cerita.

Aku tak nak review pasal ketiga-tiga buku ni. Cuma aku nak review pasal watak-watak utama yang ada dalam ketiga-tiga buku ni mengikut ranking suka hati aku.

  1. Amiruddin - Seorang lelaki yang bertukar menjadi perengus sejak kematian isterinya. Seorang bapak yang penyayang. Kuat agama, sayang dengan hutan. Bapak mertua kaya raya, tauke balak tapi dia suka bekerja sebagai renjer hutan je. Watak dia ni unik. Susah berterus terang, degil, suka pendam perasaan. Dia memang kecewa teramat sangat selepas isteri dia meninggal. Kiranya habis je aku baca buku ni, memang aku jatuh cinta dengan Amiruddin ni. Terus rasa nak book flight ticket ke KK, nak pergi Keningau carik Amiruddin ajak kawen. Ehhh???? Tak pasal-pasal aku dapat anak tiri free. He he he...
  2. Wan Suraya - Dia ni heroin dalam cerita ni. Wan Suraya ni wartawan dari KL. Bos suruh pegi Sabah buat kerja lain, dah habis kerja tu, dia sibuk pergi carik kerja lain pulak. Wan Suraya ni asalnya seorang wartawan jenayah, tapi ditukarkan oleh bosnya menjadi wartawan sukan sebab dia ni terlajak berani sangat. Dia yang membantu Amiruddin menyiasat pasal kematian isteri dan bapak mertua Amiruddin.Dan akhirnya jatuh cinta dengan Amiruddin.Apa yg terjadi seterusnya? Adakah cinta Amiruddin dan Wan Suraya bersatu? Baca la dulu, baru lah tahu..
  3. Ejim - Hehe, hero duduk tempat ketiga nampaknya. Ejim ni seorang lelaki yang tinggal dalam hutan keningau, dia bukan berwajah manusia! Ejim ni ialah kembar Amiruddin yang terpisah sejak lahir. Kiranya diorang ni tak pernah berjumpa. Siapa yang ternampak wajah Ejim ni mesti pengsan punyalah. Sebab tu la Ejim ni dapat gelaran Tombiruo hutan keningau. Tombiruo yang bermaksud hantu. Dalam buku ketiga, Ejim telah diculik ke KL oleh Dr. Haslia. Adakah Ejim mampu menghadapi manusia-manusia rakus di kota metropolitan itu setelah berpuluh tahun dia tinggal di Hutan Keningau seorang diri?
  4. Dr. Haslia - Seorang doktor pakar bedah kulit. Dia ni anak saudara kepada Tan Sri Nasir. Seorang yang periang, suka menyakat, suka bergurau tak kira di mana. Dalam hutan tebal pun boleh berseloroh ikut suka hati dia je. Watak dia wujud dalam buku Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Dan aku boleh cakap watak dia dalam Tombiruo Terakhir bertukar 180 darjah dari Semangat Hutan. Tak ada lagi watak yang ceria, periang. Dia bertukar menjadi perempuan yang pendendam, mementingkan diri sendiri dan tak memikirkan perasaan orang lain. Sakit hati pulak aku baca buku Tombiruo Terakhir tu.
  5. Tan Sri Nasir - Kawan kepada bos Wan Suraya. Seorang usahawan berjaya. Dia ni cinta giler la dengan Wan Suraya. Sanggup buat apa saja untuk dapatkan Wan Suraya. Bila dia tau yang Wan Suraya rupanya nak ke Sabah untuk berjumpa cinta hati, kecewa terus dia. Watak dia ni dalam Semangat Hutan masih ok. Dalam buku Tombiruo Terakhir, dia juga bersifat kejam, seperti anak saudaranya, Dr. Hasli. Hmmm cinta dan cemburu punya pasal la ni.
  6. Amirul - Anak kepada Amiruddin. Seorang budak yang bijak dan manja dengan ayahnya. Dia sangat suka kalau Wan Suraya jadi mak tiri dia. Tapi aku agak kecewa dengan watak Amirul dalam buku Tombiruo Terakhir.
  7. Ondu - Kawan baik Amiruddin. Kawan yang paling dipercayai Amiruddin. Sebab aku rasa dalam cerita ni, dia memang tak ada kawan kecuali Ondu. Disebabkan Ondu ni yang bawak Amiruddin berjumpa Odunya (nenek), Amiruddin dapat tahu kisah hidupnya dan Ejim itu kembarnya. Eh, ni nak cerita pasal Ondu ke pasal Amiruddin ni? Dah tersasar pulak. Ondu ni jugak yang berkomplot dengan Dr. Haslia untuk menculik Ejim bawak ke KL.
  8. Rogon & Teraji - Watak Rogon muncul dalam buku dalam Semangat Hutan dan Teraji dalam Tombiruo Terakhir. Dua-dua makhluk sama ganas yang tinggal dalam hutan Keningau. Suka menyerang dan memakan daging manusia. Pembunuhan beberapa orang dan pertarungan yang hebat telah berlaku di dalam Hutan Keningau terhadap kedua-dua hero dalam cerita ni. Siapa yang menang dan siapa pulak yang  kecundang?
OK lah, 9 watak utama saja la. Nak bubuh semua watak sampingan, extra, bla bla bla tak larat pulak nak taip panjang-panjang.  Secara kesimpulannya, buku Tombiruo telah berjaya mengubah diri aku daripada seorang si pemalas baca buku, menjadi seorang yang suka baca buku, tapi bukan semua jenis buku. Aku masih memilih bahan bacaan aku. Sekarang aku dah ada kesemua buku karya RAM kecuali Anugerah Pertama dan Pei Pan sebab dah tak diulang cetak. Yang lain semua dah complete, habis dibaca. Terima kasih Tombiruo, sebuah karya yang hebat dan terima kasih Encik RAM, kerana buku beliau telah mengubah aku menjadi seorang pencinta buku.

Monday, June 29, 2015

DIAgnosis 2 - Bila Doktor Berbicara

Akhirnya, selepas beberapa minggu habis jugak baca buku Diagnosis 2. Apa yang aku nak katakan, buku ni jauh lebih lebih menarik daripada buku yang pertama dulu. Penulis lebih ramai, cerita lebih panjang. Buku lebih tebal dan harga pun lebih mahal. Hehe..
Buku ni ada 6 orang penulis semuanya. Bermula dengan Doktor Anwar Fazal, gaya penulisannya, tak jauh berbeza dengan buku sebelumnya. Ceritanya pendek-pendek. Dan kalau buku yang dulu aku suka cerita doktor ketam, kali ni aku suka cerita ZIPPO. Yer, cerita ala-ala kisah doktor ketam juga.

Penulis kedua ialah Doktor Mahyuddin. Cuma ada 3 cerita, dan aku agak impress dengan cerita Bubur nasi. Tak sangka zaman sekarang yang dah moden ni pun masih lagi ada segelintir masyarakat di luar sana yang suka, percaya dengan bomoh-bomoh. Memang tak salah cari cara perubatan alternatif. tapi tengok la dulu latar belakang dia. Aku baca cerita ni sambil imagine apa yang jadi kat budak tu, rasa macam lembut kepala lutut. He he he~

OK, slot Doktor Mafietz aku paling suka. Dia pon ada 3 cerita. Cerita pasal pengalaman di Palestine, menarik tapi terlalu ringkas (OK, aku ni expectation tinggi sangat kot, dia ni doktor ok, doktor bukannya penulis novel yang dah menulis berpuluh bijik buku). Lagi satu cerita pasal ekspedisi Everest. Oh, aku suka cerita ni... aku rasa kalau la doktor ni share jalan cerita dengan sorang penulis novel, dan cerita ni dah boleh buat novel yang panjang. Mesti menarik punya la. Ramlee Awang Murshid tak pernah kut buat cerita bergenre macam ni. Orang lain la, yang penting bukan penulis novel cinta cinta suamiku isterimu bla  bla bla.

Penulis keempat, doktor comel dan juga blogger agak terkenal, Fatin Liyana, yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Anwar Fazal. OK, aku baca cerita kahwin-kahwin diorang kat Beautifulnara. Ramai sangat yang komen "Artis ke diorang ni? Tak kenal pun. Tak artis pun masuk BN jugak ke?" Hello, dah tak kenal tu diam. Korang tak baca buku ni, macamana nak kenal. Kan kan kan? Doktor FL ni banyak cerita pasal pengalaman dia di ward. Oh, cerita makcik Kalsom tu menarik la jugak. Mesti susah kan nak handle pesakit macam tu?

Seterusnya Doktor Azah. Ada 3 cerita jugak. Aku suka dengan watak Dr Ayesha, nama pun sedap, tetiba rasa nak buh nama anak Ayesha, untung-untung nanti leh jadi doktor. Hehe.. Aku paling setuju dengan cerita Ho Ho Ho. Aku setuju dengan apa yang nak disampaikan dalam cerita ni. Kadang-kadang orang melayu yang lebih-lebih, Dan paling penting dia melibatkan agama, elok la kalau kita hindarkan. Bukannya jadi kuno kalau kita tak celebrate. Kalau nak tau pasal apa, baca la sendiri.

MEET DR ROY IZMAN. Fuyoo, nama doktor macam nama artis la plak. Tapi tu nama dalam watak je, penulisnya ialah Dr Beni Rusani. Serious aku tak tau doktor ni orang apa. Nama tak macam orang melayu. Tapi kisah pasal Dr Roy Izman tu memang lain dari yang lain. Sedih. Bencik. Boleh keluar air mata XD. Ok, doktor ni cerita dia ditulis semua dalam English kecuali Bidadari Dunia. Bidadari Dunia pun sedih jugak. Aku rasa doktor ni memang sangat berbakat menulis. Aku suka gaya penulisan dan jalan cerita yang nak disampaikan. Aku nak bagi 4 setengah bintang. Eh, tetiba doktor ni dapat bintang. Doktor lain tak de pun =P

Dan yang terakhir sekali ialah Doktor Aizzat. Kisah terakhir dalam buku ni NORAD, cerita ni macam ada spin sikit, sebab pada asalnya kita akan ingat cerita ni kisah pasal perempuan yang accident dan kena buat pembedahan otak, tapi rupanya, lain pulak yang jadi. Good job doktor. Aku sedih baca cerita ni.

Rata-rata kisah dalam buku ni memang menarik. Jadi apa lagi. Beli lah. Selamat membaca!

Saturday, June 13, 2015

Diagnosis: Bila Doktor Berbicara

Tak pernah tahu pun wujudnya buku ni. Doktor tulis buku? Biar betul.
Pada asalnya aku menggoogle buku Tenggelamnya Kapal Van de Wichk, nak tengok kat mana boleh beli online buku ni. Tapi tetiba terbaca pulak review buku doktor doktor ni. Apa? Buku ni bestseller Pesta Buku Antarabangsa KL 2014? Are you kidding me? Doktor tulis buku cerita? Bunyi macam menarik, tapi aku kurang konfiden.

Tajuk buku: DIAgnosis (Penulis: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah), DIAgnosis 2 (Penulis: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah, Dr. Fatin Liyana, Dr. Beni Rusani, Dr. Mafeitz, Dr. Mahyuddin)

Aku tanpa berfikir panjang, terus masuk MPH online dan mengorder kedua-dua buku sekaligus. Tapi aku dah berniat, lepas aku baca, kalau aku rasa tak menarik, aku akan jual balik buku ni. Sebab rak buku aku dah hampir penuh!

Dua hari selepas itu, buku pun sudah sampai ke rumah. Yattaaa.... Mari baca buku!

Buku baru sampai, tak bukak plastik lagi

Buku pertama, DIAGNOSIS, nipis saja, ada 142 muka surat. Dua hari je aku baca dah habis. Penulis pertama ialah Dr. Anwar Fazal. OK, aku baru tahu dari kakpit, rupanya doktor ni sepupu kepada Syamsul Yusof Yang Mencelah.. Ehhh? Ni terpengaruh dengan iklan kat highway la ni!
Dr. Anwar Fazal ada tulis 13 buah cerita dalam buku ni. Tapi cerita dia pendek-pendek saja. Bagi aku cerita dia biasa-biasa saja lah. Cuma ada satu cerita yang membuatkan aku senyum sumbing. Tajuk ceritanya " DOKTOR KETAM". Nak tahu cerita ni pasal doktor atau pasal ketam, kena la baca sendiri :)

Penulis kedua, Dr. Azah Isa. Ada 4 cerita tapi panjang-panjang, tak macam Anwar Fazal. Cerita 1st dia pasal pasangan doktor muda yang diuji dengan sakit ketika melancong ke negara orang. OK, doktor pun boleh sakit bila-bila masa. Dan kalau doktor sakit, doktor tetap memerlukan doktor yang lain untuk bagi advise apa yang perlu dilakukan. Bukannya sendiri sakit, sendiri rawat diri sendiri ye adik-adik.

Dr. Aizzat, suami kepada Dr. Azah ada menyumbangkan 4 cerita jugak dalam buku ni. Dan cerita terakhir tu agak sedih. Nak tau ceritanya, sila la beli. Lebih berbaloi dari anda beli buku cerita cinta-cinta "Suamiku bla bla bla" ataupun "Isteriku bla bla bla". La la la~

Aku rasa bagus jugak baca buku ni, kita dapat merasai sendiri perjalanan seharian doktor-doktor di hospital. Susah payah diorang menyelamatkan pesakit. Dan juga dapat belajar jargon-jargon yang doktor gunakan. Eh, yer la sangat. Aku baca sekali je, lepas tu aku lupa dah la. Tetapi yang lebih penting, buku ni juga dapat mengingatkan kita, semua yang terjadi, atas kehendak Allah dan membukakan mata kita dengan kekuasaan Allah.

OK. DIAgnosis 2 tak habis baca lagi, walaupun dah sebulan beli. Nanti-nanti lah review kalau rajin =P

Kakpit, ko nak beli kan buku ni? Aku jual kat ko yer XD






Monday, May 4, 2015

Kisah seram: 9 Nyawa

First time nak review buku. Sebelum ni tak pernah buat pun. harap-harap menjadi.

Ok, buku 9 Nyawa karya Ramlee Awang Murshid ni aku beli tahun 2013. Bulan berapa, hari apa dah tak ingat, sebab dah lama kan. Tapi, tahun 2015 baru habis baca. Nah, dua tahun baru habis. Macam la buku tu 5000 muka surat.

Sinopsis:

"INTAN SURYANI ~ Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku."

"HAKIM ~ Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?"
INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal? - See more at: http://www.kelabram.com/2009/11/bakal-terbit-9-nyawa-ramlee-awang.html#sthash.sKHrzM1C.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal? - See more at: http://www.kelabram.com/2009/11/bakal-terbit-9-nyawa-ramlee-awang.html#sthash.sKHrzM1C.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

4 kali cubaan nak habiskan buku ni. Mula-mula beli baca dlam 20 muka surat. Lepas tu tinggal. Selepas beberapa bulan, cuba baca lagi, dalam 100 muka surat, dan akhirnya aku tinggal lagi. Buku-buku yg dibeli kemudian dah berapa banyak yang dah habis dibaca. Buku ni liat betul nak habis. Cubaan kali ketiga, masa bercuti kat hospital selama 3 hari 2 malam. Tapi anda tidak digalakkan membaca buku ni kat hospital. Ye la kan, cerita ni ada unsur seram-seram sikit. Hakim si buta bekerja di hospital dan boleh berborak pulak dengan roh-roh orang yang sedang koma kat hospital tu. Mau tak seram? Dan baca buku kat hospital pun tak berjaya jugak, mampu baca beberapa muka surat je. Tengah dok sakit, mana boleh fokus baca buku.

Akhirnya May 2015, buku ni dah selamat dikhatamkan. Kenapa aku ambil masa yang lama untuk baca buku ni? Sebab permulaan cerita ni agak slow. Dah nak masuk pertengahan baru cerita ni agak laju dan menjadi lebih menarik. Cerita bermula dengan Intan Suryani yang menghidap sakit jantung, dan koma beberapa kali. Azizah, mak kepada Intan Suryani percaya yang anaknya ada 9 nyawa seorang yang over protective, dia tak nak apa-apa terjadi kepada anaknya. Sehinggalah ada seorang lelaki bernama Khairil yang berani melamar Intan Suryani untuk dijadikan isteri.

Watak Khairil ni pada awalnya aku ragu-ragu tentang kejujuran dia terhadap Intan Suryani. Entah baik ke jahat. Tapi, selepas mereka berkahwin, aku dah ubah persepi terhadap mamat ni. Dan dipenghujung cerita, barulah kita tahu siapakah Khairil sebenarnya. Adakah dia seorang yang baik dan jujur, ataupun sebaliknya? Tak boleh la nak bagitau kat sini. Kena la baca sendiri.

Cerita ni jugak melibatkan gengster 3 buah negara, Singapure, Indonesia dan Malaysia. Serantau punya link dan pembunuhan yang kejam melibatkan gengster-gengster ni semua. Bila baca boleh la imagine adegan tembak-menembak, darah sana darah sini. 

Jadi, kalau nak tau siapakah Hakim si buta? Apakah hubungkait Hakim, Azizah dan Intan Suryani? Siapakah Khairil? Sila la baca, memang tak rugi. 

Aku nak bagi 4 BINTANG yow!!!

Nota Kaki: Aku habis baca buku ni sehari selepas kes 6 buah Myvi berlumba di DUKE yang mengakibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi mereka. 2 orang anak perempuan menjadi anak yatim piatu. Kisah ni ada sedikit persamaan dengan novel 9 Nyawa. Hakim ketika berumur 7 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya (yg disengajakan) dan kedua ibubapanya meninggal dunia. Tinggallah Hakim dan adiknya Shauki mengharungi hidup sendirian tanpa ibu dan bapa.
Oh, ending cerita ni menyebabkan air mata aku terkeluar, tapi kena cover, takut orang nampak. T_T

Selamat membaca!