Pagi ahad, keluar pergi kedai mamak, macam selalu lah.
Depan gate rumah dan tengok kereta sport berkuasa rendah aku tu dah comot sangat. Bila diingat-ingat balik, ada lah dalam 4 bulan tak berbasuh rasanya. Biasa lah kan. Kereta perempuan. Kali terakhir pun, abah yang tolong basuhkan kat depan rumah.
Lepas habis makan kat kedai mamak port selalu, aku pun bergerak ke kedai cuci kereta. Sebenarnya, aku memang tak pernah ambik peduli pun tempat-tempat basuh kereta ni. Jadi oleh kerana mak nak pergi tesco beli barang, aku ingat nak lah cari carwash yang tak jauh dari area tesco. Jalan punya jalan, nampak lah satu kedai ni, aku pun try la masuk.
Keluar je dari kereta, tengok ramai orang dok tengah menunggu kereta di cuci. Semuanya mamat-mamat berkereta mahal dan bermuka poyo. Semua orang pandang aku. Aku tunggu la orang datang tanya ke apa ke. Tapi berminit-minit aku dok situ, tak ada sapa pun layan. Amboi-amboi, mentang-mentang la aku bawak kereta 60 Horse power je, dijelingnya pun tak. Aku tau la masa tu aku selekeh rupa macam tak mandi lagi. Ini dah membuatkan darah aku naik ni. Aku pun masuk balik kereta, start kereta, tekan minyak kuat-kuat, tanda protes. Heh, walaupun hp rendah, tapi ekzos besar tau. Keh keh keh (macam la ekzos tu boleh menambahkan kelajuan kereta). Aku terus blah dari situ, sambil mencaci-caci dalam hati.
Jalan lagi ke depan lebih kurang 1km, jumpa satu lagi carwash. Yes, ni jenis carwash yang tak berapa laku punya. Satu kereta pun tak ada. Ni kira bagus la. Rasanya kedai tu owner dia India. Pekerja dia 3 orang India, sorang bangla. Dia tengok customer melayu datang, cepat-cepat dia tukar pasang lagu melayu kat kedai dia tu. Ehhh, service bagus jugak. Kalau 1 Malaysia datang kedai dia pada satu masa, agak2 lagu apa la yang dia nak bukak agaknya kan.
Lepas siap cuci dengan vacuum semua, aku pun bayar. Lepas tu, bila aku start kereta, drama pun bermula. Yaa, kereta tak boleh start. Jeng jeng jeng. Tak boleh. Budak yang dok cuci kereta tu tadi, dia dah berdebar. Muka dia cuak, mesti peluh dia meleleh-leleh. Kepala lutut terketar-ketar. Dia mesti takut, aku akan mengamuk jadi hulk dekat kedai tu dan menyuruh dia membayar semua kos repair kereta. Dia suruh aku bukak bonet depan. Konon nak tengok la tu, apa masalah kereta. Hehhhhh... kau ingat kau mekanik? Kau pandai repair kereta?
Aku keluar dari kereta sambil tersengih-sengih. Aku cakap kat dia, you jangan risau, ni bateri dah mampus. Dah sebulan pun kereta bila nak start dia akan tersangkut-sangkut sikit. Aku memang dah tau beteri nak kong, tapi malas nak tukar bateri lagi, memang sengaja nak tunggu beteri mampus terus, baru nak tukar. Tapi, mana nak sangka bateri akan mampus kat carwash dia. Aku tersengih-sengih tengok dia. Aku terpandang kat seberang jalan. Oh, ada workshop, bagus la. Aku tanya dia, tu workshop ada jual bateri kot, aku pun terus lintas jalan, pergi kat workshop tu. Lama jugak kat situ menunggu, sebab masih awal pagi, workshop tu pun baru je bukak. Dalam 15 minit aku kat situ, apek kedai tu asyik cakap tunggu har, tunggu har. Aku sabar je la menunggu. Banyak kerja dia nak kena buat. Aku pun ternampak, budak carwash tu datang jugak tengok aku.
Bila apek tu dah settle semua, dia pun bawak la bateri pegi seberang jalan. Budak carwash tu pun dok risau lagi. Dia takut kalau dah tukar bateri nanti kereta aku tak boleh start jugak, habis la dia. Apa la yang dia nak takutkan sangat, bukannya aku tuduh dia yang menyebabkan kereta aku tak boleh start.
1,2,3 start... Yippiieee... aku berdancing secara berduet dengan budak carwash tu (merepek). Budak carwash tu pun tersengih-sengih. Sepanjang aku kat kedai dia tu, satu kereta pun tak masuk kedai tu. Sekurang-kurangnya, tak ada la diorang bosan sangat kan. Awal-awal pagi dah bawak masalah kat kedai dia.
Dah siap semua aku pun cabut. Bye bye, bulan depan saya datang sini lagi yer =P
Moral of the story: Nasib baik kedai yang mula-mula tadi takmo layan aku. Kalau tiba-tiba kereta tak leh nak hidup kat sana, agak2 ada ke mamat-mamat bermuka poyo yang tengah tunggu kereta dicuci tu nak tolong belikan bateri untuk aku? Depan kedai dia tu bukan ada workshop pun.Hehhhhh.....
Saturday, June 13, 2015
Monday, May 4, 2015
Kisah seram: 9 Nyawa
First time nak review buku. Sebelum ni tak pernah buat pun. harap-harap menjadi.
Ok, buku 9 Nyawa karya Ramlee Awang Murshid ni aku beli tahun 2013. Bulan berapa, hari apa dah tak ingat, sebab dah lama kan. Tapi, tahun 2015 baru habis baca. Nah, dua tahun baru habis. Macam la buku tu 5000 muka surat.
Sinopsis:
"INTAN SURYANI ~ Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku."
"HAKIM ~ Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?"
4 kali cubaan nak habiskan buku ni. Mula-mula beli baca dlam 20 muka surat. Lepas tu tinggal. Selepas beberapa bulan, cuba baca lagi, dalam 100 muka surat, dan akhirnya aku tinggal lagi. Buku-buku yg dibeli kemudian dah berapa banyak yang dah habis dibaca. Buku ni liat betul nak habis. Cubaan kali ketiga, masa bercuti kat hospital selama 3 hari 2 malam. Tapi anda tidak digalakkan membaca buku ni kat hospital. Ye la kan, cerita ni ada unsur seram-seram sikit. Hakim si buta bekerja di hospital dan boleh berborak pulak dengan roh-roh orang yang sedang koma kat hospital tu. Mau tak seram? Dan baca buku kat hospital pun tak berjaya jugak, mampu baca beberapa muka surat je. Tengah dok sakit, mana boleh fokus baca buku.
Akhirnya May 2015, buku ni dah selamat dikhatamkan. Kenapa aku ambil masa yang lama untuk baca buku ni? Sebab permulaan cerita ni agak slow. Dah nak masuk pertengahan baru cerita ni agak laju dan menjadi lebih menarik. Cerita bermula dengan Intan Suryani yang menghidap sakit jantung, dan koma beberapa kali. Azizah, mak kepada Intan Suryani percaya yang anaknya ada 9 nyawa seorang yang over protective, dia tak nak apa-apa terjadi kepada anaknya. Sehinggalah ada seorang lelaki bernama Khairil yang berani melamar Intan Suryani untuk dijadikan isteri.
Watak Khairil ni pada awalnya aku ragu-ragu tentang kejujuran dia terhadap Intan Suryani. Entah baik ke jahat. Tapi, selepas mereka berkahwin, aku dah ubah persepi terhadap mamat ni. Dan dipenghujung cerita, barulah kita tahu siapakah Khairil sebenarnya. Adakah dia seorang yang baik dan jujur, ataupun sebaliknya? Tak boleh la nak bagitau kat sini. Kena la baca sendiri.
Cerita ni jugak melibatkan gengster 3 buah negara, Singapure, Indonesia dan Malaysia. Serantau punya link dan pembunuhan yang kejam melibatkan gengster-gengster ni semua. Bila baca boleh la imagine adegan tembak-menembak, darah sana darah sini.
Jadi, kalau nak tau siapakah Hakim si buta? Apakah hubungkait Hakim, Azizah dan Intan Suryani? Siapakah Khairil? Sila la baca, memang tak rugi.
Aku nak bagi 4 BINTANG yow!!!
Nota Kaki: Aku habis baca buku ni sehari selepas kes 6 buah Myvi berlumba di DUKE yang mengakibatkan kematian sepasang suami isteri dan seorang bayi mereka. 2 orang anak perempuan menjadi anak yatim piatu. Kisah ni ada sedikit persamaan dengan novel 9 Nyawa. Hakim ketika berumur 7 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya (yg disengajakan) dan kedua ibubapanya meninggal dunia. Tinggallah Hakim dan adiknya Shauki mengharungi hidup sendirian tanpa ibu dan bapa.
Oh, ending cerita ni menyebabkan air mata aku terkeluar, tapi kena cover, takut orang nampak. T_T
Selamat membaca!

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya
percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung
jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh
dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang
terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab.
Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya.
Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara
mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua
bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah
di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter
ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak
dipertemukan lebih awal?
- See more at:
http://www.kelabram.com/2009/11/bakal-terbit-9-nyawa-ramlee-awang.html#sthash.sKHrzM1C.dpuf
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, July 26, 2014
Iklan Raya 2014
Rasanya tahun 2014 ni macam tak ada iklan raya yg menyentuh hati sangat macam dulu-dulu.
Ni dia beberapa bijik eh buah eh apa2 je la... iklan2 raya 2014 yang menarik mengikut ranking aku sendiri =)
Iklan raya RTM (INI BARU RAYA) - Iklan ni mmg paling sesuai untuk orang-generasi sekarang yang tak habis-habis dengan gadget. Apa2 pon, monopod dia terbaik!!!
TENAGA NASIONAL/TNB (SENTIASA BERSAMAMU) - Iklan yg simple tapi menarik. Kesian staf2 TNB yang kena kerja masa hari raya kan. Semuanya ada 3 version tapi version POP rasanya yg paling menarik. Enjoy!! Siang Malam memakai baju BIRU TNB.. la la la
NISSAN (No- Kisah sorang atuk yg tetiba hilang. Lepas tu puas la cucu dia pergi mencari. Rupanya Atuknya mengenang memori dgn arwah Wan.. seram wor.. heheh..
PETRONAS - Ermmm... tak la menarik sangat. Tp boleh la.. seronoknya kalau ada kampung macam tu =)
TELEKOM MALAYSIA/TM (ADIK) - Rasanya ramai yg suka iklan ni. Tp aku rasa ending iklan ni kurang menarik. Jangan nakal2 ye adik2.
Iklan mana pula pilihan anda?

Wednesday, August 7, 2013
duit raya
Sudah terlambat untuk menukar duit raya di bank?
Anda dihalau oleh pegawai bank kerana bank kehabisan duit kecik untuk ditukar (giler apa bank habis duit)?
Jangan cepat berputus asa... anda masih mempunyai harapan untuk menghulurkan seseringgit dua untuk kanak2 di pagi raya.
Mudah saja. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Sila ke kedai runcit/7Eleven/tesco/carefour/blablabla berdekatan dengan rumah anda!
Beli satu barang yg berharga satu ringgit. Ya, satu ringgit sahaja.
Di kaunter, sila bayar menggunakan duit 10 ringgit.
Jika pancik/makcik/adik/kakak/abang/ah pek/ah moy tanya tadak duit kicik, sila buat raba2 poket sambil menggelengkan kepala anda..
Taraaaa... anda bakal mendapat:
1 keping RM 5
5 keping RM 1
Sila ke kedai seterusnya, dan membeli gula-gula 4 bijik dan bayar di kaunter dengan RM10 jugak... dan jgn lupa buat muka tidak bersalah anda..
Tara... anda bakal mendapat jumlah seperti di atas juga..
lihat sekarang, anda sudah mempunyai
2 keping RM5
10 keping RM1
Sila berpindah pula ke kedai yang seterusnya dan lakukan perkaran keji yg sama dan perkata yang sama dilakukan berulang2 kali sampai anda pengsan!
selamat mencuba & selamat hari rayaaaaa!!
Subscribe to:
Posts (Atom)