Monday, August 3, 2015

What I found at Kemaman


Short vacation ke Kemaman & Pahang, berjalan macam orang tergocoh-gocoh bak kata orang Terengganu/Kelantan. Sambil melawat saudara-mara, dan lebih nya nak mencari makanan-makanan rare yang tak ada kat Penang. Ok, tipu, ada kat Penang tapi tersangat lah teruk rasanya. Dua benda yang tak boleh dilepaskan kalau kita ke Pantai Timur. This is it gang!


Makanan pertama ialah Satar & Otak Otak Kuala Kemaman. Kedai yang dipilih ialah , hehe bukan dipilih sebab yang ni paling ramai orang, so boleh consider paling sedap la kan. Dulu pernah makan kat gerai satar sebelah kedai ni, memang sedap tahap petala 7. Tapi oleh kerana gerai tu tak bukak lagi, mungkin masih mood beraya, jadi kita try pulak kedai Kedai Satar & Otak-otak Che Wan. Kedai besar, orang pun ramai, pelbagai bangsa datang makan sini. Tapi harga agak mahal la aku rasa.




Aku sorang makan je dua pinggan, tu pun rasa tak cukup. Nak lagi!


super delicious, kalau boleh nak angkat kedai ni letak depan rumah


Aku memang minat Satar je, otak-otak macam tak berapa minat sangat. Tapi akak aku balun otak-otak habis sepinggan. Amekkau. Abah ada makan pulut mangga, gambar lupa nak ambik, sebab excited sangat nak makan satar kan. Dan pulut mangga tu memang diconfirmkan oleh QC (akak) sebagai pulut mangga tersedap di muka bumi.. muahhaha. Secara kesimpulannya, semua makanan kat situ sedap. Kalau anda ke Kemaman, jangan lupa singgah di Kuala Kemaman. Tak tahu jalan? Jangan risau, waze kan saja =P

Plan nak pergi lagi sekali lagi kedai ni keesokan harinya, tapi tak berkesempatan pulak. Rugi betul rasa.

On the way balik dari Kemaman, singgah pulak dekat kedai keropok lekor kat Cherating. Kedai ni memang dah tiga kali aku singgah. Kalau balik dari Terengganu aku memang tak kan lepaskan peluang singgah kedai ni. Keropok lekor dia memang sedap nak mampus.  Kedai Keropok Lekor Cap Kren, Cherating.



Kali kedua kami singgah ke kedai ni tahun lepas. Aku memang tak ingat nama kedai keropok lekor ni, tapi akak aku boleh agak-agak namanya. Dia cakap boleh jadi nama Keropok Lekor Buldozer, tak pun Keropok Lekor Jengkaut. Oh mai, kenapa nama kedainya teruk sekali. yeah.. rupanya Kren, Keropok Lekor Kren yer, kami terjerit-jerit bila tengok signboard Keropok Lekor Kren, dan bukannya jengkaut. Pandai-pandai je tukar nama kedai orang. Hehehe...


Siap mintak orang kedai tolong gorengkan keropok, lepas tu makan terus kat sana. Sepiring ni harga RM2. Mungkin agak mahal, sebab tengok la ada berapa ketul je tu, tapi memang berbaloi sebab sangat sedap. Kalau orang cakap keropok losong paling sedap, aku geleng kepala, baik lagi keropok Batu Rakit atau Seberang Takir. Tapi, cap kren ni berganda lebih sedap. Rasa terawang-awang ke udara. 

Tak cukup makan kat kedai, suruh lagi orang tu goreng bungkus, boleh la mengunyah lagi sambil driving

 Dah lah tu... JOM BALIK



2 comments:

Unknown said...

Terima kasih share 👍 pasal kedai keropok lekor cap kren.. Nanti datang cherating singgah kedai.. Utk tempahan call/wasap 0145188158 amirul(keropok lekor cap kren)

Unknown said...

FB KEROPOK LEKOR CAP KREN CHERATING KUANTAN PAHANG

https://www.facebook.com/Keropok-Lekor-Cap-Kren-Cherating-1975600306089922/

I'm on Instagram as @keropok_cap_kren_cherating. Install the app to follow my photos and videos. https://www.instagram.com/invites/contact/?utm_medium=whatsapp&utm_campaign=default&utm_source=ig_contact_invite&utm_content=1div804

📺Instagram: keropok_cap_kren_cherating
💻Facebook: Keropok lekor cap kren cherating