Saturday, June 13, 2015

Initial D – Versi Penang – Chapter 1



Dua buah Civic saling bersaingan memandu pada awal pagi menuju ke puncak Bukit Jambul. Dua orang kembar yang memandu Civic hitam dan Civic putih saling kejar-mengejar di jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan di awal pagi di kawasan perbukitan itu. Pemandu Civic hitam, Aidil Izwan menekan throttle  rapat ke lantai kereta, dan memotong kereta adiknya, Azwan Fitri yang berada dihadapannya sambil melihat meter kelajuan kereta. Dia tersenyum puas dengan performance keretanya. Dia akan memberikan latihan yang lebih lagi kepada adiknya supaya adiknya akan menjadi setanding dirinya yang memang sudah dikenali sebagai pemandu terlaju dikalangan pelumba-pelumba kereta haram Pulau Pinang.   

Sejurus selepas Aidil Izwan melepasi kereta adiknya, Azwan Fitri, kedua-dua kembar itu tergamam apabila terdapat sebuah Myvi merah memotong kedua-dua kereta kembar Civic itu dengan laju sekali. Aidil Izwan meningkatkan kelajuan untuk mengejar Myvi tersebut tetapi tidak Berjaya apabila tayar keretanya tidak sempat mengelak dari termasuk ke dalam lubang jalan yang rosak. Dia sedaya upaya mengawal keretanya supaya tidak terbabas dan melanggar benteng tepi jalan. 

Kereta mereka membelok masuk ke kawasan perumahan mewah Bukit Jambul dan memberhentikan kereta dihadapan rumah tiga tingkat milik bapanya yang merupakan seorang pemilik hospital swasta di negeri itu. Kembar tersebut keluar dari kereta masing masing dan berpandangan sesama sendiri. 

“Aidil, apa yang hang tengah pikiaq sekarang?” Azwan Fitri mula membuka mulut.

“Aku tak pernah tengok Myvi merah tu sebelum ni kat area sini. Gaya Myvi tu agak fishie. Aku tak puas hati selagi aku tak jumpa depan-depan dengan budak Myvi tu. Dia macam sengaja nak tunjuk hebat depan kita. Esok aku nak mintak Epy siasat siapa budak Myvi merah tu.”

***********************************************************************************
 ”Aku besa tengok kereta tu, dia duduk dekat area flat Bukit Gedong. Dia memang laju. Tapi tak sangka dia sampai boleh potong abang hang,” Epy dengan confident bercerita kepada Azwan Fitri. Mereka berdua duduk lepak-lepak sambil pekena roti tisu di Restoren Kayu Nasi Kandar, Bukit Jambul.

“Hang ni confident ka? Entah-entah kereta lain kut,” Azwan Fitri menyangkal antara percaya dengan tidak. Dia masih tidak boleh terima, kereta Myvi 1.3 berplat PGK berwarna merah yang dah berusia 10 tahun boleh memotong kereta abangnya dengan sangat laju. 

Zaky Tuah memerhatikan dua orang lelaki yang sedang rancak berbual mengenai Myvi merah itu selang 3 buah meja dari meja mereka. Zaky Tuah menenyeh-nenyeh puntung rokoknya ke dalam ashtray lantas mengambil bil pembayaran yang diletakkan oleh pelayan kedai di atas mejanya. Dia bangun dan menuju ke arah meja Azwan Fitri dan Epy lantas duduk di sebelah Epy.  

“Civic Putih kat luaq tu kereta hang kan? Zaky Tuah memulakan bicara.

“Oh ya, nama aku Zaky Tuah. Aku dari BM,” dia menghulurkan tangan tanda ingin salam perkenalan. Azwan Fitri dan Epy masih diam membisu. ”Aku dengaq hang ni ada abang kembaq, bawak Civic hitam. Betoi ka?” Zaky Tuah menyimpulkan senyuman sinis. 

”Hang buleh straight to the point? Hang mau apa? Carik pasai?” Epy seakan kurang senang dengan kehadiran Zaky Tuah yang tidak diundang itu. 

Zaky Tuah memandang tepat ke dalam mata Azwan Fitri dan berkata, “Cakap dekat abang hang, jumpa dekat Straits Quay sabtu malam ahad, pukoi 1 pagi. Aku nak berdepan dengan hero sini. Kita tengok siapa yang lagi hero,” Zaky Tuah menulis MALAM SABTU, 1 PAGI di belakang bil pembayarannya dan menyerahkan bil itu kepada Azwan Fitri. Dia lantas bangun sambil menepuk-nepuk bahu Azwan Fitri.

“Oh lupa plak, tu makanan aku tak bayaq lagi. Tolong bayaqkan ok? Anak taukeh mesti banyak duit, takat 5 ringgit 6 kupang tu apa la sangat” Dia meninggalkan kedua orang lelaki itu sambil bersiul kecil.

Zaky Tuah bergerak keluar dari restoren Kayu Nasi Kandar itu dan terus menuju ke kereta Evo X hitamnya yang dipakirkan di depan restoren. Beberapa orang budak-budak perempuan yang baru nak up menjeling-jeling Zaky Tuah yang sedang masuk ke dalam kereta sambil membayangkan kalau-kalau lelaki bergaya itu nak ambil mereka sebagai marka.

BERSAMBUNG…

marka = girlfriend/boyfriend
BM = Bukit Mertajam

No comments: