Wednesday, September 9, 2015

Jom Jalan: Chew Jetty

Hari Merdeka yang lepas, saja cari aktiviti yang menarik sikit, malas nak jalan jauh-jauh, jalan pusing Penang pun OK jugak. Makanya, setelah dipengaruh oleh seorang sahabat, aku pun pergi la menuju ke Chew Jetty bersama seorang kawan aku yang bernama Ms Chew. Ehhh? Di manakah terletaknya Chew Jetty ini? Tak apa.. Ms Chew tahu di mana!

Dari Jelutong Expressway terus saja tuju ke Weld Quay, sebelum sampai Feri, kita boleh jumpa ada 3 Jeti dekat sana. Mula-mula ialah Lim Jetty, Tan Jetty dan Chew Jetty. Oleh kerana aku pergi bersama Ms Chew, makanya Chew Jetty la tempat yang dituju. Kalau nak pergi ke Lim atau Tan Jetty, kena la bawak Ms Tan dan Ms Lim kan.

Ada apa dekat sana? Jawapannya, ada Jeti. Hehe.. jawapan mintak penampar. Chew Jetty ni ialah kawasan penempatan kampung orang cina, tapi dijadikan salah satu tapak Unesco Pulau Pinang dan menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sebab aku tengok ramai je orang putih datang kat situ.

Dan di sini ialah port terbaik untuk photographer-photographer nak tangkap gambar.  Ramai yang datang sini tayang DSLR lah.





Free WiFi is much more important than food. Am I right?








Dah habis jalan-jalan tangkap gambar dekat Chew Jetty, kami pun pergi la menuju ke Tan Jetty. Apa yang ada di sana? Cuma ada rumah orang saja. Tak macam Chew Jetty yang meriah, ada macam-macam kedai, tempat makan, souvenir dll.


Pemandangan Chew Jetty dari Tan jetty

Siapa yang jenis penakut tak digalakkan lalu kat jeti ni, sebab aku jalan atas ni pun rasa longgar kepala lutut. 

Ini tukun mungkin =P

OK LAH.. JOM BALIK~~

Tuesday, August 25, 2015

Alamak.. Kura kura sakit mata?

Sejak hari raya yang kedua haritu, kura kura aku nampak lain macam. Dia jadi pasif, makan pun tak mau dan macam mogok lapar rupa dia. Lepas tu dia macam lebih banyak bertenggek atas kayu. Lepas tu aku nampak mata dia membengkak. Asyik kaih kaih mata. Mata pun macam tak mau bukak. Ah sudahhhh... apa hal pulak kura kura ni. Aku dah agak, mungkin sebab aku buat photoshoot bersama kura kura hari tu, mata dia masuk tanah. Matanya terkena jangkitan kuman. Oh.. macam mana ni??? Apa yang perlu saya lakukan?

Hari raya kelima, mata dia macam boleh terbukak sikit, itu pun kalau aku bawak dia keluar rumah.
Tapi, lepas dari tu mata dia memang tak mau bukak langsung. Aku terfikir nak bawak pergi veterinar. Tapi yang jadi masalahnya, aku beli kura kura tu RM7, dibuatnya kalau kos ubat dan caj dekat veterinar tu RM70, tak ke naya. Aku memanglah pencinta haiwan, tapi aku pun pencinta poket sendiri jugak =P

Sehari sebelum aku pergi ke Kemaman haritu, aku dah susah hati. Apa yang akan terjadi dekat kura kura ni. Dah seminggu lebih tak makan, mata tak bukak, esok nak jalan. Nak tinggal kura kura sekor sekor kat rumah atau nak bawak? Aku pergi kedai akuarium, aku tanya masalah kura kura aku ni. Dia bagi aku beli antibakteria. Serbuk warna kuning. Taburkan je serbuk tu dalam air kura kura. Biar dia berendam dalam air tu.

Kura-kura kena rendam dalam air Antibakteria

OK, aku dah fikir, buat malam ni, esok mata dia celik. Yessss...

Tapi tu semua itu karut semata-mata. Esoknya aku tengok sama jugak, tak nak bukak pun mata dia. Mana la jadi setakat buat sekali dua.

Nak tak nak, bawak je lah kura kura ni. Aku tinggalkan dia dekat rumah abang kat Sg. Buluh. Dan aku boleh la pergi ke Kemaman dengan senang hati.

Kura kura dapat girlfriend kat Sg Buluh, tapi malangnya tak dapat menatap matanya yang bulat tu. Maklumlah, masa tu mata tak nampak kan. Kesian.


Balik dari Kemaman. Kura kura masih tak OK lagi. Mata taknak bukak langsung.

Ni masa on the way balik ke Penang. Tengok, mata pejam. Elok duduk kat dashboard tu tak begerak-gerak. Kalau mata celik ni, jangan harap, mesti tah ke mana dah dia merayap.


Aku try la jugak baca-baca doa penyembuh rabun mata, hembus-hembus ke kura-kura. Hasil share orang kat FB. Mana tau berkesan kan. He he..

Macam dah lama sangat, susah betul hati bila tengok mata asyik terpejam. Aku try pergi ke kedai akuarium yang lain pulak. Budak kedai tu bagi nasihat, suruh tukar air setiap hari, guna air suam sikit, tabur garam sikit dalam air, jemur bawah matahari. Aku jemur kejap je, dalam setengah jam, letak atas bonet kereta kat luar rumah. Tapi ada sekali tu terlupa, cuaca pulak panas terik, sampai dua jam dia duduk kat luar. Wahh kejam betul aku ni. Air dia pun dh jadi panas bukan main. Mintak maap la kura kura.

Alhamdulillah, lepas seminggu ulang benda yang sama, dia pun dah mula celik mata. Mata pun kurang bengkak dah. Tapi masih tekaih kaih mata. Dan dia masih tak nak makan lagi. mata pun kadang-kadang masih pejam, bila letak tempat panas baru la dia terbukak.

Selepas sebulan lebih, akhirnya, mata dia macam dah OK sepenuhnya dan dia pun dah mula makan balik. Yeah... sebulan lebih kura kura tak makan. Alhamdulillah dia boleh hidup. masa tu aku rasa macam dah tak ada harapan.
Tapi siapa sangka kura kura panjang lagi umurnya :)



Thursday, August 20, 2015

Siapa nak tiket bas free, sila bagi nombor IC

Tahun 2004, Kuala Terengganu

Aku dan rakan-rakan berpakat nak ke KL, tujuan ke sana, aku kurang pasti sangat. Tapi boleh jadi untuk berpoya-poya la kut. Masa tengah makan malam bersama rakan-rakan, kami berbincang mengenai niat kami untuk ke KL. Salah seorang kawan kami berkata, "Oh, aku pun nak g KL jugak hujung minggu ni. Ada tiket free...Korang nak tak?"

"What? What? What? Tiket free? Siapa yang nak bagi tiket free ke KL ni? Biar betul?"

"Betul la, aku tengok ada tampal kat papan kenyataan kat hostel. Ada, cuma kena bagi nama dengan No IC jek, nanti petang Jumaat bas ambik depan hostel."

Yippieeee... kami melompat kegembiraan..

Hari yang di nanti telah pun tiba. Dalam pukul 2.30 atau pukul 3.00 petang, bas pun sampai. Ada sorang Pak Cik dalam bas tu. memeriksa semua nama budak-budak yang naik bas. Yer la, nak bawak student, mesti la kena jaga elok-elok kan. Kami pun excited lebih, nak pergi KL la katakan. Kami semuanya 6 orang. Aku, Kakpit, Peja2, Elaq, dan dua orang lagi rakan kami yang akan menuju ke destinasi lain bila dah sampai di KL nanti. Sorang nak balik rumah, sorang lagi nak jumpa kawan kat UPM. Bas trip penuh, tak ada satu pun kerusi kosong.Dah dekat sejam kami duduk dalam bas, baru lah bas bergerak.

Dalam perjalanan tu, aku dapat satu masalah. Alamak, sandal putus pulak dah. Mana ada bawak kasut spare. Jenuh la nak berjalan macam ni.Perjalanan kami memang lama, dalam pukul 10 baru kami sampai area KL. Bila masuk je area KL, Pak cik tu bagi announcement.

"Sebelum kamu semua turun, kamu kena pergi satu tempat ni dulu. Dekat Damansara. Kamu pergi sana dengar-dengar dulu orang cakap bagi ceramah, lepas tu baru boleh pergi ke destinasi masing-masing."

Kami semua terkejut. Mata terkebil-kebil. Ada sorang budak cakap, "Pakcik, ayah saya dah tunggu ni, saya tak nak pergi kat situ."

"Eh, tak boleh, kamu kena pergi dulu tempat tu, lepas tu baru balik."

Budak tu terdiam. Jauh jugak perjalanan baru kami sampai ke tempat yang Pakcik tu cakap.
Kakpit dah contact abang dia, dia bagi tahu lokasi kami berada.

"OK, kita dah sampai. Kamu semua boleh turun! Hey hey jangan bawak turun beg, tinggal beg dalam bas. Jangan saya kata jangan. Naik atas dulu tingkat 18 (OK, aku hentam je, aku mana ingat tingkat berapa). Nanti baru balik ambik beg. Sini KL tau, KL ni bahaya tau. Banyak orang jahat. Jangan cuba-cuba berjalan sorang-sorang. Sekarang semua turun bas, naik tingkat 18."

Budak-budak dalam bas semua bising. Tak puas hati. Kitorang turun bas, kami bertekak dengan Pakcik tu. Pakcik tu boleh buat dek je. Tension betul aku masa tu. Plan semua lari dah ni. Dengar ceramah apa pulak kat sini. Nak tak nak kena la jugak ikut Pak cik tu. Entah ke mana la pakcik tu nak bawak kitorang pergi.

Fuhh.. besar jugak bangunan ni. Aku mengekori belakang Pakcik tu sambil mengheret kasut yang putus, jalan pun dah macam orang tempang dah. Sampai hati kasut ni. Time ni jugak la dia nak putus. Tak tunjuk kasih sayang langsung dekat tuan dia.

Sampai tingkat 18, pintu lif terbukak. Jeng jeng jeng..

Perghhh giler meriah kat sini. Ramai orang pakai "semat-semat". Pakai necktie, pakai blazer. Bising pulak tu. Bilik sana ada orang bercakap kuat-kuat, bilik sini ada orang bercakap kuat kuat.  Tepuk tangan, sorak-sorak.. Perghhhhhh...

"Haaa, korang masuk bilik tu, dengar-dengar dulu orang nak cakap apa. Jangan cuba-cuba nak lari, sini KL tau KL, bahaya tau. Ramai orang jahat dengan perogol T_T" Pakcik poyo tu bagi amaran lagi kat kitorang untuk kali yang ke lima belas agaknya.

Kitorang pun menurut. Dengar je la cakap orang tua tu. Masing-masing mencari kerusi kosong. Ada sorang mamat ni yang dok berceramah, bukan main semangat lagi.. Orang-orang lain dok menjerit-jerit bertepuk tangan. Tak sakit tekak ke diorang ni.

"Saya baru saja join LUXOR beberapa bulan. Tapi sekarang, saya sudah mampu pakai kereta yang mahal. Jangan ingat kalau kita tumpukan perhatian dalam bisnes ni, kita tak boleh dapat result cemerlang. Saya ni student UKM. Last sem dapat result 1st class. Kamu semuat tak teringin ke nak jadi macam saya? Memang tak rugi kita join.. bla bla bla, tada tada tada, teng teng teng, pong pang pong pang... " Sambil diikuti tepukan daripada orang-orang lain.

Setelah beberapa ketika  kitorang terpaksa mendengar ceramah yang sanagt tak best tu. Maka, kitorang berempat membuat plan. Kita memang tak boleh tunggu kat sini. Jom kita keluar lari dari sini. OK! Setuju!

Kitorang dengan selumber keluar dari bilik tu, pergi dekat lif, tekan butang turun. Tapi tiba-tiba....

"Kamu ni nak pergi mana ha?" Pakcik poyo jerkah dari jauh.

Teketar-ketar kepala lutut bila dengar suara pakcik tu.Ishhh... macamana boleh tak perasan pulak ni, Pakcik tu duduk atas kerusi macam jadi jaga, dok perati kut kut ada budak-budak yang macam kitorang ni nak melarikan diri.

"Dah.. pergi masuk balik bilik tu. Dah habis nanti baru boleh balik! Ni KL tau.. KL. Ramai orang jahat."

Kitorang pun masuk balik bilik tadi. Terpaksa la dengar lagi mamat tu bercakap.. Kalau ikut hati aku, nak je aku baling mamat ni dengan sandal putus aku ni. Tapi, nanti kalau dah baling lagi teruk, takkan aku nak kaki ayam kut. Giler kau jalan kat KL kaki ayam. Sekarang ni boleh gagah lagi heret-heret kaki.

Jam dah lewat. Dah pukul 1 pagi kut masa tu. Abang Kakpit dah lama sampai kat bawah. Kitorang buat plan lagi. Kitorang akan keluar berdua-dua, jumpa dekat toilet.
Bila sampai dalam toilet, kena atur strategi pulak, macamana nak pergi ke lif, tapi tak nak bagi pakcik tu perasan.  Jarak antara toilet dengan lif lebih kurang beberapa belas meter sahaja. Dua orang keluar terhendap-hendap dari toilet, berlari-lari anak dan terus menekan butang lif. Berjaya! Ya, berjaya! Pakcik lambat.. pakcik lambat!! =P

Tetapi malangnya, lagi dua orang sudah tertangkap oleh Pakcik. Dan sebagai hukumannya, terpaksalah masuk bilik tu semula, dan mendengar ceramah dengan tekun sampai habis.

Lebih kurang pukul 2, ceramah pun berakhir. Semua boleh turun. Kami semua berkumpul di bawah. Kawan kami lagi dua orang cakap, beg tak boleh bawak keluar lagi, sebab pintu bas kunci. Maka, terpaksa lah kami tunggu pakcik tu. Pakcik mengumpulkan semua budak-budak yang dia bawak, lepas tu buat annoucement.

"Semua dengar sini. Ok, sekarang kita akan balik Terengganu semula." Perghhhhhhh kilat sambar menyambar. Guruh sabung-menyabung. Puting beliung semua macam nak tecabut bumbung-bumbung rumah.

Giler?? Balik Terengganu semula?

Kitorang kena buat plan lain. Abang kakpit dah lama menunggu. Walau macamana pun kitorang tak kan balik Terengganu malam ni. Dalam hati memang menyumpah-nyumpah pakcik tu.
Kitorang kena ikut naik bas balik, untuk ambik beg. Budak-budak yang lain semuanya nampak dah redha. Turut je semua cakap pakcik tu. Lepas kitorang ambik beg, bawak turun. Pakcik tu menyinga. Buat kali yang ke seratus lima puluh juta, dia pun cakap, "Kamu nak pergi mana? Kamu kena balik Terengganu jugak malam ni. Tak boleh turun kat sini, sini KL, sini bahaya, ramai orang jahat, kita tak tau!"

Salah seorang dari kami berenam cakap" Pakcik, aku ni orang KL tau pakcik. Aku nak balik rumah aku la Pakcik. Apa ni pakcik."
Kitorang secara bergilir-gilir bertekak dengan pakcik tu sambil disaksikan oleh budak-budak lain dari dalam bas. Ha ha ha! Kesian abang kakpit, sudah esok kerja, terpaksa pulak tunggu berjam-jam kat situ. Sabar je dia tunggu kami settle masalah dengan pakcik ni.

Dah lebih 15 minit bertekak dengan pakcik tu di tepi jalan, maka, pakcik tu pun menyerah kalah. Dia pun cakap, "takpe la. Nak duduk sini, duduk lah. Tapi kalau jadi apa-apa kat kamu semua saya tak nak bertanggungjawab!"

Yeay.. kami gembira melompat bintang. Bye bye bas trip. Nanti Ahad kita jumpa kat Terengganu yer, sambil menjelirkan lidah mengejek budak-budak dalam bas.

OK, jom balik. Abang kakpit pergi mengambil keretanya.

Pada malam yang sepi itu, ditengah kotaraya. kami naik kereta Kelisa seramai 7 orang semuanya. Peja2 yang paling kecik terpaksa duduk di atas kakpit dan kepala kena bagi senget sikit. =P Nasib baik tak jumpa polis. Kalau tak, naya yer. Mana nak menyorok.

Pada keesokan harinya, saya membeli selipar baru berwarna biru dan seterusnya saya ke Lowyat untuk membeli SD card 128mb yang berharga RM100

*****************************************************************************
Setahun selepas itu... "Hey, Niza lama tak jumpa!" Tegur seorang kawan yang aku kenal masa buat part time masa cuti semester yang dulu.

"Eh la... ya la.. lama betul tak jumpa. Sewa rumah area mana sekarang?" Serius aku lupa nama dia, tapi buat-buat je la ingat. Takmo la dia kecik hati.

"Eh, free tak malam ni? Jom kita lepak-lepak"

"Malam ni? Malam ni ok je. Jom la..." Dah orang ajak lepak, pergi je la kan. lagi pun lama tak jumpa. Boleh jugak aku tanya nama dia apa. hehehe....

Tunggu punya tunggu, lambat baru dia muncul. Dia datang bawak geng pulak. Elok je duduk-duduk order makanan, maka...

"Erm.. niza, ni nak tanya. Pernah dengar pasal LUXOR tak?"

"WHAT???? $*&@%^(*&$_@(%^&_@*_&)((%(_&%_&+%*+"

Malam tu aku balik rumah dengan bad mood. Tapi rahsia keluar jumpa budak LUXOR tu tadi tidak diceritakan kepada kakpit, Elaq atau Peja2. Kalau tak, confirm aku kena gelak. HUwaaaaaaaa T_T

Entah apa jadi dengan Luxor sekarang. harap dah bangkrap teruk. Padan muka dia. Sampai hati dia menipu budak-budak student macam kitorang. Bukan kitorang je yang jadi mangsa. entah beribu-ribu mangsa dah kena dengan menggunakan modus operandi licik macam ni.

Nota kaki: Salah seorang kawan kami yang berada ditempat kejadian telah kembali ke rahmatullah pada sem 5 akibat jangkitan kuman. Al-fatihah.....

Copy & Paste: Mimpi ngeri =P

Ini bukan cerita aku, ini #copypaste punya cerita..

"You bersiap sekarang. I on the way ambik you."
Zety mengajak aku keluar pergi makan malam bersama. Hati aku dah berbunga kembali. "Jangan-jangan dia dah syok kat aku." perasan aku sendiri dalam hati. Dan dia menyuruh aku dress up kemas dan semat. Gampang! Apa aku belum cukup semat ke selama ini? Aku menyarung seluar slek Dickies berwarna hitam dan berkemeja putih. Seluruh tubuh badanku disembur minyak wangi berjenama Hugo Boss dari leher hingga ke buku lali. Aku mahu Zety berasa sedap bila terbau tubuh badan aku yang mewangi. Padahal sebelum ini pergi keluar makan tengahari di kedai bawah rumah itu pun aku tak mandi.

"Mmm... Semat. Macam Zul Arifin. Eh, tak tak. Tak best. Macam Jason Statham. Haa!" aku bermonolog sendirian sambil cekak pinggang di depan cermin. Tiba-tiba telefon pintar aku pun berbunyi memainkan lagu Padi. "I dah kat bawah." sedapnya suara Zety sehinggakan aku rasa macam nak ke bilik air sekejap tapi aku batalkan niat bida'ah itu. Dengan pantas aku terus lincah turun.
Sampai saja di bawah, Zety berada di dalam kereta Proton Persona berwarna hitam melambai aku. Zety juga memakai dress serba hitam. Ya, aku bukannya suka menaiki kereta. Aku lebih selesa menunggang motorsikal Honda Ombakku. Tapi demi Zety, aku turutkan jua. Manakan tahu kalau dah qada dan qadar tertulis sekejap lagi Zety ingin memegang kepala gear, terpegang peha aku.

"Kita nak makan kat mana ni?" aku tanya dengan nada seperti pelakon drama. Zety pandang aku dan cuma senyum. Amboi, manisnya senyuman Zety. Lempang karang baru tau. "You ikut je." dia balas pendek. Aku pun seakan rela dibawa ke mana saja. Ingin saja tangan aku membelai rambut Zety di celahan telinga kirinya seperti di dalam video klip lagu-lagu rock jiwang, tapi aku risau ianya akan mengganggu corak pemanduan Zety dan boleh jadi akan menyebabkan kami berdua dress up serba putih jika berlaku kecelekaan.

Kami berdua pun sampai ke tempat yang dituju. Aku rasa pelik, kami bukanlah pergi ke sebuah restoran tapi tempatnya seakan di dalam dewan. Ada banyak meja bulat yang sudahpun dihidangkan makanan di atasnya. Ramai yang sudah duduk seperti menunggu waktu makan tiba. Kami mencari kerusi yang kosong untuk diduduki. Agak biadap pula jika kami duduk di atas riba orang. Orang ramai di situ pula semuanya pakai serba kemas. Ada yang berkot, ada yang bertali leher, ada yang berkemeja seperti seorang eksekutif. Aku mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba...

"APA KHABAR USAHAWAN LUXOR SEMUA?!"
Dan kesemua di dalam dewan itu bangun dan balas jawab serentak,
"LUAR BIASA BAIK!"

Aku terperangkap. Aku pandang Zety dengan rasa geram sehingga menggigil. Dan aku terus demam 2 hari akibat terlalu marah. Aku serik dengan insan yang bernama wanita lagi.

Nota Kaki: Aku ada pengalaman yang mengerikan jugak pasal Luxor ni. Nanti-nanti la cerita :)