Thursday, August 20, 2015

Siapa nak tiket bas free, sila bagi nombor IC

Tahun 2004, Kuala Terengganu

Aku dan rakan-rakan berpakat nak ke KL, tujuan ke sana, aku kurang pasti sangat. Tapi boleh jadi untuk berpoya-poya la kut. Masa tengah makan malam bersama rakan-rakan, kami berbincang mengenai niat kami untuk ke KL. Salah seorang kawan kami berkata, "Oh, aku pun nak g KL jugak hujung minggu ni. Ada tiket free...Korang nak tak?"

"What? What? What? Tiket free? Siapa yang nak bagi tiket free ke KL ni? Biar betul?"

"Betul la, aku tengok ada tampal kat papan kenyataan kat hostel. Ada, cuma kena bagi nama dengan No IC jek, nanti petang Jumaat bas ambik depan hostel."

Yippieeee... kami melompat kegembiraan..

Hari yang di nanti telah pun tiba. Dalam pukul 2.30 atau pukul 3.00 petang, bas pun sampai. Ada sorang Pak Cik dalam bas tu. memeriksa semua nama budak-budak yang naik bas. Yer la, nak bawak student, mesti la kena jaga elok-elok kan. Kami pun excited lebih, nak pergi KL la katakan. Kami semuanya 6 orang. Aku, Kakpit, Peja2, Elaq, dan dua orang lagi rakan kami yang akan menuju ke destinasi lain bila dah sampai di KL nanti. Sorang nak balik rumah, sorang lagi nak jumpa kawan kat UPM. Bas trip penuh, tak ada satu pun kerusi kosong.Dah dekat sejam kami duduk dalam bas, baru lah bas bergerak.

Dalam perjalanan tu, aku dapat satu masalah. Alamak, sandal putus pulak dah. Mana ada bawak kasut spare. Jenuh la nak berjalan macam ni.Perjalanan kami memang lama, dalam pukul 10 baru kami sampai area KL. Bila masuk je area KL, Pak cik tu bagi announcement.

"Sebelum kamu semua turun, kamu kena pergi satu tempat ni dulu. Dekat Damansara. Kamu pergi sana dengar-dengar dulu orang cakap bagi ceramah, lepas tu baru boleh pergi ke destinasi masing-masing."

Kami semua terkejut. Mata terkebil-kebil. Ada sorang budak cakap, "Pakcik, ayah saya dah tunggu ni, saya tak nak pergi kat situ."

"Eh, tak boleh, kamu kena pergi dulu tempat tu, lepas tu baru balik."

Budak tu terdiam. Jauh jugak perjalanan baru kami sampai ke tempat yang Pakcik tu cakap.
Kakpit dah contact abang dia, dia bagi tahu lokasi kami berada.

"OK, kita dah sampai. Kamu semua boleh turun! Hey hey jangan bawak turun beg, tinggal beg dalam bas. Jangan saya kata jangan. Naik atas dulu tingkat 18 (OK, aku hentam je, aku mana ingat tingkat berapa). Nanti baru balik ambik beg. Sini KL tau, KL ni bahaya tau. Banyak orang jahat. Jangan cuba-cuba berjalan sorang-sorang. Sekarang semua turun bas, naik tingkat 18."

Budak-budak dalam bas semua bising. Tak puas hati. Kitorang turun bas, kami bertekak dengan Pakcik tu. Pakcik tu boleh buat dek je. Tension betul aku masa tu. Plan semua lari dah ni. Dengar ceramah apa pulak kat sini. Nak tak nak kena la jugak ikut Pak cik tu. Entah ke mana la pakcik tu nak bawak kitorang pergi.

Fuhh.. besar jugak bangunan ni. Aku mengekori belakang Pakcik tu sambil mengheret kasut yang putus, jalan pun dah macam orang tempang dah. Sampai hati kasut ni. Time ni jugak la dia nak putus. Tak tunjuk kasih sayang langsung dekat tuan dia.

Sampai tingkat 18, pintu lif terbukak. Jeng jeng jeng..

Perghhh giler meriah kat sini. Ramai orang pakai "semat-semat". Pakai necktie, pakai blazer. Bising pulak tu. Bilik sana ada orang bercakap kuat-kuat, bilik sini ada orang bercakap kuat kuat.  Tepuk tangan, sorak-sorak.. Perghhhhhh...

"Haaa, korang masuk bilik tu, dengar-dengar dulu orang nak cakap apa. Jangan cuba-cuba nak lari, sini KL tau KL, bahaya tau. Ramai orang jahat dengan perogol T_T" Pakcik poyo tu bagi amaran lagi kat kitorang untuk kali yang ke lima belas agaknya.

Kitorang pun menurut. Dengar je la cakap orang tua tu. Masing-masing mencari kerusi kosong. Ada sorang mamat ni yang dok berceramah, bukan main semangat lagi.. Orang-orang lain dok menjerit-jerit bertepuk tangan. Tak sakit tekak ke diorang ni.

"Saya baru saja join LUXOR beberapa bulan. Tapi sekarang, saya sudah mampu pakai kereta yang mahal. Jangan ingat kalau kita tumpukan perhatian dalam bisnes ni, kita tak boleh dapat result cemerlang. Saya ni student UKM. Last sem dapat result 1st class. Kamu semuat tak teringin ke nak jadi macam saya? Memang tak rugi kita join.. bla bla bla, tada tada tada, teng teng teng, pong pang pong pang... " Sambil diikuti tepukan daripada orang-orang lain.

Setelah beberapa ketika  kitorang terpaksa mendengar ceramah yang sanagt tak best tu. Maka, kitorang berempat membuat plan. Kita memang tak boleh tunggu kat sini. Jom kita keluar lari dari sini. OK! Setuju!

Kitorang dengan selumber keluar dari bilik tu, pergi dekat lif, tekan butang turun. Tapi tiba-tiba....

"Kamu ni nak pergi mana ha?" Pakcik poyo jerkah dari jauh.

Teketar-ketar kepala lutut bila dengar suara pakcik tu.Ishhh... macamana boleh tak perasan pulak ni, Pakcik tu duduk atas kerusi macam jadi jaga, dok perati kut kut ada budak-budak yang macam kitorang ni nak melarikan diri.

"Dah.. pergi masuk balik bilik tu. Dah habis nanti baru boleh balik! Ni KL tau.. KL. Ramai orang jahat."

Kitorang pun masuk balik bilik tadi. Terpaksa la dengar lagi mamat tu bercakap.. Kalau ikut hati aku, nak je aku baling mamat ni dengan sandal putus aku ni. Tapi, nanti kalau dah baling lagi teruk, takkan aku nak kaki ayam kut. Giler kau jalan kat KL kaki ayam. Sekarang ni boleh gagah lagi heret-heret kaki.

Jam dah lewat. Dah pukul 1 pagi kut masa tu. Abang Kakpit dah lama sampai kat bawah. Kitorang buat plan lagi. Kitorang akan keluar berdua-dua, jumpa dekat toilet.
Bila sampai dalam toilet, kena atur strategi pulak, macamana nak pergi ke lif, tapi tak nak bagi pakcik tu perasan.  Jarak antara toilet dengan lif lebih kurang beberapa belas meter sahaja. Dua orang keluar terhendap-hendap dari toilet, berlari-lari anak dan terus menekan butang lif. Berjaya! Ya, berjaya! Pakcik lambat.. pakcik lambat!! =P

Tetapi malangnya, lagi dua orang sudah tertangkap oleh Pakcik. Dan sebagai hukumannya, terpaksalah masuk bilik tu semula, dan mendengar ceramah dengan tekun sampai habis.

Lebih kurang pukul 2, ceramah pun berakhir. Semua boleh turun. Kami semua berkumpul di bawah. Kawan kami lagi dua orang cakap, beg tak boleh bawak keluar lagi, sebab pintu bas kunci. Maka, terpaksa lah kami tunggu pakcik tu. Pakcik mengumpulkan semua budak-budak yang dia bawak, lepas tu buat annoucement.

"Semua dengar sini. Ok, sekarang kita akan balik Terengganu semula." Perghhhhhhh kilat sambar menyambar. Guruh sabung-menyabung. Puting beliung semua macam nak tecabut bumbung-bumbung rumah.

Giler?? Balik Terengganu semula?

Kitorang kena buat plan lain. Abang kakpit dah lama menunggu. Walau macamana pun kitorang tak kan balik Terengganu malam ni. Dalam hati memang menyumpah-nyumpah pakcik tu.
Kitorang kena ikut naik bas balik, untuk ambik beg. Budak-budak yang lain semuanya nampak dah redha. Turut je semua cakap pakcik tu. Lepas kitorang ambik beg, bawak turun. Pakcik tu menyinga. Buat kali yang ke seratus lima puluh juta, dia pun cakap, "Kamu nak pergi mana? Kamu kena balik Terengganu jugak malam ni. Tak boleh turun kat sini, sini KL, sini bahaya, ramai orang jahat, kita tak tau!"

Salah seorang dari kami berenam cakap" Pakcik, aku ni orang KL tau pakcik. Aku nak balik rumah aku la Pakcik. Apa ni pakcik."
Kitorang secara bergilir-gilir bertekak dengan pakcik tu sambil disaksikan oleh budak-budak lain dari dalam bas. Ha ha ha! Kesian abang kakpit, sudah esok kerja, terpaksa pulak tunggu berjam-jam kat situ. Sabar je dia tunggu kami settle masalah dengan pakcik ni.

Dah lebih 15 minit bertekak dengan pakcik tu di tepi jalan, maka, pakcik tu pun menyerah kalah. Dia pun cakap, "takpe la. Nak duduk sini, duduk lah. Tapi kalau jadi apa-apa kat kamu semua saya tak nak bertanggungjawab!"

Yeay.. kami gembira melompat bintang. Bye bye bas trip. Nanti Ahad kita jumpa kat Terengganu yer, sambil menjelirkan lidah mengejek budak-budak dalam bas.

OK, jom balik. Abang kakpit pergi mengambil keretanya.

Pada malam yang sepi itu, ditengah kotaraya. kami naik kereta Kelisa seramai 7 orang semuanya. Peja2 yang paling kecik terpaksa duduk di atas kakpit dan kepala kena bagi senget sikit. =P Nasib baik tak jumpa polis. Kalau tak, naya yer. Mana nak menyorok.

Pada keesokan harinya, saya membeli selipar baru berwarna biru dan seterusnya saya ke Lowyat untuk membeli SD card 128mb yang berharga RM100

*****************************************************************************
Setahun selepas itu... "Hey, Niza lama tak jumpa!" Tegur seorang kawan yang aku kenal masa buat part time masa cuti semester yang dulu.

"Eh la... ya la.. lama betul tak jumpa. Sewa rumah area mana sekarang?" Serius aku lupa nama dia, tapi buat-buat je la ingat. Takmo la dia kecik hati.

"Eh, free tak malam ni? Jom kita lepak-lepak"

"Malam ni? Malam ni ok je. Jom la..." Dah orang ajak lepak, pergi je la kan. lagi pun lama tak jumpa. Boleh jugak aku tanya nama dia apa. hehehe....

Tunggu punya tunggu, lambat baru dia muncul. Dia datang bawak geng pulak. Elok je duduk-duduk order makanan, maka...

"Erm.. niza, ni nak tanya. Pernah dengar pasal LUXOR tak?"

"WHAT???? $*&@%^(*&$_@(%^&_@*_&)((%(_&%_&+%*+"

Malam tu aku balik rumah dengan bad mood. Tapi rahsia keluar jumpa budak LUXOR tu tadi tidak diceritakan kepada kakpit, Elaq atau Peja2. Kalau tak, confirm aku kena gelak. HUwaaaaaaaa T_T

Entah apa jadi dengan Luxor sekarang. harap dah bangkrap teruk. Padan muka dia. Sampai hati dia menipu budak-budak student macam kitorang. Bukan kitorang je yang jadi mangsa. entah beribu-ribu mangsa dah kena dengan menggunakan modus operandi licik macam ni.

Nota kaki: Salah seorang kawan kami yang berada ditempat kejadian telah kembali ke rahmatullah pada sem 5 akibat jangkitan kuman. Al-fatihah.....

1 comment:

Anonymous said...

Buat yang mau dijadikan budak nafsu yang sudah ada di dalam tubuh manusia yang mau dijadikan budak nafsu yang sudah ada di dalam tubuh manusia yang mau dijadikan budak nafsu yang