Friday, March 18, 2016

Pulau Aman Jauh Ketengah.. Tengah ke?

Akhirnya setelah 30 tahun aku hidup, baru la terasa nak menjejakkan kaki ke Pulau Aman yang cuma berada di tepi rumah (nampak sangat menipunya). Zaman sekolah dulu selalu jugak sekolah buat trip pergi Pulau Aman, tapi tak teringin pun nak join.

Pulau Aman berada kat area Bukit Tambun, Pulau Pinang.Kalau dari rumah aku kalau jalan tak jam, kiranya dalam 20 minit dah boleh sampai ke jeti, Dekat sangat kan. Orang yang jauh dah pergi ke sana berpuluh kali, orang yang dekat pandang pun tak sudi =P

Dari jeti ke Pulau ambil kos RM6 untuk tiket bot pergi dan balik. Jarak perjalanannya, tak sanggup aku nak ceritakan dekat sini. Jalan penuh berliku, onak duri, laut bergelora bla bla bla.. OK.. 5 minit je naik bot sebenarnya, dah boleh sampai ke destinasi.



Jom kita tengok apa yang ada kat sana..


Selepas kami sekeluarga merenung sign board ni selama 2 minit tanpa melakukan apa-apa, kami pun mengambil keputusan untuk masuk ke kanan tanpa membuat keputusan ke mana tempat yang nak dituju.



Sepatutnya jalan depan lagi boleh jumpa pokok sukun yang tertua di dunia. Tapi, oleh kerana kami dah malas nak berjalan, tangkap je la gambar pokok sukun yang dekat-dekat situ je. Kampung ni memang banyak pokok sukun lah.


Jalan sikit, lepas tu kami pun patah balik. Destinasi seterusnya ialah Restoran Terapung untuk makan mee udang.



Ramai jugak orang kat restoren ni. Kat sini boleh order untuk makan mee udang ataupun, boleh pergi pasar dia untuk beli ikan ke ketam ke apa-apa seafood la, lepas tu boleh mintak orang restoran masak. Oleh kerana kami tak plan apa-apa pun masa tu. Jadi, order je la mee udang "default" yang ada kat restoran tu. Bagi aku rasa mee udang dia biasa-biasa je la. Sedap lagi dekat Ayu mee udang cantik dekat Teluk Kumbar atau Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang.Tapiii... tak boleh la compare harga. Mee udang sini harga cuma RM6 semangkuk dan udangnya dua ekor jek.



Apa tengok-tengok????





Dah habis makan, kami pun singgah kat pasar dia. Tengok apa yang patut. At last decide nak beli ketam jer. Tapi ketam yang kami dapat tu kecik-kecik. Harga murah la. RM15 untuk 8 ekor. Kalau dekat Mabul dulu RM15 dapat 6 ekor, tapi saiz nya memang besar. Yang ni ermmmmm.... nak tunjuk pun tak boleh, lupa pulak nak tangkap gambar.huhuhu...




Dah habis beli belah, kami pun nak balik dah. Sementara tunggu bot sampai, duduk-duduk dulu berehat dekat jeti. Dan maka ternampak lah oleh saya swordfish-swordfish bermain-main bawah jeti. Ini membuatkan saya menjadi murung. Kenapa murung? Ini adalah kerana, saya menghabiskan lebih kurang satu ribu ringgit untuk ke Semporna dan ke Pulau Mabul dan Kapalai untuk snorkeling dan berjumpa swordfish, tengok-tengok dekat sini dia boleh lepak-lepak je bawah jeti? Ha ha ha.. tapi swordfish sini rupa macam ikan bilis je pun. Swordfish dekat sana dah rupa macam pedang Troy.

Sini aku nak tekankan, apakah persamaan air laut di Pulau Aman daan juga air laut di Mabul/Kapalai.

Jawapannya ialah... kedua dua air lautnya berwarna HIJAU! HIJAU kan?? Ini lah namanya sama TAPI tak serupa..


Inilah keHIJAUan air laut Pulau Aman


Ini pulak HIJAUnya air laut dekat belah Semporna. HIJAU mana menjadi pilihan anda?? He he

JOM BALIK lah. Nak masak ketam masak pedas salut telur.. Yummy..


Ni baru cerita Mabul

Dari Bohey Dulang, kena balik dulu ke Semporna, Dari Semporna baru naik boat semula untuk ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Semporna ke Mabul ambik masa dalam sejam lebih jugak. Memang jauh lah. Laut agak bergelora masa tu, jadi duduk atas boat tu memang basah habis.

Ini lah tempat kami merempat selama 3H2M. Arung Hayat Sea Adventures...








Sikit Info pasal resort ni:
  • Bilik standard aircond (2 single bed) RM80. Bilik memang sangat basic. betul2 ada katil dengan aircond dan jugak tuala. Sabun, ubat gigi sila bawak sendiri. Ada cerita lain sebenarnya. Sepatutnya kami dapat fan room. tapi tiba tiba dapat aircond room. Bila kawan aku tanya kenapa bukan bilik kipas, diorang pun ketuk pintu bilik bawak standfan. Ehhhhh.... hahaha... confuse memang confuse..
  • Jangan terkejut, bila korang masuk bilik air, nak gosok gigi, bukak paip dan jeng jeng jeng.... keluarlah air masin dari paip. jangan muntah di situ ye. Tips yang boleh diberi: Sila la beli air botol dari kedai runcit orang kampung pulau tu ye.. boleh la buat cuci muka dengan gosok gigi.
  • Siang-siang tak ada elektrik. Dah nak malam baru diorang akan bukak elektrik. Jadi kalau siang-siang nak lepak-lepak dalam bilik tu pepandai sendiri la nak cari kipas manual.
  • Tempat ni bagi aku cuma sesuai untuk backpackers. Kurang sesuai untuk family leisure. Tengok tempat tu memang tak ada security. Kalau bawak budak-budak, dia lari laju laju memang terjun laut terus.


Dari atas kita dah boleh jumpa ikan dan Patrick. Eh?? Starfish lah..



  • Breakfast free. Tapi agak mengecewakan. Makan tengahari sedap. Aku order nasik goreng seafood, sepinggan RM10. sedap memang sedap. Tapi servis lambat. Lama betul nak tunggu sampai ketar kepala lutut aku tunggu makanan. Lupa pulak nk tangkap gambar nasi goreng. Malam first kat pulau, aku bedal burger dari gerai orang kampung sana. Ini dia gerai abang burger. Satu burger ayam RM3. Rasa dia boleh la tahan.


  • Part ni paling best. Malam second, kami makan besar. Kat sini kita boleh beli seafood fresh punya. Orang-orang bajau laut yang tinggal sekitar pulau tu memang buat bisnes jual seafood dari dalam sampan/bot. Ikan, ketam nyam nyam.. memang murahhh... Kitorang pun beli la sekor ikan yang tidak diketahui spesis apa dengan harga RM20, dengan ketam 6 ekor RM15 jer.


Kitorang beli ikan dari mamat ni. Urusniaga dari atas bot je. Aku kaji gigi mamat ni memang putih giler. Jadi aku syak, kalau kita gosok gigi guna air masin memang gigi akan jadi putih bersinar. Blink blink!! 


Ketam pulak beli dari mamat ni. Tengok budak-budak kecik rilek je naik sampan. Tak dek pun sibuk nak terjun dari sampan. He He he.. Hello Mr. Crab!! Malam ni masuk kuali la kau. 


Dan inilah hasilnya... Dua jam kami duduk kat cafe, berperang dengan ikan dan ketam. Rekod makan paling lama. Sebab perut memang dah kenyang tapi semangat makan tu tetap ada. Makan sampai pengsan!




Apa yang aku jumpa kat Pulau Mabul?



  • Round satu pulau. jalan kaki je. bersembang dan berselfie dengan budak-budak kampung sana.. contohnya macam gambar di bawah ni. Tengah kitorang jalan-jalan, tiba-tiba ada sorang peminat mengikut. Dapat la sembang-sembang sekejap dengan budak ni. Entah apa nama dia aku pun dah lupa lah.




  • Tengok Sunset. Oleh kerana resort kami tu memang menghadap ke belah barat. Memang dapat menikmati sunset yang cantik. 





  • Tengok kehidupan orang pulau. Serius kalau aku tak terbuka hati nak ke sana, aku tak pernah terfikir masih ada kehidupan orang macam ni di Malaysia ni. Budak-budak bermain bawah rumah, terjun laut, berlari kat pantai. Berbezanya dengan kehidupan kita. Diorang jauh dari pembangunan, dari teknologi. Nak ke darat pun jauh. 





OK LAH~ JOM BALIK~ ~ BYE BYE MABUL!! ADA REZEKI JUMPA LAGI


Ini dia gambar tiga orang budak snorkeling guide. Diorang ni memang multitasking. Semuanya budak-budak lagi. Macam baru habis SPM. Snorkeling guide, tarik bot, cedok air dari dalam bot, ambik order kat cafe, kemas bilik, tolong kitorang deal beli ikan dengan ketam, bla bla bla tu yang aku nampak. Yang aku tak nampak, entah apa kerja lagi yang diorang sapu..

Aku book special boat untuk balik Semporna waktu pagi (bot yang betul ada waktu petang je), dan kena charge extra RM100 per boat. Tiba tiba orang putih ni nak join kitorang sekali. Dia nak bayar RM50. Untung betul lah. Akhirnya kitorang sorang bayar RM12.50 jek. Ha ha ha... 

Ok lah.. Snorkeling nanti cerita asing yer..


Saturday, February 27, 2016

Mabul trip pulak dah.. Day 2 (Bohey Dulang)

Hari kedua, kami pegi Bohey Dulang plak. Dari Dragon Inn, bejalan beberapa ratus meter, dah boleh sampai ke jeti. Dalam pukul 9 macam tu, kami pergi berdua je. So, boleh paham la kan, sudah mestinya kami terpaksa bayar mahal untuk trip tu, huhu.. sorang RM220. Kalau dapat pergi ramai tak la teruk sangat bayarannya. Dekat bot, kami jumpa kawan yang baru. Jadi total tiga orang. Campur sorang driver bot, sorang lagi guide jadi 5 org.

Rasanya dekat sejam jugak perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Bohey Dulang tu. Ini dia, destinasi dah sampai.



Ada apa kat Bohey Dulang? Apa aktiviti kat sini? Jeng Jeng Jeng..... kat sini orang hiking je. Tapi sebelum start hiking kena la register nama dulu.


OK, NO PUBLIC NUDITY. Ni mesti kes yang pelancong berbogel atas gunung Kinabalu dulu ni. Jangan ditanya kenapa aku tutup gmbar ni buh kaler hitam. Sebab ada orang kurang sopan buat gaya seperti di dalam sign board tu di sebelah sign board tu jugak. hhehehe... Jangan marah kakpit =P


Dah settle register dan briefing.. mari jom kita start hiking. Secara average orang akan ambik masa dalam 20 hingga 30 minit untuk sampai ke atas. jarak perjalanan untuk mendaki bukit tak la jauh sangat, dalam 600 meter je.

Tetapi.. ya.. tetapi, jangan terkejut sebab aku ambik masa 50 minit untuk sampai ke atas =P. Jangan ditanya kenapa, sebab aku memang dah boleh agak. Dah 3 tahun tak panjat bukit. Kerja aku duduk atas kerusi dari pagi sampai petang sambil senaman jari tekan mouse dan keyboard. Dah lama sangat tak exercise. Tetiba nak panjat bukit? memang semput la.

Masa ni aku dah berenti berehat untuk kali yang ke lima dah rasanya. Jalan beberapa langkah, berenti. Jalan beberapa langkah, berenti. Stamina tak ada langsung. Tapi yang penting kita tak boleh putus asa. Perjalanan mesti diteruskan. Kakpit dan kawan baru yang jumpa dalam bot tadi dah jauh naik ke atas. Aku je yang tetinggal lagi. Sambil-sambil aku berehat ni, bukan main ramai lagi yang dah potong aku. Yang paling tak boleh tahan, pelancong-pelancong dari China panjat bukit pakai skirt, pakai dress je. Ish... kita ni bukan main lagi berseluar jogging, berbaju jogging. Diorang relax pakai macam nak pegi shopping kat Pavillion je. Laju pulak tu panjat bukit. Mungkin aku kena pakai macam tu baru la larat panjat bukit laju laju.. Erkkkkk.... berangan..






Ni guide baju oren ni pun dah boring dok tunggu aku yang asyik-asyik nak berehat. Aku ada ckp kat dia, rasa macam nak tido je dekat sini. Heheheh.... Dia bukan main relax lagi. Hiking sambil berwhatsap, tak payah tengok jalan pun boleh sampai. Memang keje dia tetiap hari.
Akhirnya, pada pukul 10.49 minit pagi, aku berjaya sampai ke puncak bukit. Kakpit dah menunggu aku. Dia cakap dia pun baru smpai dalam 10 minit, masih duduk berehat sambil tunggu aku sampai.
Lepas aku buang penat sambil berborak. Kitorang pun tengok la apa yang orang sakan sangat begambar dekat atas tu. Makanya lihat lah ini.. lihatlah dunia.... memang tak sia sia aku berhempas pulas panjat bukit tu tadi sambil merangkak, meniarap, berguling, bla bla bla (exaggerate je lebih)..

Mari lah layan VIEW FROM PEAK OF BOHEY DULANG yang cantik ini.. Subhanallah..







Cuaca kat atas tu memang sangat panas. Siapa yang tak tahan, jangan lupa bawak cap/hat dengan sunglasses ye..

Dalam setengah jam duduk kat atas tu, dah puas berselpie tiga empat kilo, kitorang pun turun. Hahhh... turun ni aku terer la... siap turun sambil melompat kijang. Ini pun exaggerate jugak.

Siap jumpa ulat gonggok besar dah rupa macam lipan. OK, kalau aku tipu pun bukan orang tau sebab dalam gambar ni bukan nmpk pun besar ke kecik. =P


Dah jom balik..... Nanti sambung pulak kisah di pulau mabul...

Mabul Trip pulak dah.. Day 1 (Semporna)

Kali kedua melangkah kaki ke negeri Sabah. Kalau 2013, cover KK, Beufort, Tamparuli, Ranau & Kundasang, kali ni nak pergi melawat kawan-kawan dalam air dekat Semporna pulak.

Kami ambil flight awal pagi dari KLIA2, smpai dekat airport Tawau dalam pukul 10.30 pagi.

Ni dia, turun-turun flight wajib la tangkap gmbar kat sini, menunjukkan kami sudah pijak tanah Tawau. Ok tipu, mana ada pijak tanah pun kat airport ni. He he..


Plan asal, dari Airport Tawau aku nak naik shuttle bus ke Tawau, lepas tu jalan-jalan dulu kat bandar Tawau sebelum berangkat ke Semporna. Tapi rupanya mana ada shuttle bas kat sana. Aku ni main pandai-pandai sendiri je. Pergi dekat kaunter teksi, lepas sembang pong pang pong pang dengan orang kaunter tu, kami ada dua pilihan. Pilihan pertama, ambil teksi pergi Tawau. Kos satu teksi RM45. Lepas tu boleh naik bas ekspress ke Semporna. Pilihan kedua, boleh ambil teksi pergi Semporna terus, kos RM95. Lepas berbincang dengan geng, kami decide nak pergi Tawau dulu, boleh makan dan jalan-jalan, lepas tu baru ke Semporna.

Dah sampai stesyen bas Tawau, rupa-rupanya, perkhidmatan bas ekspress ke Semporna dah tak ada. Aku pun tak faham, boleh jadi untuk hari minggu je bas tu ada, hari-hari lain kena naik bas mini. Taraaa.... Van rupanya, dia panggil bas mini. OK, bas mini ni bayar sorg RM10 untuk pergi Semporna. Tak ada pilihan lain dah. Nak tak nak, naik je la.


Ok, serius aku cakap, naik bas mini ni, macam naik kuda. Mungkin struktur jalan kurang baik atau bas mini ni yang kurang selesa. Jadi aku suggest kat siapa-siapa terutamanya family, lebih baik naik teksi je terus ke Semporna. Kalau backpakers macam kitorang ni, tak jadi masalah lah.
Perjalanan dari Tawau ke Semporna lebih kurang dalam sejam setengah. Tapi kalau perjalanan dari Airport Tawau terus ke Semporna ambil masa dalam sejam je.

Kat Semporna kitorang stay dekat Dragon Inn dulu satu malam, memang dah book sesiap kat Agoda. 

Dragon Inn ni top 10 floating Hotel. Tapi, Top 10 in mana aku tak sure la. Sabah ke, Malaysia ke, world ke. Ehhh? 






Petang tu kitorang pun keluar jalan-jalan kat area resort tu. Memang penuh dengan pelancong je kat sana. Kiranya area ni tempat transit orang yang nak ke pulau. 

Keluar je dari Dragon Inn, aku daah nampak orang jual air kelapa tepi jalan. Murah je kut. Sebijik RM2, besar pulak tu, siap boleh share 3 orang. Mana nak dapat kat Penang atau KL harga macam tu. Mimpi je la. Paling murah pun RM3, tu pun susah nak dapat. huhuhu...

Tepi jalan, ada je orang dok berjual-jual ikan la.. lobster la.. macam-macam. Kitorang pun beli la jgak dari brader ni, lepas tu bawak ikan and lobster tu pegi restoran suruh orang restoran masak. 



Malam tu lepas makan kami pegi Giant, shopping sikit sikit barang makan. Lepas tu kitorang balik je bilik, lepak-lepak dan seperti biasa, aktiviti kalau kitorang berjumpa. mesti la main kad. Treng treng treng..... Malam tu kitorang pilih untuk main Monopoly Deal..



Nanti pulak sambung hari kedua.. Hiking di Bohey Dulang =)