Saturday, June 20, 2015

kisah zaman muda-muda

Dah masuk Ramadhan hari yang ketiga. Aku tengah bertungkus-lumus menghabiskan buku DIAgnosis2. Masa zaman study dulu, tak de bertungkus lumus macam ni. Bulan puasa ni baru la ada mood nak sambung baca balik semula. Tengah aku baca buku cerita doktor-doktor ni, aku teringat pulak masa zaman dulu-dulu. Zaman muda-muda bersama-sama dengan roommates aku kat hostel. Kami satu bilik ada 4 orang. 3 melayu, seorang cina. Dua orang roommates aku yang melayu tu sekarang dah jadi doktor! Yes, doktor!. Aku? Aku jadi apa? hmmmmmm... aku jadi lagu ni la... Bila orang tanya aku, aku kerja apa, aku sendiri pun tak tau nak cakap aku kerja apa. Ya, itu lah kebenarannya. Bila makcik makcik, pakcik pakcik tanya, sedara mara, sepupu sepapat tanya, aku akan cakap aku kerja dekat company XXX instead of apa jawatan aku kat sana. huh.. tak menjawab soalan langsung. Patut la BM tak dapat A. Abes tu, takkan aku nak sebut nama jawatan aku yang sepanjang 5 patah perkataan tu. Nanti diorang melopong pulak mulut. Lepas tu, mesti ingat aku punya kerja ni macam kerja bawak kapal terbang. Heh, perasan.

OK, aku bukan nak cerita pasal kerja aku yang nama jawatan 5 patah perkataan tu. Tapi, aku ni nak cerita pasal ex-roommates aku yang dah jadi doktor tu. Dr. Huda, Dr. Hidayah. Sebenarnya tak la banyak sangat kenangan aku dengan diorang, Lagipun kami berkawan selama setahun saja. Lepass habis pre-U, kami bawak haluan masing-masing dan aku tak pernah jumpa diorang lagi dah. Sekarang ni cuma Dr Huda ada dalam friendlist FB aku. Paling last aku wish Happy birthday dekat wall dia bulan lepas. Dia reply. Dia cakap, Thanks roommate! heh..

Cuma satu benda yang aku tak boleh lupa. Zaman tu, aku perasan macam aku masih lagi kanak-kanak. Aku mintak mak belikan aku sekor patung dolphin yang besar. Nak buat bantal peluk lah kononnya. Bwak ke hostel, aku pun show off la kepada roommates aku. Mana tau diorang jealous kan. Mak diorang tak belikan dolphin =P

Rupa-rupanya, selepas seminggu diorang berdua buat pakatan bersama, nak sorokkan dolphin tu!

Masa aku keluar dari bilik, Dr. Huda telah menyembunyikan dolphin aku dalam almari baju dia. Tidoq melingkaq la dolphin aku malam tu bersama baju-baju bakal doktor.

Tapi....

Yang paling bestnya. Aku langsung tak perasan yang dolphin segabak tu kena sorok. Aku act macam biasa. Aku tidur macam biasa tanpa peluk dolphin pun. Tidur dengan nyenyak sekali.

Keesokan harinya. Masa kitorang tengah siap-siap nak pergi kuliah, dia pun bawak keluar dolphin dari almari, dan campak kan ke atas katil aku. Aku dengan muka blur-blur aku cakap "Ooo, dolphin kena sorok ke? Ooo, tak perasan langsung. Terlupa yang aku ada dolphin rupanya" 
Aku rasa mesti aku kena maki dengan diorang dalam hati. Sebab plan tak menjadi. Waallaaaaaa...

Kemudian, kami pun berjalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah... 

Doktor-doktor sekalian, ada tak ubat nak rawat penyakit blur+short term memory aku ni?

OK, dah 12 tahun pun usia dolphin ni. Sihat lagi dia, cuma ada terkoyak sikit. Yang penting, aku baca buku cerita doktor-doktor sambil peluk dolphin!



No comments: