Tuesday, August 4, 2015

Langit, malam, mimpi dan bintang


10 years back, aku kat Terengganu. Buat apa kat sana? Kalau orang cina, dia cakap baca buku kat sana (study). Jadi, apa kena mengena Terengganu dengan Langit, malam, mimpi dan bintang? 

Ok, ini bukan nak cerita pasal keropok lekor Terengganu, tapi aku nak cerita pasal apa Peterpan. 

Apa pulak kena mengena Terengganu dengan Peterpan? Peterpan tu Indonesia kut. Pening ke apa?

Sebenarnya tahun 2004-2007 ialah zaman kegemilangan Peterpan, masa tu aku duduk kat Terengganu.  2004-2007 tu, aku dan kawan-kawan sehostel/serumah layan Peterpan dengan tahap kronik. Aku rasa pada masa sekarang ni, 10 tahun yang lepas, mesti aku tengah mengadap desktop aku sambil pasang lagu Peterpan, kepala goyang-goyang sikit, sambil main game takpun berYahoo Messenger carik pakwer yang tak jumpa jumpa sampai sekarang. Ehh? Kata tadi baca buku kan, ni main game pulak. OK, aku baca buku time nak exam je, time tak exam kita main game!

Habis tu apa pulak kena mengena Peterpan dengan Langit, malam, mimpi dan bintang?

Kalau anda juga peminat Peterpan, anda mesti perasan punya, sebenarnya lirik-lirik lagu Peterpan ni ulang-ulang perkataan yang sama je, lebih kurang. Tak kisah la lagu apa pun.


Lagu pertama: MIMPI YANG SEMPURNA 

”Aku kan menghilang dalam pekat malam
Lepas kumelayang
Biarlah kubertanya pada bintang-bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna”

Tengok, dalam satu rangkap je dah ada malam, bintang dan mimpi


Lagu Kedua: AKU DAN BINTANG

”Pernah kau lihat bintang
Bersinar putih penuh harapan
Tangan halusnya terbuka
Coba temani, dekati aku
Selalu terangi gelap malamku

”Lintas ke langit luas
Bersama musim terus berganti
Tetap bermain awan
merangkai mimpi dengan khayalku
selalu bermimpi dengan hariku”

Haa.. ni complete semua ada - Malam, mimpi, bintang  & langit



Lagu Ketiga: MENUNGGU PAGI

Malam begini, malam tetap bengini
 Entah mengapa, pagi enggan kembali



Eh, ada malam je rupanya, malu plak rasa. Mana ada langit dengan mimpi..


Lagu Keempat: BINTANG DI SYURGA

”Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh”

”Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata”

Bintang ada, Langit pun ada


Lagu Kelima: YANG TERDALAM

”Mungkinkah jika aku bermimpi
Salahkah tuk menanti

Ala ada mimpi je, tu pun kecoh


Lagu Keenam: LANGIT TAK MENDENGAR

”Coba bertanya pada manusia
Tak ada jawabnya
Aku bertanya pada langit tua
Langit tak mendengar”

Ada langit je kan, rilek lah


Lagu Ketujuh : MUNGKIN NANTI

Dan bila hatimu termenung,
Bangun dari mimpi-mimpimu.
Membuka hatimu yang dulu,
Cerita saat masa lalu

Oh, mereka bermimpi lagi


Lagu kelapan: JAUH MIMPIKU

”Kau ciptakan mimpiku
Jujurku hanya sesalkan diriku
Kau tinggalkan mimpiku
Namun ku hanya sesalkan diriku

Oh mimpi mimpi lagi.. Kembalilah ke alam yg nyata


Lagu Kesembilan: ADA APA DENGANMU

Kutanya malam,
dapatkah kau lihatnya perbedaan
Yang tak terungkapkan
Tapi mengapa kau tak berubah
Ada apa denganmu

Kalau mimpi mesti la time malam-malam kan


Last last Lagu Kesepuluh: TERTINGGALKAN WAKTU 

“Kau harapkan keajaiban melengkapi khayalmu
Kau biarkan mimpi tetap mimpi
Yang melengkapi khayalmu

Dah la, aku malas nak mencarik dah.. cukup la 10...
Jangan salah faham pulak, aku bukan nak condemn Peterpan, sebab aku layan semua lagu dia, Sekarang pun tengah dengar. Tak tahu la pasal apa tiba-tiba malam ni terbukak lagu Peterpan .goyang-goyang kepala~Bye


Monday, August 3, 2015

What I found at Kemaman


Short vacation ke Kemaman & Pahang, berjalan macam orang tergocoh-gocoh bak kata orang Terengganu/Kelantan. Sambil melawat saudara-mara, dan lebih nya nak mencari makanan-makanan rare yang tak ada kat Penang. Ok, tipu, ada kat Penang tapi tersangat lah teruk rasanya. Dua benda yang tak boleh dilepaskan kalau kita ke Pantai Timur. This is it gang!


Makanan pertama ialah Satar & Otak Otak Kuala Kemaman. Kedai yang dipilih ialah , hehe bukan dipilih sebab yang ni paling ramai orang, so boleh consider paling sedap la kan. Dulu pernah makan kat gerai satar sebelah kedai ni, memang sedap tahap petala 7. Tapi oleh kerana gerai tu tak bukak lagi, mungkin masih mood beraya, jadi kita try pulak kedai Kedai Satar & Otak-otak Che Wan. Kedai besar, orang pun ramai, pelbagai bangsa datang makan sini. Tapi harga agak mahal la aku rasa.




Aku sorang makan je dua pinggan, tu pun rasa tak cukup. Nak lagi!


super delicious, kalau boleh nak angkat kedai ni letak depan rumah


Aku memang minat Satar je, otak-otak macam tak berapa minat sangat. Tapi akak aku balun otak-otak habis sepinggan. Amekkau. Abah ada makan pulut mangga, gambar lupa nak ambik, sebab excited sangat nak makan satar kan. Dan pulut mangga tu memang diconfirmkan oleh QC (akak) sebagai pulut mangga tersedap di muka bumi.. muahhaha. Secara kesimpulannya, semua makanan kat situ sedap. Kalau anda ke Kemaman, jangan lupa singgah di Kuala Kemaman. Tak tahu jalan? Jangan risau, waze kan saja =P

Plan nak pergi lagi sekali lagi kedai ni keesokan harinya, tapi tak berkesempatan pulak. Rugi betul rasa.

On the way balik dari Kemaman, singgah pulak dekat kedai keropok lekor kat Cherating. Kedai ni memang dah tiga kali aku singgah. Kalau balik dari Terengganu aku memang tak kan lepaskan peluang singgah kedai ni. Keropok lekor dia memang sedap nak mampus.  Kedai Keropok Lekor Cap Kren, Cherating.



Kali kedua kami singgah ke kedai ni tahun lepas. Aku memang tak ingat nama kedai keropok lekor ni, tapi akak aku boleh agak-agak namanya. Dia cakap boleh jadi nama Keropok Lekor Buldozer, tak pun Keropok Lekor Jengkaut. Oh mai, kenapa nama kedainya teruk sekali. yeah.. rupanya Kren, Keropok Lekor Kren yer, kami terjerit-jerit bila tengok signboard Keropok Lekor Kren, dan bukannya jengkaut. Pandai-pandai je tukar nama kedai orang. Hehehe...


Siap mintak orang kedai tolong gorengkan keropok, lepas tu makan terus kat sana. Sepiring ni harga RM2. Mungkin agak mahal, sebab tengok la ada berapa ketul je tu, tapi memang berbaloi sebab sangat sedap. Kalau orang cakap keropok losong paling sedap, aku geleng kepala, baik lagi keropok Batu Rakit atau Seberang Takir. Tapi, cap kren ni berganda lebih sedap. Rasa terawang-awang ke udara. 

Tak cukup makan kat kedai, suruh lagi orang tu goreng bungkus, boleh la mengunyah lagi sambil driving

 Dah lah tu... JOM BALIK



Monday, July 13, 2015

my first photoshoot with A5000


Model - Mr Kura kura

Lokasi: Pasu bunga, taman mini depan rumah

Mangsa pertama ialah Mr Kura-kura. Kura-kura ni tak nak bagi kerjasama dengan baik. Kerja dia asik nak lari. Orang suruh pandang sini, dia pandang sana. Aku perasan, beberapa keping gambar yang aku snap, semua tak dapat fokus bahagian kepala. kesian kura kura habis comot-comot dengan tanah sampai masuk mata. Sabar je la yer, ko dapat tuan kejam yang macam ni.





Saya pernah ke Lowyat pada tahun 2004 untuk membeli SD card 128mb yang berharga RM100

Panjang betul tajuk aku hari ni. Tapi jangan salah faham pulak. Kat sini, aku bukan nak complain pasal harga SD card 128mb yg berharga RM100 tu. Sebab zaman tu, tahun 2004, memang standard harga macam tu. Kalau kita beli 128mb harga RM100 pada masa sekarang ni mmg patut panggil todak langgar Lowyat tu. Ha ha ha... OK enough la mukadimah ni. Sekarang tak wujud dah pun SD card bersaiz 128mb. Jangan nak merepek sangat.

Pagi tadi, buka FB kecoh baca pasal budak-budak melayu merusuh depan Plaza Lowyat pasal kes budak beli OPPO AP, dia mengamuk balik kat kedai tu, dia pegi ambil handphone ori, tada tada tada...dituduh mencuri pulak. Kena belasah. Bla bla bla.. budak-budak lain pun semua dah start tak puas hati, peniaga-peniaga cina di Lowyat yang kaki kencing, berniaga tak jujur. Padahal benda tu dah well-known, memang dah tahu kat sana memang ramai yang suka kelentong orang. Tapi masih ramai yang berpusu-pusu ke sana. Kalau nak confirm beli benda yang original, nak beli Sony, sila ke Sony centre, nak beli Samsung, sila ke Samsung centre. Nak beli OPPO, sila ke OPPO centre ye adik-adik. Dan sebelum beli sila confirm kan warranty dulu. Make sure anda dapat Manufacturer warranty instead of Supplier Warranty. Biasanya manufacturer warranty ni dia bagi setahun saja. Kalau orang yang jual tu cakap 2 years warranty, agak fishy di situ, mesti dia bagi warranty dari kedai dia. Dan tak mustahil, lepas beberapa bulan, kedai tu akan tukar kepada nama lain. Oh mai oh mai. Dimanakah perginya warranty 2 tahun itu selepas kedai bertukar nama ya adik-adik? OK, ni pengalaman aku di Penang, di KL, aku tak pasti.Tapi aku rasa modus operandi nya sama saja kat mana-mana pun.

Apa yang merisaukan aku skrang bukan pasal ori tak ori. Bukan pasal OPPO tak OPPO. Yang menggusarkan hati aku sekarang ialah pasal #racism. masalah ni bukan masalah perkauman. Ini masalah antara peniaga yang menipu dan pembeli yang tertipu. Peniaga cina tipu jual handphone AP China made kepada orang melayu. Orang melayu marah. Orang melayu tak puas hati, orang melayu merusuh, orang melayu memaki, mencaci cina b*** penipu, berniaga tak pernah jujur. Kaki kencing. Racism secara tak rasmi dah berbangkit di sini. Heh, korang confirm ke yang peniaga Lowyat tu tak tipu bangsa diorang sendiri? Aku rasa diorang pukul sama rata je. Tak kisah la ko melayu ke, India ke Cina ke. Orang melayu sekalian, pls.. this is not the correct way. Korang memaki hamun, apa yang korang dapat? Yes, korang dapat sakit, korang dapat dosa je, lagi-lagi di bulan puasa ni. Pergi terawih carik pahala, balik terawih pergi merusuh buat dosa memaki orang. Siapa yang ajar?

Mostly orang cina yang memonopoli bisnes ni, orang melayu ni tukang beli je. Kalau ada pun, entah berapa percent saja orang melayu yang buat bisnes ni. Nak senang cerita, don't buy from them. Pergi cari kedai melayu, mahal sikit pun tak apa, janji tak kena tipu, Orang cina buat kerja macam ni, diorang tak tau yang benda tu salah. Diorang buat macam tu tanpa rasa bersalah. Diorang mana tau ada malaikat Raqib dan Atid duk catit amalan. Jadi, nasihat aku, tak suka peniaga cina, jangan pergi. pergi kedai melayu. Tapi jangan fikir orang melayu berniaga ni jujur sangat. Manusia ni semua sama saja, tak kira lah bangsa apa sekali pun. Tetap ada kaki menipu, kaki kelentong, kaki mencuri. Kalau semua orang melayu jujur, baik, warak, tak wujud lah mat mat rempit meragut, mencuri, merogol..bla bla bla (nah amek, mat rempit plak yang kena). Kalau agak-agak orang melayu sendiri pun nak menipu, ugut je cakap, Raqib dan Atid tengah tulis dosa pahala. Bagi diorang beringat sikit. Berniaga kena jujur. Kalau dia jual handphone AP, suruh dia mengaku, jangan pulak cakap yg tu ori. Sebab aku rasa, ramai je orang yang tak kisah beli benda AP ni, sebab memang harga dia lebih murah dari yang ori. Cuma yang penting kena jujur, jujur dan jujur.

OK lah... bagi aku, bukan semua cina tu jahat dan bukan semua melayu tu baik dan jujur. Semalam aku baru je tangkap Sony Alpha 5000 di Gadgetria, Megamall Pinang. Tuan punya cina, pekerja cina. Layanan tip top, No racism, dan yang penting, aku tak nampak penipuan yang ada di situ. Walaupun harga dia mahal sikit dari kedai yang lain, tapi aku puas hati dengan service yang dia bagi.  Boleh consider untuk pergi lagi ke sana lagi. To Gadgetria, i like your shop and pls do honest and don't cheat your customer macam peniaga2 kat Lowyat OK:)

Ini dia.. tadaaaaaa Sony Alpha 5000. OK, bulan depan kalau lapar, aku gigit camera je la kasi kenyang. Hehhhhhhh~