Wednesday, August 7, 2013

duit raya

Sudah terlambat untuk menukar duit raya di bank?
Anda dihalau oleh pegawai bank kerana bank kehabisan duit kecik untuk ditukar (giler apa bank habis duit)?

Jangan cepat berputus asa... anda masih mempunyai harapan untuk menghulurkan seseringgit dua untuk kanak2 di pagi raya. 

Mudah saja. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Sila ke kedai runcit/7Eleven/tesco/carefour/blablabla berdekatan dengan rumah anda!
Beli satu barang yg berharga satu ringgit. Ya, satu ringgit sahaja. 
Di kaunter, sila bayar menggunakan duit 10 ringgit.
Jika pancik/makcik/adik/kakak/abang/ah pek/ah moy tanya tadak duit kicik, sila buat raba2 poket sambil menggelengkan kepala anda.. 

Taraaaa... anda bakal mendapat:

1 keping RM 5
5 keping RM 1

Sila ke kedai seterusnya, dan membeli gula-gula 4 bijik dan bayar di kaunter dengan RM10 jugak... dan jgn lupa buat muka tidak bersalah anda..

Tara... anda bakal mendapat jumlah seperti di atas juga..

lihat sekarang, anda sudah mempunyai

2 keping RM5
10 keping RM1

Sila berpindah pula ke kedai yang seterusnya dan lakukan perkaran keji yg sama dan perkata yang sama dilakukan berulang2 kali sampai anda pengsan!

selamat mencuba & selamat hari rayaaaaa!!

Friday, March 15, 2013

penangan yutiub


camera 8mp carl zeiss ni tak berapa nak boleh diharap. haha =P



Thursday, March 14, 2013

KK TRIP DAY 3


Ok sekarang sambung pulak hari ketiga. Macam dah lama sangat tinggal nanti telupa la pulak. Hari ketiga kami begerak pulak ke Hotspring dan Taman Negara. Jauh jugak nak ke sana dari KK. Dalam dua jam lebih. Jalannya pun agak memeningkan kepala. Lagi-lagi sebab perut tak kenyang. Makanan kat hotel memang dah tak lalu. Dalam perjalanan ke sana kepala dah mula pening-pening sebab tak cukup makan. Tapi gagahkan jugak la.

Dalam perjalanan ke Poring tu, singgah dulu kat kampong Marsha, kat tamparuli. makan-makan nasik dulu =p. ok tu tipu je.. singgah rumah terbalik. Yeah, kakpit sudah tentunya sangat gembira sebab itulah tmpat idaman yang dia nak sangat pergi. Yang tak best nya tak boleh tangkap gambar dalam rumah. Cuma boleh kat luar rumah jer.  Lepak dan jalan-jalan kat sana dalam setengah jam, kami pun teruskan perjalanan.

kereta ni plat johor yer..
jangan betulkan monitor pc anda..

Lepas tu, kami singgah pulak kat ermm.. ok tak ingat nama tempat ni. Tapi boleh tengok view gunung kinabalu secara jelas. Sampai sini, berangan je la nak panjat gunung. Badan ni memang sudah pasti tak larat nak panjat. Asyik ada masalah dengan makanan, tenaga pun tak cukup, macamana nak panjat. Tourist guide tu cakap kalau nak panjat mesti kena stamina kuat. Kena practice berbulan-bulan. Sembang punya sembang pongpang pongpang, dia pun mengaku yang dia pun tak penah daki lagi. Ha ha ha..

tinggi-tinggi gunung kinabalu.. tinggi lagi sayang sama kamu.. ehem ehem

Dalam 20 minit singgah kat sini, perjalanan pun diteruskan semula. Dalam setengah jam, kepala rasa pusing-pusing dah. Memang tau ni sebab makanan tak cukup dalam badan, tapi perut tak lapar. Walau macamana pun, mesti nak kena masukkan makanan dalam perut jugak. Nasib baik ternampak ada gerai-gerai jual kat tepi jalan. Terus suruh driver tu berhenti, beli buah anggur. Tak basuh pun taka pa la, janji boleh makan. Dapat makan sikit, baru rasa lega sikit. Dan tak lama lepas tu, kami pun sampai ke destinasi. Yattaaaaa!! Pengembaraan bermula..

turun beli belah kat tepi jalan..
sila ke kanan...
Tinggi jugak nak mendaki bukit ni untuk naik ke jambatan gantung.. rasa dah macam gula dalam badan habis terus, tenaga taka da dah. dengan makanan tak cukup dalam badan. Nasib baik jugak dah makan anggur tadi. Tapi kepala tetap rasa berpusing-pusing. Bersusah payah daki bukit, smpai jugak kat tempat jambatan gantung tu. sampai kat sana duduk berehat dulu. Tiba-tiba, rasa ada something nak terkeluar dari mulut. Oh tidak! Lepas keluar sedikit ‘barang-barang’ dari dalam perut, baru rasa kepala lega dan bertenaga sikit. Apa lagi, perjalanan diteruskan. Jambatan gantung tu memang awesome betul. Tinggi, tapi tak la rasa takut sangat sbb banyak pokok kat bawah. Jadi,daun-daun lindung tanah. Tak de la rasa tinggi sangat, hehe.. berlagak je bunyinya kan. Aku pun bukan jenis orang yang gayat. Memang boleh jalan dengan laju. Kakpit dengan tourist guide kami tertinggal di belakang? Oh oh.. mereka takut rupanya. Nasib baik aku punya mood tak berapa nak bagus, sebab makanan kurang daalam badan. Kalau tak, dah lama aku kasi goyang-goyang bagi diorang takut.

kakpit lambat... kalau kasi goyang-goyang mesti cepat sikit smpai
panjang kannn...
tengok pandangan dari atas, nampk daun2 je.. bukan nampak tanah pun... tak la  nampk tinggi sangat

700m hokey.... jgn main2 :p
Lepas turun dan main soak soak kaki dekat kolam hotspring yang rasa macam air water heater… kami pun bergerak. Nak pergi tengok bunga besar pulak. Lokasinya tak jauh pun dari poring hotspring tu. kami agak luckly sebab masa tu memang bunga tengah mengembang. Nak tengok bunga sekuntum tu kena bayar RM20 yer. Bukannya free sebab bunga tu duduk kat tanah orang. Ah, memang kaya la tuan tanah tu. bayangkan kalau sehari 100 orang pergi tengok bunga. Dia dah boleh dapat 2k. kalau bunga tu seminggu kembang sebelum dia mati, dah berapa ribu riban di situ. Wow! Seronok dengar conversation antara tourist-tourist guide yang jumpa geng-geng nya kat situ. Ada sorg Tanya, ‘hai, tak pergi tengok munyet kan harini?’ yang sorg jawab ‘asyik mau tengok munyet hari-hari, sekali sekala masuk hutan pula bah..’

Nak masuk tengok bunga pun kena berjalan jauh ke dalam. lalu hutan, denai, batu batan, akar-akar pokok, sungai, titi buloh.. bla bla bla..
cabaran diperlukan untuk tengok bunga besar =p
akhirnya kami sampai ke tempat bunga. What? bunga besar dah mati? apa ni? adakah kami ditipu? kembalikan duit kami RM20!

Bunga yang dah mati kaler itam.. eeyuwww
oh oh.. mintak maaf.. kena jalan depan lagi rupanya. dan akhirnya.. kelibat bunga besar sudah pun kelihatan... hey bunga, awak sangat besar. apa rahsianya? awak minum susu apa sehingga sihat sebegini rupa?
heheh.. nak tengok bunga sebijik ni pun kena berebut2...
Untuk tengok bunga sekuntum tu, kakpit siap bertumbuk-tumbuk sampai lebam mata dengan sorang budak tu. dah pasti lah kakpit kalah. dahsyat betul. lain kali sila belajar karate yer. 

muka kakpit lepas bertumbuk dengan budak kat belakang tu..
Dah habis tengok bunga, kami bergerak cari tempat makan. Tapi masalahnya, perut ni memang banyak masalah, jadi masalah pun datang berganda-ganda. Kepala berpusing-pusing balik. Dari tempat bunga ke tempat makan memang jauh. Dan smpai ke tempat makan tu, memang tak lalu nak makan langsung. Boleh makan beberapa suap je. Jadi tenaga memang tak cukup. Sampai kat taman Negara, aku tak boleh nak turun. Kesian kakpit turun sorang-sorang je. Aku duduk tido dalam van. Dia pun turun sekejap je.. mungkin sebab bosan dan hujan. 

ini je gambar yang kakpit berjaya tangkap kat taman negara.. oh my goshhh!  =p gambar apekah itu??

dan aku tido sepanjang pejalanan balik ke KK. 

Friday, February 15, 2013

KK trip day2


OK sekarang sambung pulak hari kedua. Dalam pkul 8.30 dah siap-siap turun breakfast. Semalam selepas bergembira dapat nasik, pagi ni kegembiraan sudah tiada lagi. Tak ada satu makanan pun dekat cafĂ© hotel tu yang tekak aku selera untuk telan. Mula-mula ambil nasik goreng. Makan la sikit. Nampak coco crunch dengan susu,. Rasa macam selera sikit. Tapi bila makan, coco cruch nya failed. Tak lalu nak makan. Main paksa paksa je la tekak ni. Makan je la ala kadar. Perut tak kenyang pun. Banyak lagi rongga2 kosong.  Dah habis makan, kami pun tunggu la kat pintu belakang hotel. Lambat jugak orang yg nak ambik kami tu sampai. Rupanya tourist guide semuanya main agak2 org je la kan. Tengok nama kita lepas tu kena la imagin rupa kita macamana, baru la senang nak teka, adakah kita org yang dicari. Kalau aku tau, awal2 aku pakai nametag besar.

LOKASI KEDUA: TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Damn betul la. Perjalanan naik kereta dari hotel ke jeti tak sampai 5 minit pun. Jalan kaki lagi cepat kut. masa dalam kereta, tourist guide tu Tanya nak tambah apa-apa tak. Boleh try seawalking ataupun watersport. Aku senyap je la. Tak tau nak ke tak sambil kira kira duit dalam bank. Haha.. Sampai kat jetty, dia bawak ke office dia, tunjuk gambar org buat seawalking. Terus angguk setuju. Nah ambik ni RM180! T_T

Mula2 kami naik boat ke pulau manukan. Sampai2 sana terus excited tgk banyak betul org sibuk tengah snorkeling. Aku dan kakpit dah terlompat-lompat kat sana, tak sabar nak terjun air dah. Kalau boleh dari atas jeti tu pun dah nak terjun. Tapi memandangkan kami ni gadis2 pemalu, terus cancel. Sebelum start snorkeling, tangkap dulu gmbar2 kat pulau tu.  habis sesi begambar, apa lagi, terus buat bunjee jumping (mmg tipu) ke dalam air. Mula-mula nak pakai benda mask tu pun tak reti. Lama2 ushar org punya, baru la pandai. Haaaa.. pengembaraan bermula.. sesi menonton ikan belang-belang berenang memang seronok.
Ada akak tu bagi aku roti. Ikan terus berebut2 cagut tangan nak makan roti. Aku dengan akak tu banyak sejarah. Mula2 aku ingat akak tu kakpit, duk terjerit2 panggil akak tu, rupanya salah org, giler punya malu. Lepas dari tu, aku tgh snorkeling carik ikan, aku p tepuk bontot orang. Akak tu ternampak dan ketawa tak henti-henti T_T
terima kasih kepada kamera waterproof kakpit

Ni gambar tengah bagi ikan belang-belang makan roti

hai ikan belang-belang, awak sangat comel. rasa macam nak goreng





Tp bila dah lama tengok air dia macam dah keruh2 sikit.. ikan pun Nampak jadi kelabu.. aku pun berhajat nak bergerak ke sebelah sana pulak. Ada orang tu cakap kat belah sana tu lagi banyak ikan. Kat belah sini Cuma ada ikan belang-belang je. Kat sana nemo pun ada. Aku pun cepat2 berenang gaya bebas untuk ke sebelah sana. Tapi malangnya, beberapa minit berenang, aku tak bergerak-gerak pun dari tempat tadi. Aku harus menerima kenyataan yang aku mmg tak boleh berenang. Harap gaya je yg lebih. Tangan bergerak, tapi hakikatnya kaki kat bawah. Macamana nak begerak. Huhu~~ time up! Masa untuk begerak ke pulau seterusnya T_T

air ni macam dah nak start keruh

Dari manukan pergi pulak ke pulau sapi. Kat pulau ni lebih meriah. Lagi ramai orang. Dan ada makanannnnnn!!! Hehehe…. Sampai2 pulau tu, terus pegi kat tempat buffet, ambik nasi, udang, sotong, ikan bla bla bla (tipu jer) aku ambik sikit je sebab tak berapa nak selera sangat tgk makanannya. Jenuh rasanya nak menghabiskan nasik satu senduk tu. yang selera Cuma tembikai dengan air je la. Dan makan tengahari juga perut tak kenyang. Haihz T_T

Habis makan terus bergerak ke pejabat pulau tu. kat situ kami dengar briefing pasal seawalking. Macamana isyarat2 yang kena buat masa kat bawah air. Bla blab la.. 5 minit dah siap. Lepas kena tunggu pulak sekumpulan orang Korea. Dia punya tourist guide duk bercerita punya la lama.15 minit ada kut. wah, kami punya tak smpai 5 minit, tapi diorang punya la lama. Tak faham betul. Adakah ini satu diskriminasi terhadap pelancong tempatan? Ha ha ha.. tapi memang kagum. Kumpulan orang korea tu  memang ramai. Lebih 10 orang kalau tak silap. Ada muda ada tua ada kanak2. Yang tua-tua tu umur dalam 50 rasanya. Dan berpakaian macam nak pergi shopping kat KLCC. Tak rupa macam nak terjun laut langsung. Bila tengok aku dengan kakpit, memang selekeh betul. Tshirt, track suit dengan tudung senget2. Kami pun naik boat ke tengah laut. Kat sana ada satu pelantar. Turun kat situ. Aku dengan kakpit duduk kat tepi, kena bagi orang-orang Korea turun dulu. Ish.. ni lagi sekali diskriminasi terhadap pelancong tempatan T_T.
kat pelantar ni mmg tak dapat nak tangkap gmbar sebab camera semua letak dekat pulau. Kumpulan pertama turun seramai 8 org termasuk seorang budak kecik. Tengok diorang turun selambe je. Ok la kut. aku dengan kakpit duduk kat tepi smbil hati berdebar-debar. Bila dah habis, turun pulak kumpulan yang kedua. Ada sorang kakak (umur dalam 30an) turun beberapa saat terus naik semula dengan muka takut. Tak faham la pulak apa yang dia bebel, harapkan kakpit yg bayar mahal2 masuk kelas korea, tpi dia pun tau satu dua perkataan je. Kami syak dia punya telinga sakit sebab tekanan bawah laut tu. dia tak tahan. Lepas tu turun lagi beberapa orang. Ada sorang makcik ni turun, lepas tu naik jugak. Aku rasa mungkin dia dah termakan kata2 kawan dia yang sebelum tu tadi. Dia pun tak jadi turun jugak. Lama jugak la nak tunggu depa settle. Aku dengan kakpit group yang ketiga turun. Sebelum kakpit turun, ada sorang amoi ni pakai baju belang-belang (lebih kurang macam ikan jugak) turun kejap lepas tu naik semula dengan muka yang takut. Dia macam nak cancel dah. Lepas tu diver tu pun panggil kakpit dengan aku turun.
Kakpit berjalan ke tempat tu tak pandang belakang dah. Memang tak sabar2 dah la tu. kami tunggu punya la lama. Penat menunggu je. Lepas kakpit turun, aku punya turn pulak. Mula-mula turun sampai paras leher. Lepas tu dia letak helmet yang berat macam sandy si tupai dalam cerita spongebob tu. lepas letak terus diver tu tarik aku ke bawah. Memang rasa telinga sakit sikit time tu. telan-telan je la air liur, lepas tu ok dah la. Elok sampai je kat bawah, kena pegang tali. Jalan kena macam robot tak boleh senget2, nanti air masuk dalam helmet pulak. Oh oh… saya dikelilingi oleh ikan. Ya.. ikan belang2 yang banyak dekat pulau manukan tadi T_T. dan tiba-tiba aku tengok amoi pakai baju belang-belang tu berdiri tepi aku. Dia dah Berjaya turun rupanya. Mesti dia rasa tercabar aku dengan kakpit dah Berjaya turun ngeheh (perasan). duduk kat dasar laut memang sangat sejuk. Badan dah terketar2. Kat bawah tu, ada sorg diver tukang tangkap gmbar sorang-sorang. Dan paling best boleh pegang nemo yang comel. Kecik je nemo tu. agak lama jugak kat bawah tu, rasa dah lenguh2 bahu sebab helmet berat. 

ikan belang-belang memang hidup sejahtera kat sini agaknya

tengok ni muka kakpit gembira betul

10 minit lebih jugak la duduk kat bawah tu. amoi baju belang-belang yang turun paling last tu kena naik paling awal, dan aku orang yang paling last naik. Elok2 naik, boat dah menunggu untuk balik semula ke pulau. Bila smpai pulau, ingatkan ada masa nak snorkeling lagi. rupanya dah tak sempat. dah siap2 semua terus kena ke jeti tunggu boat untuk balik. Kecewa betul tak sempat nak sambung snorkeling.

Malam tu, lepas habis rest, kami keluar merayau-rayau kat pasar malam. Cuci mata je, tak beli apa pun. Masa tengah tengok2 barang, kepala rasa berpusing-pusing. Tak tau kenapa. Tapi aku syak sebab perut lapar, tak cukup makanan. Yer la kan, dah dua hari tak dapat menikmati rasa perut kenyang T_T. kami pun terus bergegas ke tempat orang makan2 seafood dan mengoder seekor ikan masak nyonya apa benda tah. Nasik share sorang separuh dan air suam sorang 4 gelas T_T

ikan masak nyonya ni

Wednesday, February 13, 2013

KK trip day1



Hujung bulan january haritu, akhirnya tersampai jugak la hajat aku dengan kakpit nak  jejakkan kaki kat bumi sabah. Dah lama kut plan nak ke sana, asyik tangguh, masa tak sesuai la.. ekonomi tak stabil la. Ajak ramai orang untuk join. Ye la lagi ramai lagi meriah ye dak. Tapi apa boleh buat, semuanya sepi, akhirnya kami berdua jugak la.
Berbulan-bulan jugak la contact dengan org travel agent (dapat dari matta fair). Mula-mula hantar dekat banyak jugak travel agent mintak quotation. Lepas tu filter la cari yang paling murah. Terkejut beruk jugak quotation yang dapat semuanya dekat-dekat 1k. tu tak masuk tiket flight lagi. Berbulan2 baru decide betul-betul nak pegi jalan ke mana. Aku berbalas email dengan org tu selama beberapa bulan. Mana tak nya satu hari balas satu email dan satu soalan. Mesti orang tu pun naik menyampah dah terima email dari aku. Memang tak sangka melancong dalam Negara sendiri pun kos tinggi. ok, kalau nak murah, boleh je pergi sendiri tak payah guna travel-travel agent ni. Tapi oleh kerana kami ni dua orang budak yg kurang keyakinan diri nak pegi tempat org, elok la carik travel agent senang la nak begerak kan. Walaupun kena bayar mahal.

Hari pertama dari KL (rumah kakpit) begerak seawal 6 pagi. Dah kena heret beg dari rumah dia ke stesyen LRT. Nak highlight kat sini, oh.. susahnya jadi org KL ni. Nak ke airport punya la jauh, kena naik macam2 kenderaan. Mula-mula dah kena exercise jalan kaki. Seberang jalan dengan beg berat. Turun tangga tinggi, baru sampai stesyen LRT. Kena beli tiket ke KL Sentral pulak. Tunggu punya tunggu (ok org penang jakun sikit bila naik train ni) train dalam 15 minit, train pun sampai. Aku ingat train tu terus sampai ke KL sentral, rupanya kena turun kat Hang Tuah dulu, turun naik tangga lagi T_T kena tunggu monorail plak. Bila dah smpai KL Sentral, masih ada tangga yang menarik untuk dituruni lepas tu kena seberang jalan untuk naik SKY bus. Wahhh.. lecehnya… Pagi-pagi dah habis tenaga. kalau kat penang, start je kereta bawak terus sampai ke airport bayan lepas. Kan ke senang.

Sampai je kat LCCT, perut memang bekeroncong. Energy kena charge. Bila dah settle drop bag semua, cepat-cepat serang mcd (OK aku tak boycott). Makan chicken porridge dengan apple pie dengan air milo je. Perut tak kenyang pun. Nak highlight sekali lagi. Perut tak kenyang.
Flight dalam pkul 9.35, dalam flight kami senyap je. Mula2 besembang jugak, lepas tu dua-dua orang layan handphone masing-masing. Kakpit dengan Arashi. Aku dengan concert Beyond. Dalam flight aku memang pantang sikit becakap banyak ni. Kalau cakap banyak, nanti perut masuk angin. Bila masuk angin, mula la rasa nak temuntah. Haa.. tu dah jadi masalah. Sudahnya perut tak kenyang.

Sampai je kat KKIA, benda pertama yang di cari ialah toilet. Sedih betul, toilet ada dua je, tapi beratur sangat panjang. Aku pulak salah pilih line untuk queue. Orang yg queue depan aku semuanya masuk toilet dengan lama. Elok smpai turn aku, nahh.. ada mak cik nak potong queue sebab dah tak tahan. Wahh.. aku yg selalu menonton iklan BUDI BAHASA BUDAYA KITA yang Adlin Aman Ramli belakon tu, kena la bagi makcik tu masuk dulu walaupun kurang rela. Ha ha ha…

Bila dah settle semua, kami pun bergerak keluar. dari jauh lagi dah nampak ada org pegang nama aku. hehe.. bangga kejap. terus pergi kat orang tu, dia pun bawak kami ke hotel. airport ke hotel tu tak jauh mana, tapi tu dia, punya lama baru sampai. dengan jalan jam. tak sangka jugak kk punya jam macam tu. penang kat area town pun kalah.


<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
masa dalam van perut dah berbunyi-bunyi. memang lapar. tapi 1st program kami start pukul 2 ptg. masa tu dah pukul 1.30. memang tak sempat nak makan ni. nasib baik kat tepi hotel ada 7eleven. ingat nak beli roti gardenia cokelat, tapi aku mungkin bermimpi, roti tu tak wujud di sabah! aku pun main ambik je la roti  yang lain. tak banyak pilihan pun. makan roti, perut tak kenyang sebenarnya. bila dah check in bilik (bilik memang dah book siap2 dekat agoda), ok bilik kami paling ekonomi punya, standard room tak ada tingkap. hehehe… lepas settle letak barang terus kena turun balik, jalan kaki lintas jalan depan hotel, kena tunggu bus trip kat situ. oh tempat tunggu bas tu memang dekat dengan waterfront. angin dia punya la kuat…

lokasi pertama: klias river cruise – beaufort
ni memang tempat yang aku paling eksaited nak pergi. aku dah surf banyak blog. orang cakap memang best tempat ni. so yang ni memang awal2 dah masuk dalam list tempat wajib pergi. boleh tengok monyet hidung mancong. mana ada dekat waterfall aka kebun bunga penang monyet spesis gini. yang dekat waterfall tu semua hidung penyek2. tunggu punya tunggu kat situ, bas trip tak muncul2 jugak. hati dah gundah gulana. risau kalau bas dah tinggal kitorang. dekat 2.30 baru la ada orang tegur, cakap bas dah sampai. bas tunggu seberang jalan rupanya. naik-naik bas, tengok bas dah penuh. semuanya orang taiwan. cuma tinggal seat belakang sekali je. nak tak nak kena la duduk situ jugak. lepas tu bas pergi ke hotel lain ambil lagi dua orang hongkong. wahhhh.. dalam bas tu cuma ada 4 orang malaysia. aku, kakpit, tourist guide dan driver bus T_T.  memang jauh dari kk nak ke beaufort tu. dekat 2 jam jugak la. otw ke sana, kami layan mp3 je la. mata pun mengantuk, perut pun tak berapa kenyang.


sampai je kat sana, aku nampak makanan! ini sudah menaikkan semangat aku. tapi makanannya cuma la tiga ketul kuih (goreng pisang, kuih loyang dengan kastat jagung) minum dengan TEH o. kami duduk semeja dengan orang hongkong. sembang-sembang la sikit-sikit dengan depa. ajar la depa cakap goreng pisang. depa pun datang ke sabah berdua jugak.


habis sesi makan2 kuih, pengembaraan pun bermula. yeah! naik bot jalan kat sungai. ini seronok. boleh tengok monyet (munyet orang sabah panggil) hidung mancong. 


aisehh… ok, mula2 memang seronok, sebab aku igt munyet2 tu semua bermain2 dekat river bank, boleh tengok dengan dekat. tapi malangnya, munyet tu semua pemalu. duduk dekat hujung2 pokok, atas2 dahan, menyorok. punya la susah nak nampak. tapi brader yang bawak boat tu memang terer. mgkin sbb mmg tu profession dia tetiap hari tengok munyet. dia nampak je. aku puas betanya kat dia. kat mana? kat mana? tak nampak pun. dia pun jenuh tunjuk kat aku yg mata kero ni.


nah ni dia gmbar money hidung mancung. ni gambar terbaik la yg boleh ditangkap guna camera zoom 36x aku ni. tapi gmbar pun blur sbb tangan parkinson sikit. nak gmbar terang ni ha kat bawah ni. gmbar kat dinding. memang cute.. tak payah nak zoom zoom bagai.

apa macam? hensem tak? hensem tak?



ni gambar atas boat bersama tourist guide kami. dia ni orang dusun. dia cakap kerja dia tiap tiap hari tengok munyet je sampai munyet pun dah bosan tengok dia. ha ha ha.. aku tengok muka2 tourist dari taiwan tu semuanya kebosanan sbb munyet yang diharapkan semuanya pemalu-pemalu belaka. haihz… habis acara mengushar munyet di atas pokok, sesi yang ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu makan malam. gembira hati ni bila nampak nasik @@

bersambung…