Akhirnya, selepas beberapa minggu habis jugak baca buku Diagnosis 2. Apa yang aku nak katakan, buku ni jauh lebih lebih menarik daripada buku yang pertama dulu. Penulis lebih ramai, cerita lebih panjang. Buku lebih tebal dan harga pun lebih mahal. Hehe..
Buku ni ada 6 orang penulis semuanya. Bermula dengan Doktor Anwar Fazal, gaya penulisannya, tak jauh berbeza dengan buku sebelumnya. Ceritanya pendek-pendek. Dan kalau buku yang dulu aku suka cerita doktor ketam, kali ni aku suka cerita ZIPPO. Yer, cerita ala-ala kisah doktor ketam juga.
Penulis kedua ialah Doktor Mahyuddin. Cuma ada 3 cerita, dan aku agak impress dengan cerita Bubur nasi. Tak sangka zaman sekarang yang dah moden ni pun masih lagi ada segelintir masyarakat di luar sana yang suka, percaya dengan bomoh-bomoh. Memang tak salah cari cara perubatan alternatif. tapi tengok la dulu latar belakang dia. Aku baca cerita ni sambil imagine apa yang jadi kat budak tu, rasa macam lembut kepala lutut. He he he~
OK, slot Doktor Mafietz aku paling suka. Dia pon ada 3 cerita. Cerita pasal pengalaman di Palestine, menarik tapi terlalu ringkas (OK, aku ni expectation tinggi sangat kot, dia ni doktor ok, doktor bukannya penulis novel yang dah menulis berpuluh bijik buku). Lagi satu cerita pasal ekspedisi Everest. Oh, aku suka cerita ni... aku rasa kalau la doktor ni share jalan cerita dengan sorang penulis novel, dan cerita ni dah boleh buat novel yang panjang. Mesti menarik punya la. Ramlee Awang Murshid tak pernah kut buat cerita bergenre macam ni. Orang lain la, yang penting bukan penulis novel cinta cinta suamiku isterimu bla bla bla.
Penulis keempat, doktor comel dan juga blogger agak terkenal, Fatin Liyana, yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Anwar Fazal. OK, aku baca cerita kahwin-kahwin diorang kat Beautifulnara. Ramai sangat yang komen "Artis ke diorang ni? Tak kenal pun. Tak artis pun masuk BN jugak ke?" Hello, dah tak kenal tu diam. Korang tak baca buku ni, macamana nak kenal. Kan kan kan? Doktor FL ni banyak cerita pasal pengalaman dia di ward. Oh, cerita makcik Kalsom tu menarik la jugak. Mesti susah kan nak handle pesakit macam tu?
Seterusnya Doktor Azah. Ada 3 cerita jugak. Aku suka dengan watak Dr Ayesha, nama pun sedap, tetiba rasa nak buh nama anak Ayesha, untung-untung nanti leh jadi doktor. Hehe.. Aku paling setuju dengan cerita Ho Ho Ho. Aku setuju dengan apa yang nak disampaikan dalam cerita ni. Kadang-kadang orang melayu yang lebih-lebih, Dan paling penting dia melibatkan agama, elok la kalau kita hindarkan. Bukannya jadi kuno kalau kita tak celebrate. Kalau nak tau pasal apa, baca la sendiri.
MEET DR ROY IZMAN. Fuyoo, nama doktor macam nama artis la plak. Tapi tu nama dalam watak je, penulisnya ialah Dr Beni Rusani. Serious aku tak tau doktor ni orang apa. Nama tak macam orang melayu. Tapi kisah pasal Dr Roy Izman tu memang lain dari yang lain. Sedih. Bencik. Boleh keluar air mata XD. Ok, doktor ni cerita dia ditulis semua dalam English kecuali Bidadari Dunia. Bidadari Dunia pun sedih jugak. Aku rasa doktor ni memang sangat berbakat menulis. Aku suka gaya penulisan dan jalan cerita yang nak disampaikan. Aku nak bagi 4 setengah bintang. Eh, tetiba doktor ni dapat bintang. Doktor lain tak de pun =P
Dan yang terakhir sekali ialah Doktor Aizzat. Kisah terakhir dalam buku ni NORAD, cerita ni macam ada spin sikit, sebab pada asalnya kita akan ingat cerita ni kisah pasal perempuan yang accident dan kena buat pembedahan otak, tapi rupanya, lain pulak yang jadi. Good job doktor. Aku sedih baca cerita ni.
Rata-rata kisah dalam buku ni memang menarik. Jadi apa lagi. Beli lah. Selamat membaca!
Monday, June 29, 2015
Saturday, June 20, 2015
kisah zaman muda-muda
Dah masuk Ramadhan hari yang ketiga. Aku tengah bertungkus-lumus menghabiskan buku DIAgnosis2. Masa zaman study dulu, tak de bertungkus lumus macam ni. Bulan puasa ni baru la ada mood nak sambung baca balik semula. Tengah aku baca buku cerita doktor-doktor ni, aku teringat pulak masa zaman dulu-dulu. Zaman muda-muda bersama-sama dengan roommates aku kat hostel. Kami satu bilik ada 4 orang. 3 melayu, seorang cina. Dua orang roommates aku yang melayu tu sekarang dah jadi doktor! Yes, doktor!. Aku? Aku jadi apa? hmmmmmm... aku jadi lagu ni la... Bila orang tanya aku, aku kerja apa, aku sendiri pun tak tau nak cakap aku kerja apa. Ya, itu lah kebenarannya. Bila makcik makcik, pakcik pakcik tanya, sedara mara, sepupu sepapat tanya, aku akan cakap aku kerja dekat company XXX instead of apa jawatan aku kat sana. huh.. tak menjawab soalan langsung. Patut la BM tak dapat A. Abes tu, takkan aku nak sebut nama jawatan aku yang sepanjang 5 patah perkataan tu. Nanti diorang melopong pulak mulut. Lepas tu, mesti ingat aku punya kerja ni macam kerja bawak kapal terbang. Heh, perasan.
OK, aku bukan nak cerita pasal kerja aku yang nama jawatan 5 patah perkataan tu. Tapi, aku ni nak cerita pasal ex-roommates aku yang dah jadi doktor tu. Dr. Huda, Dr. Hidayah. Sebenarnya tak la banyak sangat kenangan aku dengan diorang, Lagipun kami berkawan selama setahun saja. Lepass habis pre-U, kami bawak haluan masing-masing dan aku tak pernah jumpa diorang lagi dah. Sekarang ni cuma Dr Huda ada dalam friendlist FB aku. Paling last aku wish Happy birthday dekat wall dia bulan lepas. Dia reply. Dia cakap, Thanks roommate! heh..
Cuma satu benda yang aku tak boleh lupa. Zaman tu, aku perasan macam aku masih lagi kanak-kanak. Aku mintak mak belikan aku sekor patung dolphin yang besar. Nak buat bantal peluk lah kononnya. Bwak ke hostel, aku pun show off la kepada roommates aku. Mana tau diorang jealous kan. Mak diorang tak belikan dolphin =P
Rupa-rupanya, selepas seminggu diorang berdua buat pakatan bersama, nak sorokkan dolphin tu!
Masa aku keluar dari bilik, Dr. Huda telah menyembunyikan dolphin aku dalam almari baju dia. Tidoq melingkaq la dolphin aku malam tu bersama baju-baju bakal doktor.
Tapi....
Yang paling bestnya. Aku langsung tak perasan yang dolphin segabak tu kena sorok. Aku act macam biasa. Aku tidur macam biasa tanpa peluk dolphin pun. Tidur dengan nyenyak sekali.
Keesokan harinya. Masa kitorang tengah siap-siap nak pergi kuliah, dia pun bawak keluar dolphin dari almari, dan campak kan ke atas katil aku. Aku dengan muka blur-blur aku cakap "Ooo, dolphin kena sorok ke? Ooo, tak perasan langsung. Terlupa yang aku ada dolphin rupanya"
Aku rasa mesti aku kena maki dengan diorang dalam hati. Sebab plan tak menjadi. Waallaaaaaa...
Kemudian, kami pun berjalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah...
Doktor-doktor sekalian, ada tak ubat nak rawat penyakit blur+short term memory aku ni?
OK, dah 12 tahun pun usia dolphin ni. Sihat lagi dia, cuma ada terkoyak sikit. Yang penting, aku baca buku cerita doktor-doktor sambil peluk dolphin!
Saturday, June 13, 2015
word of this week #malimgunung
Sejak terjadinya gempa bumi kat Ranau jumaat minggu lepas, antara perkataan yang trending ialah #malimgunung. Kan, tiba-tiba je malim gunung ni jadi famous sebagai hero Gunung Kinabalu. Tapi tak dinafikan, diorang ni memang berani, kuat tenaga, kuat semangat, cekal, jati diri tinggi, baik hati, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu, bertanggungjawab, kental dan comel-comel belaka. Heeee...
Satu hari di food court, masa tu aku tengah makan laksa kuah ikan kayu. "Niza, niza, dulu yang masa niza daki Gunung Kinabalu dulu, malim gunung mana yang bawak niza?" kawan aku Che Ta tiba-tiba tanya sambil sedut teh ais.
Mak aih, nak tersedak aku. Bila masa pulak aku panjat Gunung Kinabalu?
"Tak tak, niza tak naik pun gunung dulu. Naik bukit kat Poring jek. Tu pun semput. Hehhhehh"
Cerita lama kat KK
Dulu memang pernah ada cita-cita nak daki gunung, tapi aku tiba-tiba tersedar kemampuan diri. Pernah panjat Bukit Jambul sekali, tu pun nak pengsan rasanya. Cuaca kat atas gunung tu sejuk, aku ni mandi pagi tanpa water heater pun dah terketar-ketar. Macamana nak duduk kat puncak gunung yang bersuhu rendah tu?
Jadi, sejak kes gempa di Ranau ni, aku dah nampak yang cita-cita nak panjat gunung tu memang tinggal impian saja lah. kecuali kalau ada MIRACLE ~
Tiba-tiba terkenang pengalaman dekat Sabah. harap semua orang-orang Sabah stay strong, kuat semangat dan semuanya baik-baik saja dan dapat tempuhi ujian Allah ini dengan tabah. Rasa rindu nak ke sana lagi. Ok, next plan nak ke Mabul Island. harap-harap impian Mabul aku termakbul. dan semoga kat sana tak ada kes culik-culik :) Seghiyau jugak.
Kepada nudist climbers yang kurang ajar tu, satu je aku nak cakap "FISH YOU!" Pergi main jauh-jauh dan sila hormati negara kami.
Satu hari di food court, masa tu aku tengah makan laksa kuah ikan kayu. "Niza, niza, dulu yang masa niza daki Gunung Kinabalu dulu, malim gunung mana yang bawak niza?" kawan aku Che Ta tiba-tiba tanya sambil sedut teh ais.
Mak aih, nak tersedak aku. Bila masa pulak aku panjat Gunung Kinabalu?
"Tak tak, niza tak naik pun gunung dulu. Naik bukit kat Poring jek. Tu pun semput. Hehhhehh"
Cerita lama kat KK
Dulu memang pernah ada cita-cita nak daki gunung, tapi aku tiba-tiba tersedar kemampuan diri. Pernah panjat Bukit Jambul sekali, tu pun nak pengsan rasanya. Cuaca kat atas gunung tu sejuk, aku ni mandi pagi tanpa water heater pun dah terketar-ketar. Macamana nak duduk kat puncak gunung yang bersuhu rendah tu?
Jadi, sejak kes gempa di Ranau ni, aku dah nampak yang cita-cita nak panjat gunung tu memang tinggal impian saja lah. kecuali kalau ada MIRACLE ~
Gambar dari Nabalu, view Gunung Kinabalu dah jadi Desktop wallpaper aku skrg ;)
Kepada nudist climbers yang kurang ajar tu, satu je aku nak cakap "FISH YOU!" Pergi main jauh-jauh dan sila hormati negara kami.
Trip ke Singapura
Nak cerita pasal trip bersama Enna dekna dan Emi ke Singapore hujung bulan 1 haritu. OK, bulan 1 punya cerita, sekarang dah bulan 6. Apa yang aku buat selama 5 bulan ni? Makan tido?
Hari Pertama - KL - JB
Kami bertolak dari KL ke JB hari ahad 18 Jan. Kami memang dah rancang nak stay dekat JB sebab kos lebih murah. Yer la, lepas survey-survey harga hotel dekat Singapore sambil mengecek jumlah duit dalam bank, kami menggeleng-gelengkan kepala. Selama berminggu-minggu cari hotel, end up, aku decide nak pilih nak stay dekat Golden Leaf Boutique Hotel. Harga agak OK, RM218 untuk Triple room untuk 2 malam. Hotel dekat dengan Tune Hotel, dan yg paling penting, senang nak naik bus ke USS.
Sampai kat JB dalam pkul 2 petang. Kami terus peegi cari hotel dekat area Danga bay. Dua kali pusing jugak la baru jumpa, sebab jalan pun main hentam saja. Tune hotel dah nampk, tapi tak tau macamana nak masuk ke sana. Bila dah sampai sana, taraaaa... hotel tu kena naik tangga! Aku dah mengeluh. Dalam hati aku harap enna dgn emi tak menyumpah aku. Ha ha ha. Kami terus naik tangga ke tingkat satu dan pergi ke reception. Elok je sampai, aku pun tunjuk lah kertas yang aku dah print dari booking.com. Receptionist tu pun offer kat kitorang, kalau-kalau kitorang berminat nak menginap kat diorang punya guess house yang baru bukak. Aku punya soalan pertama, kena naik tangga tak? Dia cakap tak payah. OK deal! Kami setuju. Dia cakap dduduk kat sana lagi best, boleh buat macam rumah sendiri. Lepas tu aku pun booking bus untuk ke USS untuk 3 orang terus. Dan yang bestnya dia cakap bus akan ambik kitorang kat tepi jalan depan rumah. Elok sampai je kat rumah yang dia cakap tu, jeng jeng jeng. Hati aku berdebar. Apa ni? Rumah apa ni? kenapa nampak menyeramkan. Aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati dah. Menyesal pun ada. Tapi terlajak perahu boleh diundur. Dah terlajak booking tempat ni, kitorang dah tak ada duit nak carik tempat lain. Teruskan je la. Dia macam rumah dua tingkat. Ada ruang tamu, ada bilik, ada dapur, ada bilik air. Bilik kitorang kat tingkat bawah, tepi ruang tamu, dekat dengan dapur. Yer la kan, taknak naik tangga punya pasal, dapat la bilik tu.
Bilik dia pulak, OK OK saja. Tak la cantik mana, cat dia pun tak cantik, tak macam bilik hotel langsung. tapi kami dapat 2 Queen bed. Yang aku book haritu untuk 1 Queen, 1 single. Kira untung jugak la ni. Harga sama saja. Yang cantik cuma toilet dia saja. Cuma yang aku tak puas hati, harap toilet je cantik, tekanan air perlahan, water heater rosak. yang ni buatkan aku rasa nak marah. Kalau nak water heater yang ok, kena guna bilik air kat luar! what? apa ni. Takkan la kitorang nak guna bilik air kat luar kot.
Lepas lepak-lepak dalam bilik buang penat, kitorang rasa nak merayau-rayau kat JB, nak cari apa benda yang menarik kat sini. Jalan punya jalan, kami pun sampai la ke satu shopping mall yang aku dah tak ingat nama apa. Dah 5 bulan, banyak yg dah lupa. Lepak-lepak kat sana sekejap minum Coffee bean, ceit.. macam la kat penang dgn kl tak ada! Lepas tu kami merayau-rayau lagi dan ternampak pulak Berjaya Waterfront. Apa ada kat sini? Ok jawapannya tak ada apa yang menarik. Kitorang parking kereta kat multilevel parking, dan aku boleh katakan tempat ni agak menyeramkan. Tak tau pasal apa tapi aku berdoa je sepanjang jalan dari parking ke complex tu. Kat ground floor ada banyak kedai yang jual cokelat free duty. Kitorang merayau-rayau saja la. Dekat sejam merayau dalam tu, akhirnya aku beli la jugak cokelat dalam telur. yattaaa!!! Ini dia choco eggy. Tapi akhirnya cokelatnya aku tak makan pun sebab was was. Ambik je la telur buat tabung.
Lepas tu kitorang jalan-jalan kat luar sambil buang masa tangkap gambar kat waterfront, sebab tak ada aktiviti nak buat dah. menyesal pun ada. patutnya kitorang pegi je jalan-jalan kat singapore petang tu.
Ok, untuk trip kali ni, kami menggunakan hampir 80% telefon Nokia Lumia model apa aku tak ingat sebagai kamera,
hasil loan daripada abang ipar emi yang sangat confident mengatakan
gambar kamera ni paling terbaikkk sekali. kamera-kamera yang lain, sila
simpan dalam beg!
Ini lah dia telefon yang berjasa untuk trip kami kali ni. Ermm..kenapa perempuan-perempuan suka tangkap gambar kaki?
habis sesi tangkap gambar dekat waterfront ni, perut kami mintak makanan. Maka kami pun bergerak ke shopping mall yang seterusnya. JB City Square. Sesi photoshoot bersambung lagi di sini, lepas kami makan-makan di food court Dapur Kita. Cantik jugak view dekat sini. Macam taknak berenti tangkap gambar. Dan camera Lumia ni memang pandai bodek orang time malam-malam camni. Gambar agak puas hati dan tak blur sangat.
ini dia gengster ayam dari utara mai nak buat huru hara kat JB
Ok dah la cerita kat JB. Dah panjang berjela.Nanti sambung cerita kat USS pulak XD
Subscribe to:
Posts (Atom)



