Friday, March 18, 2016

Ni baru cerita Mabul

Dari Bohey Dulang, kena balik dulu ke Semporna, Dari Semporna baru naik boat semula untuk ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Semporna ke Mabul ambik masa dalam sejam lebih jugak. Memang jauh lah. Laut agak bergelora masa tu, jadi duduk atas boat tu memang basah habis.

Ini lah tempat kami merempat selama 3H2M. Arung Hayat Sea Adventures...








Sikit Info pasal resort ni:
  • Bilik standard aircond (2 single bed) RM80. Bilik memang sangat basic. betul2 ada katil dengan aircond dan jugak tuala. Sabun, ubat gigi sila bawak sendiri. Ada cerita lain sebenarnya. Sepatutnya kami dapat fan room. tapi tiba tiba dapat aircond room. Bila kawan aku tanya kenapa bukan bilik kipas, diorang pun ketuk pintu bilik bawak standfan. Ehhhhh.... hahaha... confuse memang confuse..
  • Jangan terkejut, bila korang masuk bilik air, nak gosok gigi, bukak paip dan jeng jeng jeng.... keluarlah air masin dari paip. jangan muntah di situ ye. Tips yang boleh diberi: Sila la beli air botol dari kedai runcit orang kampung pulau tu ye.. boleh la buat cuci muka dengan gosok gigi.
  • Siang-siang tak ada elektrik. Dah nak malam baru diorang akan bukak elektrik. Jadi kalau siang-siang nak lepak-lepak dalam bilik tu pepandai sendiri la nak cari kipas manual.
  • Tempat ni bagi aku cuma sesuai untuk backpackers. Kurang sesuai untuk family leisure. Tengok tempat tu memang tak ada security. Kalau bawak budak-budak, dia lari laju laju memang terjun laut terus.


Dari atas kita dah boleh jumpa ikan dan Patrick. Eh?? Starfish lah..



  • Breakfast free. Tapi agak mengecewakan. Makan tengahari sedap. Aku order nasik goreng seafood, sepinggan RM10. sedap memang sedap. Tapi servis lambat. Lama betul nak tunggu sampai ketar kepala lutut aku tunggu makanan. Lupa pulak nk tangkap gambar nasi goreng. Malam first kat pulau, aku bedal burger dari gerai orang kampung sana. Ini dia gerai abang burger. Satu burger ayam RM3. Rasa dia boleh la tahan.


  • Part ni paling best. Malam second, kami makan besar. Kat sini kita boleh beli seafood fresh punya. Orang-orang bajau laut yang tinggal sekitar pulau tu memang buat bisnes jual seafood dari dalam sampan/bot. Ikan, ketam nyam nyam.. memang murahhh... Kitorang pun beli la sekor ikan yang tidak diketahui spesis apa dengan harga RM20, dengan ketam 6 ekor RM15 jer.


Kitorang beli ikan dari mamat ni. Urusniaga dari atas bot je. Aku kaji gigi mamat ni memang putih giler. Jadi aku syak, kalau kita gosok gigi guna air masin memang gigi akan jadi putih bersinar. Blink blink!! 


Ketam pulak beli dari mamat ni. Tengok budak-budak kecik rilek je naik sampan. Tak dek pun sibuk nak terjun dari sampan. He He he.. Hello Mr. Crab!! Malam ni masuk kuali la kau. 


Dan inilah hasilnya... Dua jam kami duduk kat cafe, berperang dengan ikan dan ketam. Rekod makan paling lama. Sebab perut memang dah kenyang tapi semangat makan tu tetap ada. Makan sampai pengsan!




Apa yang aku jumpa kat Pulau Mabul?



  • Round satu pulau. jalan kaki je. bersembang dan berselfie dengan budak-budak kampung sana.. contohnya macam gambar di bawah ni. Tengah kitorang jalan-jalan, tiba-tiba ada sorang peminat mengikut. Dapat la sembang-sembang sekejap dengan budak ni. Entah apa nama dia aku pun dah lupa lah.




  • Tengok Sunset. Oleh kerana resort kami tu memang menghadap ke belah barat. Memang dapat menikmati sunset yang cantik. 





  • Tengok kehidupan orang pulau. Serius kalau aku tak terbuka hati nak ke sana, aku tak pernah terfikir masih ada kehidupan orang macam ni di Malaysia ni. Budak-budak bermain bawah rumah, terjun laut, berlari kat pantai. Berbezanya dengan kehidupan kita. Diorang jauh dari pembangunan, dari teknologi. Nak ke darat pun jauh. 





OK LAH~ JOM BALIK~ ~ BYE BYE MABUL!! ADA REZEKI JUMPA LAGI


Ini dia gambar tiga orang budak snorkeling guide. Diorang ni memang multitasking. Semuanya budak-budak lagi. Macam baru habis SPM. Snorkeling guide, tarik bot, cedok air dari dalam bot, ambik order kat cafe, kemas bilik, tolong kitorang deal beli ikan dengan ketam, bla bla bla tu yang aku nampak. Yang aku tak nampak, entah apa kerja lagi yang diorang sapu..

Aku book special boat untuk balik Semporna waktu pagi (bot yang betul ada waktu petang je), dan kena charge extra RM100 per boat. Tiba tiba orang putih ni nak join kitorang sekali. Dia nak bayar RM50. Untung betul lah. Akhirnya kitorang sorang bayar RM12.50 jek. Ha ha ha... 

Ok lah.. Snorkeling nanti cerita asing yer..


No comments: