Monday, June 29, 2015

DIAgnosis 2 - Bila Doktor Berbicara

Akhirnya, selepas beberapa minggu habis jugak baca buku Diagnosis 2. Apa yang aku nak katakan, buku ni jauh lebih lebih menarik daripada buku yang pertama dulu. Penulis lebih ramai, cerita lebih panjang. Buku lebih tebal dan harga pun lebih mahal. Hehe..
Buku ni ada 6 orang penulis semuanya. Bermula dengan Doktor Anwar Fazal, gaya penulisannya, tak jauh berbeza dengan buku sebelumnya. Ceritanya pendek-pendek. Dan kalau buku yang dulu aku suka cerita doktor ketam, kali ni aku suka cerita ZIPPO. Yer, cerita ala-ala kisah doktor ketam juga.

Penulis kedua ialah Doktor Mahyuddin. Cuma ada 3 cerita, dan aku agak impress dengan cerita Bubur nasi. Tak sangka zaman sekarang yang dah moden ni pun masih lagi ada segelintir masyarakat di luar sana yang suka, percaya dengan bomoh-bomoh. Memang tak salah cari cara perubatan alternatif. tapi tengok la dulu latar belakang dia. Aku baca cerita ni sambil imagine apa yang jadi kat budak tu, rasa macam lembut kepala lutut. He he he~

OK, slot Doktor Mafietz aku paling suka. Dia pon ada 3 cerita. Cerita pasal pengalaman di Palestine, menarik tapi terlalu ringkas (OK, aku ni expectation tinggi sangat kot, dia ni doktor ok, doktor bukannya penulis novel yang dah menulis berpuluh bijik buku). Lagi satu cerita pasal ekspedisi Everest. Oh, aku suka cerita ni... aku rasa kalau la doktor ni share jalan cerita dengan sorang penulis novel, dan cerita ni dah boleh buat novel yang panjang. Mesti menarik punya la. Ramlee Awang Murshid tak pernah kut buat cerita bergenre macam ni. Orang lain la, yang penting bukan penulis novel cinta cinta suamiku isterimu bla  bla bla.

Penulis keempat, doktor comel dan juga blogger agak terkenal, Fatin Liyana, yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Anwar Fazal. OK, aku baca cerita kahwin-kahwin diorang kat Beautifulnara. Ramai sangat yang komen "Artis ke diorang ni? Tak kenal pun. Tak artis pun masuk BN jugak ke?" Hello, dah tak kenal tu diam. Korang tak baca buku ni, macamana nak kenal. Kan kan kan? Doktor FL ni banyak cerita pasal pengalaman dia di ward. Oh, cerita makcik Kalsom tu menarik la jugak. Mesti susah kan nak handle pesakit macam tu?

Seterusnya Doktor Azah. Ada 3 cerita jugak. Aku suka dengan watak Dr Ayesha, nama pun sedap, tetiba rasa nak buh nama anak Ayesha, untung-untung nanti leh jadi doktor. Hehe.. Aku paling setuju dengan cerita Ho Ho Ho. Aku setuju dengan apa yang nak disampaikan dalam cerita ni. Kadang-kadang orang melayu yang lebih-lebih, Dan paling penting dia melibatkan agama, elok la kalau kita hindarkan. Bukannya jadi kuno kalau kita tak celebrate. Kalau nak tau pasal apa, baca la sendiri.

MEET DR ROY IZMAN. Fuyoo, nama doktor macam nama artis la plak. Tapi tu nama dalam watak je, penulisnya ialah Dr Beni Rusani. Serious aku tak tau doktor ni orang apa. Nama tak macam orang melayu. Tapi kisah pasal Dr Roy Izman tu memang lain dari yang lain. Sedih. Bencik. Boleh keluar air mata XD. Ok, doktor ni cerita dia ditulis semua dalam English kecuali Bidadari Dunia. Bidadari Dunia pun sedih jugak. Aku rasa doktor ni memang sangat berbakat menulis. Aku suka gaya penulisan dan jalan cerita yang nak disampaikan. Aku nak bagi 4 setengah bintang. Eh, tetiba doktor ni dapat bintang. Doktor lain tak de pun =P

Dan yang terakhir sekali ialah Doktor Aizzat. Kisah terakhir dalam buku ni NORAD, cerita ni macam ada spin sikit, sebab pada asalnya kita akan ingat cerita ni kisah pasal perempuan yang accident dan kena buat pembedahan otak, tapi rupanya, lain pulak yang jadi. Good job doktor. Aku sedih baca cerita ni.

Rata-rata kisah dalam buku ni memang menarik. Jadi apa lagi. Beli lah. Selamat membaca!

2 comments:

Eimie said...

Tunggu ko jual, baru aku dapat baca.. Harap drama-drama melayu kalau buat cerita melayu, tunjuk ckit keadaan sebenar dunia Doktor.

Ni tak, pelik tengok doktor pelatih, tapi still ada banyak masa... Lepas tu cintan cintun tu mmg tak lepas.. Memang la boleh nak bercintan cintun, tp kurangkan sikit boleh tak? Mcm orang melayu ni takder benda lain nk pk selain cintan cintun jer..

Sedih tengok citer Pesan Dari Tuhan kena banned kat TV3. Kali pertama rasa nak tengok drama melayu. Mungkin orang Malaysia ni taknak tengok realiti sebenar kot. Sabarlah Emma Fatima.. (cewahh lari tajuk jap)..

kayrel said...

Aku tingin nk tgk la cerita pesan dari tuhan tu