Saturday, June 13, 2015

word of this week #malimgunung

Sejak terjadinya gempa bumi kat Ranau jumaat minggu lepas, antara perkataan yang trending ialah #malimgunung. Kan, tiba-tiba je malim gunung ni jadi famous sebagai hero Gunung Kinabalu. Tapi tak dinafikan, diorang ni memang berani, kuat tenaga, kuat semangat, cekal, jati diri tinggi, baik hati, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu, bertanggungjawab, kental dan comel-comel belaka. Heeee...

Satu hari di food court, masa tu aku tengah makan laksa kuah ikan kayu. "Niza, niza, dulu yang masa niza daki Gunung Kinabalu dulu, malim gunung mana yang bawak niza?" kawan aku Che Ta tiba-tiba tanya sambil sedut teh ais.

Mak aih, nak tersedak aku. Bila masa pulak aku panjat Gunung Kinabalu?

"Tak tak, niza tak naik pun gunung dulu. Naik bukit kat Poring jek. Tu pun semput. Hehhhehh"


Cerita lama kat KK

Dulu memang pernah ada cita-cita nak daki gunung, tapi aku tiba-tiba tersedar kemampuan diri. Pernah panjat Bukit Jambul sekali, tu pun nak pengsan rasanya. Cuaca kat atas gunung tu sejuk, aku ni mandi pagi tanpa water heater pun dah terketar-ketar. Macamana nak duduk kat puncak gunung yang bersuhu rendah tu?
Jadi, sejak kes gempa di Ranau ni, aku dah nampak yang cita-cita nak panjat gunung tu memang tinggal impian saja lah. kecuali kalau ada MIRACLE ~


Gambar dari Nabalu, view Gunung Kinabalu dah jadi Desktop wallpaper aku skrg ;)

Tiba-tiba terkenang pengalaman dekat Sabah. harap semua orang-orang Sabah stay strong, kuat semangat dan semuanya baik-baik saja dan dapat tempuhi ujian Allah ini dengan tabah. Rasa rindu nak ke sana lagi. Ok, next plan nak ke Mabul Island. harap-harap impian Mabul aku termakbul. dan semoga kat sana tak ada kes culik-culik :) Seghiyau jugak.

Kepada nudist climbers yang kurang ajar tu, satu je aku nak cakap "FISH YOU!" Pergi main jauh-jauh dan sila hormati negara kami.

Trip ke Singapura

Nak cerita pasal trip bersama Enna dekna dan Emi ke Singapore hujung bulan 1 haritu. OK, bulan 1 punya cerita, sekarang dah bulan 6. Apa yang aku buat selama 5 bulan ni? Makan tido?

Hari Pertama - KL - JB

Kami bertolak dari KL ke JB hari ahad 18 Jan. Kami memang dah rancang nak stay dekat JB sebab kos lebih murah. Yer la, lepas survey-survey harga hotel dekat Singapore sambil mengecek jumlah duit dalam bank, kami menggeleng-gelengkan kepala. Selama berminggu-minggu cari hotel, end up, aku decide nak pilih nak stay dekat Golden Leaf Boutique Hotel. Harga agak OK, RM218 untuk Triple room untuk 2 malam. Hotel dekat dengan Tune Hotel, dan yg paling penting, senang nak naik bus ke USS. 

Sampai kat JB dalam pkul 2 petang. Kami terus peegi cari hotel dekat area Danga bay. Dua kali pusing jugak la baru jumpa, sebab jalan pun main hentam saja. Tune hotel dah nampk, tapi tak tau macamana nak masuk ke sana. Bila dah sampai sana, taraaaa... hotel tu kena naik tangga! Aku dah mengeluh. Dalam hati aku harap enna dgn emi tak menyumpah aku. Ha ha ha. Kami terus naik tangga ke tingkat satu dan pergi ke reception. Elok je sampai, aku pun tunjuk lah kertas yang aku dah print dari booking.com. Receptionist tu pun offer kat kitorang, kalau-kalau kitorang berminat nak menginap kat diorang punya guess house yang baru bukak. Aku punya soalan pertama, kena naik tangga tak? Dia cakap tak payah. OK deal! Kami setuju. Dia cakap dduduk kat sana lagi best, boleh buat macam rumah sendiri. Lepas tu aku pun  booking bus untuk ke USS untuk 3 orang terus. Dan yang bestnya dia cakap bus akan ambik kitorang kat tepi jalan depan rumah. Elok sampai je kat rumah yang dia cakap tu, jeng jeng jeng. Hati aku berdebar. Apa ni? Rumah apa ni? kenapa nampak menyeramkan. Aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati dah. Menyesal pun ada. Tapi terlajak perahu boleh diundur. Dah terlajak booking tempat ni, kitorang dah tak ada duit nak carik tempat lain. Teruskan je la. Dia macam rumah dua tingkat. Ada ruang tamu, ada bilik, ada dapur, ada bilik air. Bilik kitorang kat tingkat bawah, tepi ruang tamu, dekat dengan dapur. Yer la kan, taknak naik tangga punya pasal, dapat la bilik tu. 

Bilik dia pulak, OK OK saja. Tak la cantik mana, cat dia pun tak cantik, tak macam bilik hotel langsung. tapi kami dapat 2 Queen bed. Yang aku book haritu untuk 1 Queen, 1 single. Kira untung jugak la ni. Harga sama saja. Yang cantik cuma toilet dia saja. Cuma yang aku tak puas hati, harap toilet je cantik, tekanan air perlahan, water heater rosak. yang ni buatkan aku rasa nak marah. Kalau nak water heater yang ok, kena guna bilik air kat luar! what? apa ni. Takkan la kitorang nak guna bilik air kat luar kot. 

Lepas lepak-lepak dalam bilik buang penat, kitorang rasa nak merayau-rayau kat JB, nak cari apa benda yang menarik kat sini. Jalan punya jalan, kami pun sampai la ke satu shopping mall yang aku dah tak ingat nama apa. Dah 5 bulan, banyak yg dah lupa. Lepak-lepak kat sana sekejap minum Coffee bean, ceit.. macam la kat penang dgn kl tak ada! Lepas tu kami merayau-rayau lagi dan ternampak pulak Berjaya Waterfront. Apa ada kat sini? Ok jawapannya tak ada apa yang menarik. Kitorang parking kereta kat multilevel parking, dan aku boleh katakan tempat ni agak menyeramkan. Tak tau pasal apa tapi aku berdoa je sepanjang jalan dari parking ke complex tu. Kat ground floor ada banyak kedai yang jual cokelat free duty. Kitorang merayau-rayau saja la. Dekat sejam merayau dalam tu, akhirnya aku beli la jugak cokelat dalam telur. yattaaa!!! Ini dia choco eggy. Tapi akhirnya cokelatnya aku tak makan pun sebab was was. Ambik je la telur buat tabung.


Lepas tu kitorang jalan-jalan kat luar sambil buang masa tangkap gambar kat waterfront, sebab tak ada aktiviti nak buat dah. menyesal pun ada. patutnya kitorang pegi je jalan-jalan kat singapore petang tu.


Ok, untuk trip kali ni, kami menggunakan hampir 80% telefon Nokia Lumia model apa aku tak ingat sebagai kamera,  hasil loan daripada abang ipar emi yang sangat confident mengatakan gambar kamera ni paling terbaikkk sekali. kamera-kamera yang lain, sila simpan dalam beg!


Ini lah dia telefon yang berjasa untuk trip kami kali ni. Ermm..kenapa perempuan-perempuan suka tangkap gambar kaki?

habis sesi tangkap gambar dekat waterfront ni, perut kami mintak makanan. Maka kami pun bergerak ke shopping mall yang seterusnya. JB City Square. Sesi photoshoot bersambung lagi di sini, lepas kami makan-makan di food court Dapur Kita. Cantik jugak view dekat sini. Macam taknak berenti tangkap gambar. Dan camera Lumia ni memang pandai bodek orang time malam-malam camni. Gambar agak puas hati dan tak blur sangat.

ini dia gengster ayam dari utara mai nak buat huru hara kat JB


Ok dah la cerita kat JB. Dah panjang berjela.Nanti sambung cerita kat USS pulak XD






Diagnosis: Bila Doktor Berbicara

Tak pernah tahu pun wujudnya buku ni. Doktor tulis buku? Biar betul.
Pada asalnya aku menggoogle buku Tenggelamnya Kapal Van de Wichk, nak tengok kat mana boleh beli online buku ni. Tapi tetiba terbaca pulak review buku doktor doktor ni. Apa? Buku ni bestseller Pesta Buku Antarabangsa KL 2014? Are you kidding me? Doktor tulis buku cerita? Bunyi macam menarik, tapi aku kurang konfiden.

Tajuk buku: DIAgnosis (Penulis: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah), DIAgnosis 2 (Penulis: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah, Dr. Fatin Liyana, Dr. Beni Rusani, Dr. Mafeitz, Dr. Mahyuddin)

Aku tanpa berfikir panjang, terus masuk MPH online dan mengorder kedua-dua buku sekaligus. Tapi aku dah berniat, lepas aku baca, kalau aku rasa tak menarik, aku akan jual balik buku ni. Sebab rak buku aku dah hampir penuh!

Dua hari selepas itu, buku pun sudah sampai ke rumah. Yattaaa.... Mari baca buku!

Buku baru sampai, tak bukak plastik lagi

Buku pertama, DIAGNOSIS, nipis saja, ada 142 muka surat. Dua hari je aku baca dah habis. Penulis pertama ialah Dr. Anwar Fazal. OK, aku baru tahu dari kakpit, rupanya doktor ni sepupu kepada Syamsul Yusof Yang Mencelah.. Ehhh? Ni terpengaruh dengan iklan kat highway la ni!
Dr. Anwar Fazal ada tulis 13 buah cerita dalam buku ni. Tapi cerita dia pendek-pendek saja. Bagi aku cerita dia biasa-biasa saja lah. Cuma ada satu cerita yang membuatkan aku senyum sumbing. Tajuk ceritanya " DOKTOR KETAM". Nak tahu cerita ni pasal doktor atau pasal ketam, kena la baca sendiri :)

Penulis kedua, Dr. Azah Isa. Ada 4 cerita tapi panjang-panjang, tak macam Anwar Fazal. Cerita 1st dia pasal pasangan doktor muda yang diuji dengan sakit ketika melancong ke negara orang. OK, doktor pun boleh sakit bila-bila masa. Dan kalau doktor sakit, doktor tetap memerlukan doktor yang lain untuk bagi advise apa yang perlu dilakukan. Bukannya sendiri sakit, sendiri rawat diri sendiri ye adik-adik.

Dr. Aizzat, suami kepada Dr. Azah ada menyumbangkan 4 cerita jugak dalam buku ni. Dan cerita terakhir tu agak sedih. Nak tau ceritanya, sila la beli. Lebih berbaloi dari anda beli buku cerita cinta-cinta "Suamiku bla bla bla" ataupun "Isteriku bla bla bla". La la la~

Aku rasa bagus jugak baca buku ni, kita dapat merasai sendiri perjalanan seharian doktor-doktor di hospital. Susah payah diorang menyelamatkan pesakit. Dan juga dapat belajar jargon-jargon yang doktor gunakan. Eh, yer la sangat. Aku baca sekali je, lepas tu aku lupa dah la. Tetapi yang lebih penting, buku ni juga dapat mengingatkan kita, semua yang terjadi, atas kehendak Allah dan membukakan mata kita dengan kekuasaan Allah.

OK. DIAgnosis 2 tak habis baca lagi, walaupun dah sebulan beli. Nanti-nanti lah review kalau rajin =P

Kakpit, ko nak beli kan buku ni? Aku jual kat ko yer XD






Initial D – Versi Penang – Chapter 1



Dua buah Civic saling bersaingan memandu pada awal pagi menuju ke puncak Bukit Jambul. Dua orang kembar yang memandu Civic hitam dan Civic putih saling kejar-mengejar di jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan di awal pagi di kawasan perbukitan itu. Pemandu Civic hitam, Aidil Izwan menekan throttle  rapat ke lantai kereta, dan memotong kereta adiknya, Azwan Fitri yang berada dihadapannya sambil melihat meter kelajuan kereta. Dia tersenyum puas dengan performance keretanya. Dia akan memberikan latihan yang lebih lagi kepada adiknya supaya adiknya akan menjadi setanding dirinya yang memang sudah dikenali sebagai pemandu terlaju dikalangan pelumba-pelumba kereta haram Pulau Pinang.   

Sejurus selepas Aidil Izwan melepasi kereta adiknya, Azwan Fitri, kedua-dua kembar itu tergamam apabila terdapat sebuah Myvi merah memotong kedua-dua kereta kembar Civic itu dengan laju sekali. Aidil Izwan meningkatkan kelajuan untuk mengejar Myvi tersebut tetapi tidak Berjaya apabila tayar keretanya tidak sempat mengelak dari termasuk ke dalam lubang jalan yang rosak. Dia sedaya upaya mengawal keretanya supaya tidak terbabas dan melanggar benteng tepi jalan. 

Kereta mereka membelok masuk ke kawasan perumahan mewah Bukit Jambul dan memberhentikan kereta dihadapan rumah tiga tingkat milik bapanya yang merupakan seorang pemilik hospital swasta di negeri itu. Kembar tersebut keluar dari kereta masing masing dan berpandangan sesama sendiri. 

“Aidil, apa yang hang tengah pikiaq sekarang?” Azwan Fitri mula membuka mulut.

“Aku tak pernah tengok Myvi merah tu sebelum ni kat area sini. Gaya Myvi tu agak fishie. Aku tak puas hati selagi aku tak jumpa depan-depan dengan budak Myvi tu. Dia macam sengaja nak tunjuk hebat depan kita. Esok aku nak mintak Epy siasat siapa budak Myvi merah tu.”

***********************************************************************************
 ”Aku besa tengok kereta tu, dia duduk dekat area flat Bukit Gedong. Dia memang laju. Tapi tak sangka dia sampai boleh potong abang hang,” Epy dengan confident bercerita kepada Azwan Fitri. Mereka berdua duduk lepak-lepak sambil pekena roti tisu di Restoren Kayu Nasi Kandar, Bukit Jambul.

“Hang ni confident ka? Entah-entah kereta lain kut,” Azwan Fitri menyangkal antara percaya dengan tidak. Dia masih tidak boleh terima, kereta Myvi 1.3 berplat PGK berwarna merah yang dah berusia 10 tahun boleh memotong kereta abangnya dengan sangat laju. 

Zaky Tuah memerhatikan dua orang lelaki yang sedang rancak berbual mengenai Myvi merah itu selang 3 buah meja dari meja mereka. Zaky Tuah menenyeh-nenyeh puntung rokoknya ke dalam ashtray lantas mengambil bil pembayaran yang diletakkan oleh pelayan kedai di atas mejanya. Dia bangun dan menuju ke arah meja Azwan Fitri dan Epy lantas duduk di sebelah Epy.  

“Civic Putih kat luaq tu kereta hang kan? Zaky Tuah memulakan bicara.

“Oh ya, nama aku Zaky Tuah. Aku dari BM,” dia menghulurkan tangan tanda ingin salam perkenalan. Azwan Fitri dan Epy masih diam membisu. ”Aku dengaq hang ni ada abang kembaq, bawak Civic hitam. Betoi ka?” Zaky Tuah menyimpulkan senyuman sinis. 

”Hang buleh straight to the point? Hang mau apa? Carik pasai?” Epy seakan kurang senang dengan kehadiran Zaky Tuah yang tidak diundang itu. 

Zaky Tuah memandang tepat ke dalam mata Azwan Fitri dan berkata, “Cakap dekat abang hang, jumpa dekat Straits Quay sabtu malam ahad, pukoi 1 pagi. Aku nak berdepan dengan hero sini. Kita tengok siapa yang lagi hero,” Zaky Tuah menulis MALAM SABTU, 1 PAGI di belakang bil pembayarannya dan menyerahkan bil itu kepada Azwan Fitri. Dia lantas bangun sambil menepuk-nepuk bahu Azwan Fitri.

“Oh lupa plak, tu makanan aku tak bayaq lagi. Tolong bayaqkan ok? Anak taukeh mesti banyak duit, takat 5 ringgit 6 kupang tu apa la sangat” Dia meninggalkan kedua orang lelaki itu sambil bersiul kecil.

Zaky Tuah bergerak keluar dari restoren Kayu Nasi Kandar itu dan terus menuju ke kereta Evo X hitamnya yang dipakirkan di depan restoren. Beberapa orang budak-budak perempuan yang baru nak up menjeling-jeling Zaky Tuah yang sedang masuk ke dalam kereta sambil membayangkan kalau-kalau lelaki bergaya itu nak ambil mereka sebagai marka.

BERSAMBUNG…

marka = girlfriend/boyfriend
BM = Bukit Mertajam