Sunday, March 20, 2016

Ni baru cerita Mabul - snorkeling

Tak banyak cerita pasal snorkeling kat Mabul - Kapalai. Aku cuma ambik 2 sesi untuk Snorkeling. Bayaran dua sesi ialah RM100. Tapi biasanya orang akan ambil 3 sesi. Terus terang aku saja ambil dua kali sebab nak cut cost.

Pagi tu hujan agak lebat. Aku dah terfikir, kalau hujan, snorkeling akan cancel ke apa. Rupanya tak. Hujan ke tak hujan ke, sama je. Bila dah terjun laut tu, basah jugak. Jadi, apa masalahnya kalau hujan.


Ni gambar tengah hujan lebat, tapi tak nampak pun. Mana hujannya?


Dah ready nak pergi snorkelling. Kaki itik dengan selipar aku sama kaler la.. Jangan lupa pakai sunblock. Sudah kulit tak berapa nak cerah. Kalau tak pakai, nanti balik penang takut kawan-kawan tak kenal plak. Heee....



Sesi pertama mula pukul 10.30 pagi, kami menaiki bot bersama-sama dengan divers, orang putih ada, cina dari China pun ada. Aku rasa jarak perjalanan kami tu tak la begitu jauh dari Mabul. Aku boleh cakap yang ni ialah pengalaman snorkeling paling teruk yang pernah aku rasa. Pertama kali pakai life jacket tapi rasa tak selamat. Kondisi life jacket tu kurang elok, dah lama. Lagi satu, selama ni kalau aku pergi snorkeling, aku cuma snorkeling dekat persisir pantai ataupun dekat taman laut. Pengalaman yang sangat berbeza dengan Redang, Sapi dan Tioman. Yang ni memang betul-betul punya kena campak kat tengah-tengah laut sama dengan orang scuba diving. Untuk aku yang tak reti berenang ni, memang terkapai-kapai lah. Aku teringin nak tangkap gambar ikan dengan coral bawah laut. Tapi oleh kerana diri sendiri pun tak boleh nak kawal kat tengah laut tu, dengan laut agak bergelora, macamana lah nak pegang kamera lagi, nak tangkap gambar lagi. Kamera duduk atas bot je la nampaknya.

  Minah diver dari China ni boleh jadi tengahh ushar spongebob kat bawah tu..

Lepas aku terjun laut, aku memang tak boleh buat apa-apa, nak bergerak pun tak boleh, ikan tak
nampak sekor pun. Dalam 10 minit duduk kat laut tanpa buat apa-apa, kami pun naik bot semula, untuk tukar life jacket. Lama jugak budak-budak guide tolong cari life jacket yang elok. Aku pun pelik, tak sepatutnya jadi macam ni. Life jacket memang banyak dalam boat tu, tapi kebanyakkannya dah teruk dan lama. Takkan tak ada orang complain sebelum ni yang life jacket tu rosak. Atau kitorang je yang mengada-ngada? Pakcik driver bot tu marah budak-budak tu pasal life jacket sebab tak sort betul-betul mana yang OK mana yang tak. Dia cakap dalam bahasa sabah instead of their local dialect. Saja nak bagi kitorang faham la tu. Apa-apa pun kesian jugak rasa kat budak-budak tu kena marah depan kitorang.

Kami terjun laut buat kali yang kedua. Kali ni baru lah dapat rasa keseronokan snorkeling! Apa yang bagusnya dekat sana, setiap orang akan dapat sorang snorkeling guide. Jadi, tak la kita terkapai-kapai sorang-sorang tak tau nak pergi carik ikan kat mana. Guide dia memang sanagt membantu. OK, aku tak payah susah-susah nak berenang. Dia tolong je heret aku pergi tempat yang banyak ikan dan coral. Apa yang aku jumpa? Yes.. Swordfish! Pertama kali aku jumpa swordwish yang sangat panjang. Memang swordfish banyak dekat sana. Dowry pun ada. Dan yang paling teruja sekali bila dapat jumpa pak cik penyu yang sangat besar! Gembira betul rasa. Budak guide tu pergi nak tangkap penyu tu. Tapi penyu tu cabut lari laju betul. Kecewa sungguh aku rasa. Dah puas intai rakan-rakan kat bawah laut, angin pun dan berkodi-kodi masuk perut, kami pun balik semula ke pulau. Rehat-rehat dan makan-makan.

Sesi snorkeling kedua pukul 2 petang. Kali ni kami dihantar ke Kapalai. Snorkeling kat sini aku memang puas hati. Memang lama, sampai rasa pening-pening nak termuntah. Bila aku balik semula ke boat, semua orang divers dan kawan-kawan aku  dah ada dalam bot. Kawan-kawan aku semua buat muka 10 sen tunggu aku punya lama tak balik-balik. Ha ha.. diorang jeles la tu.... Nasib baik tak ambik sesi yang ketiga. Sebab balik dari Kapalai ni, memang tenaga dah habis. Pening, nak termuntah semua ada.

Tak banyak gambar yang dapat ambik masa snorkeling kat Kapalai ni

Apa ni? Ini shell bukan sebarang shell. Ini diambil secara live dari Bikini Bottom yer. Tak cakap pun terima kasih dekat budak guide tu. Susah-susah je menyelam ambik shell ni untuk aku. Walaupun shell ni tak la cantik mana pun, tapi aku sayang wor.. Aku letak dalam akuarium kat rumah. Kapalai mari!

Dah la tu.. Dah penat. JOM balik tido dalam bilik yang tak de elektrik tu. BYE!

No comments: