Friday, March 15, 2013

penangan yutiub


camera 8mp carl zeiss ni tak berapa nak boleh diharap. haha =P



Thursday, March 14, 2013

KK TRIP DAY 3


Ok sekarang sambung pulak hari ketiga. Macam dah lama sangat tinggal nanti telupa la pulak. Hari ketiga kami begerak pulak ke Hotspring dan Taman Negara. Jauh jugak nak ke sana dari KK. Dalam dua jam lebih. Jalannya pun agak memeningkan kepala. Lagi-lagi sebab perut tak kenyang. Makanan kat hotel memang dah tak lalu. Dalam perjalanan ke sana kepala dah mula pening-pening sebab tak cukup makan. Tapi gagahkan jugak la.

Dalam perjalanan ke Poring tu, singgah dulu kat kampong Marsha, kat tamparuli. makan-makan nasik dulu =p. ok tu tipu je.. singgah rumah terbalik. Yeah, kakpit sudah tentunya sangat gembira sebab itulah tmpat idaman yang dia nak sangat pergi. Yang tak best nya tak boleh tangkap gambar dalam rumah. Cuma boleh kat luar rumah jer.  Lepak dan jalan-jalan kat sana dalam setengah jam, kami pun teruskan perjalanan.

kereta ni plat johor yer..
jangan betulkan monitor pc anda..

Lepas tu, kami singgah pulak kat ermm.. ok tak ingat nama tempat ni. Tapi boleh tengok view gunung kinabalu secara jelas. Sampai sini, berangan je la nak panjat gunung. Badan ni memang sudah pasti tak larat nak panjat. Asyik ada masalah dengan makanan, tenaga pun tak cukup, macamana nak panjat. Tourist guide tu cakap kalau nak panjat mesti kena stamina kuat. Kena practice berbulan-bulan. Sembang punya sembang pongpang pongpang, dia pun mengaku yang dia pun tak penah daki lagi. Ha ha ha..

tinggi-tinggi gunung kinabalu.. tinggi lagi sayang sama kamu.. ehem ehem

Dalam 20 minit singgah kat sini, perjalanan pun diteruskan semula. Dalam setengah jam, kepala rasa pusing-pusing dah. Memang tau ni sebab makanan tak cukup dalam badan, tapi perut tak lapar. Walau macamana pun, mesti nak kena masukkan makanan dalam perut jugak. Nasib baik ternampak ada gerai-gerai jual kat tepi jalan. Terus suruh driver tu berhenti, beli buah anggur. Tak basuh pun taka pa la, janji boleh makan. Dapat makan sikit, baru rasa lega sikit. Dan tak lama lepas tu, kami pun sampai ke destinasi. Yattaaaaa!! Pengembaraan bermula..

turun beli belah kat tepi jalan..
sila ke kanan...
Tinggi jugak nak mendaki bukit ni untuk naik ke jambatan gantung.. rasa dah macam gula dalam badan habis terus, tenaga taka da dah. dengan makanan tak cukup dalam badan. Nasib baik jugak dah makan anggur tadi. Tapi kepala tetap rasa berpusing-pusing. Bersusah payah daki bukit, smpai jugak kat tempat jambatan gantung tu. sampai kat sana duduk berehat dulu. Tiba-tiba, rasa ada something nak terkeluar dari mulut. Oh tidak! Lepas keluar sedikit ‘barang-barang’ dari dalam perut, baru rasa kepala lega dan bertenaga sikit. Apa lagi, perjalanan diteruskan. Jambatan gantung tu memang awesome betul. Tinggi, tapi tak la rasa takut sangat sbb banyak pokok kat bawah. Jadi,daun-daun lindung tanah. Tak de la rasa tinggi sangat, hehe.. berlagak je bunyinya kan. Aku pun bukan jenis orang yang gayat. Memang boleh jalan dengan laju. Kakpit dengan tourist guide kami tertinggal di belakang? Oh oh.. mereka takut rupanya. Nasib baik aku punya mood tak berapa nak bagus, sebab makanan kurang daalam badan. Kalau tak, dah lama aku kasi goyang-goyang bagi diorang takut.

kakpit lambat... kalau kasi goyang-goyang mesti cepat sikit smpai
panjang kannn...
tengok pandangan dari atas, nampk daun2 je.. bukan nampak tanah pun... tak la  nampk tinggi sangat

700m hokey.... jgn main2 :p
Lepas turun dan main soak soak kaki dekat kolam hotspring yang rasa macam air water heater… kami pun bergerak. Nak pergi tengok bunga besar pulak. Lokasinya tak jauh pun dari poring hotspring tu. kami agak luckly sebab masa tu memang bunga tengah mengembang. Nak tengok bunga sekuntum tu kena bayar RM20 yer. Bukannya free sebab bunga tu duduk kat tanah orang. Ah, memang kaya la tuan tanah tu. bayangkan kalau sehari 100 orang pergi tengok bunga. Dia dah boleh dapat 2k. kalau bunga tu seminggu kembang sebelum dia mati, dah berapa ribu riban di situ. Wow! Seronok dengar conversation antara tourist-tourist guide yang jumpa geng-geng nya kat situ. Ada sorg Tanya, ‘hai, tak pergi tengok munyet kan harini?’ yang sorg jawab ‘asyik mau tengok munyet hari-hari, sekali sekala masuk hutan pula bah..’

Nak masuk tengok bunga pun kena berjalan jauh ke dalam. lalu hutan, denai, batu batan, akar-akar pokok, sungai, titi buloh.. bla bla bla..
cabaran diperlukan untuk tengok bunga besar =p
akhirnya kami sampai ke tempat bunga. What? bunga besar dah mati? apa ni? adakah kami ditipu? kembalikan duit kami RM20!

Bunga yang dah mati kaler itam.. eeyuwww
oh oh.. mintak maaf.. kena jalan depan lagi rupanya. dan akhirnya.. kelibat bunga besar sudah pun kelihatan... hey bunga, awak sangat besar. apa rahsianya? awak minum susu apa sehingga sihat sebegini rupa?
heheh.. nak tengok bunga sebijik ni pun kena berebut2...
Untuk tengok bunga sekuntum tu, kakpit siap bertumbuk-tumbuk sampai lebam mata dengan sorang budak tu. dah pasti lah kakpit kalah. dahsyat betul. lain kali sila belajar karate yer. 

muka kakpit lepas bertumbuk dengan budak kat belakang tu..
Dah habis tengok bunga, kami bergerak cari tempat makan. Tapi masalahnya, perut ni memang banyak masalah, jadi masalah pun datang berganda-ganda. Kepala berpusing-pusing balik. Dari tempat bunga ke tempat makan memang jauh. Dan smpai ke tempat makan tu, memang tak lalu nak makan langsung. Boleh makan beberapa suap je. Jadi tenaga memang tak cukup. Sampai kat taman Negara, aku tak boleh nak turun. Kesian kakpit turun sorang-sorang je. Aku duduk tido dalam van. Dia pun turun sekejap je.. mungkin sebab bosan dan hujan. 

ini je gambar yang kakpit berjaya tangkap kat taman negara.. oh my goshhh!  =p gambar apekah itu??

dan aku tido sepanjang pejalanan balik ke KK.