Tuesday, July 7, 2015

Tombiruo - Penjaga hutan keningau

Sejak RAMFC jual sampul duit raya "Bermata Tombiruo" yang tiba-tiba dikaitkan dengan iluminati, tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal buku Trilogi Tombiruo ni pulak. Buku kisah Tombiruo ni ada  tiga siri semuanya. Tombiruo - Penunggu Rimba, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir.

Sebenarnya aku seram tengok cover buku gambar "iluminati" mata si Ejim ni. hehehe, bila tak baca buku, aku ambik bantal tutup gambar ni. Takut mimpi malam pulakkk


Sebenarnya, buku RAM yang pertama yang aku baca ialah buku Tombiruo. Sebelum ni, aku tak pernah suka baca buku cerita, novel dan seangkatan dengannya. Bila kawan aku bercerita pasal buku ni, aku terbuka hati nak beli. Aku ni bukan seorang yang boleh menghadap baca buku lama-lama. Buku Julia, buku untuk Komsas SPM pun aku baca tak habis. Hah, jawab soalan SPM pun aku main hentam jek. Keh keh keh. Kalau layan game boleh pulak dari tengah malam sampai ke pagi non-stop. Tapi, aku beli buku ni sekadar mencuba, mana lah tahu, secara tiba-tiba boleh bertukar jadi ulat buku kan.

Buku Tombiruo ni aku mula beli tahun 2009. Buat orang yang tak berapa nak suka baca buku, memang tipu la aku boleh habis baca dalam masa dua hari. Ya, memang tipu pun. Aku ambik masa nak habiskan buku ni selama 2 bulan! Itu pun dah jadi satu kejayaan besar untuk diri aku sebab aku mampu habiskan buku tu. Aku cuma baca buku beberapa muka surat sebelum tidur setiap malam. Elok saja habis baca buku Tombiruo, keesokan harinya, terus pecut pergi kedai buku beli pulak sambungan buku tu, Semangat Hutan. Bagi aku, buku Semangat Hutan ialah buku terbaik sekali di antara ketiga-tiga buku ni. Awal-awal agak slow, masuk tengah memang sangat menarik, suspen, lucu, semua ada. Tapi penghujung cerita aku tak boleh nak kawal emosi. Oh, tidak! Sedihnya, tak boleh tahan air mata. Buku ketiga Tombiruo Terakhir, tidak serancak buku Tombiruo dan Semangat hutan. Tapi tidak mengecewakan. Cerita ni banyak babak yang buat aku rasa sakit hati. RAM berjaya membuat kita tertanya-tanya jawapan yang hanya kita dapat pada hampir dipenghujung cerita.

Aku tak nak review pasal ketiga-tiga buku ni. Cuma aku nak review pasal watak-watak utama yang ada dalam ketiga-tiga buku ni mengikut ranking suka hati aku.

  1. Amiruddin - Seorang lelaki yang bertukar menjadi perengus sejak kematian isterinya. Seorang bapak yang penyayang. Kuat agama, sayang dengan hutan. Bapak mertua kaya raya, tauke balak tapi dia suka bekerja sebagai renjer hutan je. Watak dia ni unik. Susah berterus terang, degil, suka pendam perasaan. Dia memang kecewa teramat sangat selepas isteri dia meninggal. Kiranya habis je aku baca buku ni, memang aku jatuh cinta dengan Amiruddin ni. Terus rasa nak book flight ticket ke KK, nak pergi Keningau carik Amiruddin ajak kawen. Ehhh???? Tak pasal-pasal aku dapat anak tiri free. He he he...
  2. Wan Suraya - Dia ni heroin dalam cerita ni. Wan Suraya ni wartawan dari KL. Bos suruh pegi Sabah buat kerja lain, dah habis kerja tu, dia sibuk pergi carik kerja lain pulak. Wan Suraya ni asalnya seorang wartawan jenayah, tapi ditukarkan oleh bosnya menjadi wartawan sukan sebab dia ni terlajak berani sangat. Dia yang membantu Amiruddin menyiasat pasal kematian isteri dan bapak mertua Amiruddin.Dan akhirnya jatuh cinta dengan Amiruddin.Apa yg terjadi seterusnya? Adakah cinta Amiruddin dan Wan Suraya bersatu? Baca la dulu, baru lah tahu..
  3. Ejim - Hehe, hero duduk tempat ketiga nampaknya. Ejim ni seorang lelaki yang tinggal dalam hutan keningau, dia bukan berwajah manusia! Ejim ni ialah kembar Amiruddin yang terpisah sejak lahir. Kiranya diorang ni tak pernah berjumpa. Siapa yang ternampak wajah Ejim ni mesti pengsan punyalah. Sebab tu la Ejim ni dapat gelaran Tombiruo hutan keningau. Tombiruo yang bermaksud hantu. Dalam buku ketiga, Ejim telah diculik ke KL oleh Dr. Haslia. Adakah Ejim mampu menghadapi manusia-manusia rakus di kota metropolitan itu setelah berpuluh tahun dia tinggal di Hutan Keningau seorang diri?
  4. Dr. Haslia - Seorang doktor pakar bedah kulit. Dia ni anak saudara kepada Tan Sri Nasir. Seorang yang periang, suka menyakat, suka bergurau tak kira di mana. Dalam hutan tebal pun boleh berseloroh ikut suka hati dia je. Watak dia wujud dalam buku Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Dan aku boleh cakap watak dia dalam Tombiruo Terakhir bertukar 180 darjah dari Semangat Hutan. Tak ada lagi watak yang ceria, periang. Dia bertukar menjadi perempuan yang pendendam, mementingkan diri sendiri dan tak memikirkan perasaan orang lain. Sakit hati pulak aku baca buku Tombiruo Terakhir tu.
  5. Tan Sri Nasir - Kawan kepada bos Wan Suraya. Seorang usahawan berjaya. Dia ni cinta giler la dengan Wan Suraya. Sanggup buat apa saja untuk dapatkan Wan Suraya. Bila dia tau yang Wan Suraya rupanya nak ke Sabah untuk berjumpa cinta hati, kecewa terus dia. Watak dia ni dalam Semangat Hutan masih ok. Dalam buku Tombiruo Terakhir, dia juga bersifat kejam, seperti anak saudaranya, Dr. Hasli. Hmmm cinta dan cemburu punya pasal la ni.
  6. Amirul - Anak kepada Amiruddin. Seorang budak yang bijak dan manja dengan ayahnya. Dia sangat suka kalau Wan Suraya jadi mak tiri dia. Tapi aku agak kecewa dengan watak Amirul dalam buku Tombiruo Terakhir.
  7. Ondu - Kawan baik Amiruddin. Kawan yang paling dipercayai Amiruddin. Sebab aku rasa dalam cerita ni, dia memang tak ada kawan kecuali Ondu. Disebabkan Ondu ni yang bawak Amiruddin berjumpa Odunya (nenek), Amiruddin dapat tahu kisah hidupnya dan Ejim itu kembarnya. Eh, ni nak cerita pasal Ondu ke pasal Amiruddin ni? Dah tersasar pulak. Ondu ni jugak yang berkomplot dengan Dr. Haslia untuk menculik Ejim bawak ke KL.
  8. Rogon & Teraji - Watak Rogon muncul dalam buku dalam Semangat Hutan dan Teraji dalam Tombiruo Terakhir. Dua-dua makhluk sama ganas yang tinggal dalam hutan Keningau. Suka menyerang dan memakan daging manusia. Pembunuhan beberapa orang dan pertarungan yang hebat telah berlaku di dalam Hutan Keningau terhadap kedua-dua hero dalam cerita ni. Siapa yang menang dan siapa pulak yang  kecundang?
OK lah, 9 watak utama saja la. Nak bubuh semua watak sampingan, extra, bla bla bla tak larat pulak nak taip panjang-panjang.  Secara kesimpulannya, buku Tombiruo telah berjaya mengubah diri aku daripada seorang si pemalas baca buku, menjadi seorang yang suka baca buku, tapi bukan semua jenis buku. Aku masih memilih bahan bacaan aku. Sekarang aku dah ada kesemua buku karya RAM kecuali Anugerah Pertama dan Pei Pan sebab dah tak diulang cetak. Yang lain semua dah complete, habis dibaca. Terima kasih Tombiruo, sebuah karya yang hebat dan terima kasih Encik RAM, kerana buku beliau telah mengubah aku menjadi seorang pencinta buku.

No comments: