Friday, March 18, 2016

Pulau Aman Jauh Ketengah.. Tengah ke?

Akhirnya setelah 30 tahun aku hidup, baru la terasa nak menjejakkan kaki ke Pulau Aman yang cuma berada di tepi rumah (nampak sangat menipunya). Zaman sekolah dulu selalu jugak sekolah buat trip pergi Pulau Aman, tapi tak teringin pun nak join.

Pulau Aman berada kat area Bukit Tambun, Pulau Pinang.Kalau dari rumah aku kalau jalan tak jam, kiranya dalam 20 minit dah boleh sampai ke jeti, Dekat sangat kan. Orang yang jauh dah pergi ke sana berpuluh kali, orang yang dekat pandang pun tak sudi =P

Dari jeti ke Pulau ambil kos RM6 untuk tiket bot pergi dan balik. Jarak perjalanannya, tak sanggup aku nak ceritakan dekat sini. Jalan penuh berliku, onak duri, laut bergelora bla bla bla.. OK.. 5 minit je naik bot sebenarnya, dah boleh sampai ke destinasi.



Jom kita tengok apa yang ada kat sana..


Selepas kami sekeluarga merenung sign board ni selama 2 minit tanpa melakukan apa-apa, kami pun mengambil keputusan untuk masuk ke kanan tanpa membuat keputusan ke mana tempat yang nak dituju.



Sepatutnya jalan depan lagi boleh jumpa pokok sukun yang tertua di dunia. Tapi, oleh kerana kami dah malas nak berjalan, tangkap je la gambar pokok sukun yang dekat-dekat situ je. Kampung ni memang banyak pokok sukun lah.


Jalan sikit, lepas tu kami pun patah balik. Destinasi seterusnya ialah Restoran Terapung untuk makan mee udang.



Ramai jugak orang kat restoren ni. Kat sini boleh order untuk makan mee udang ataupun, boleh pergi pasar dia untuk beli ikan ke ketam ke apa-apa seafood la, lepas tu boleh mintak orang restoran masak. Oleh kerana kami tak plan apa-apa pun masa tu. Jadi, order je la mee udang "default" yang ada kat restoran tu. Bagi aku rasa mee udang dia biasa-biasa je la. Sedap lagi dekat Ayu mee udang cantik dekat Teluk Kumbar atau Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang.Tapiii... tak boleh la compare harga. Mee udang sini harga cuma RM6 semangkuk dan udangnya dua ekor jek.



Apa tengok-tengok????





Dah habis makan, kami pun singgah kat pasar dia. Tengok apa yang patut. At last decide nak beli ketam jer. Tapi ketam yang kami dapat tu kecik-kecik. Harga murah la. RM15 untuk 8 ekor. Kalau dekat Mabul dulu RM15 dapat 6 ekor, tapi saiz nya memang besar. Yang ni ermmmmm.... nak tunjuk pun tak boleh, lupa pulak nak tangkap gambar.huhuhu...




Dah habis beli belah, kami pun nak balik dah. Sementara tunggu bot sampai, duduk-duduk dulu berehat dekat jeti. Dan maka ternampak lah oleh saya swordfish-swordfish bermain-main bawah jeti. Ini membuatkan saya menjadi murung. Kenapa murung? Ini adalah kerana, saya menghabiskan lebih kurang satu ribu ringgit untuk ke Semporna dan ke Pulau Mabul dan Kapalai untuk snorkeling dan berjumpa swordfish, tengok-tengok dekat sini dia boleh lepak-lepak je bawah jeti? Ha ha ha.. tapi swordfish sini rupa macam ikan bilis je pun. Swordfish dekat sana dah rupa macam pedang Troy.

Sini aku nak tekankan, apakah persamaan air laut di Pulau Aman daan juga air laut di Mabul/Kapalai.

Jawapannya ialah... kedua dua air lautnya berwarna HIJAU! HIJAU kan?? Ini lah namanya sama TAPI tak serupa..


Inilah keHIJAUan air laut Pulau Aman


Ini pulak HIJAUnya air laut dekat belah Semporna. HIJAU mana menjadi pilihan anda?? He he

JOM BALIK lah. Nak masak ketam masak pedas salut telur.. Yummy..


No comments: