OK sekarang sambung pulak hari kedua. Dalam pkul 8.30 dah
siap-siap turun breakfast. Semalam selepas bergembira dapat nasik, pagi ni
kegembiraan sudah tiada lagi. Tak ada satu makanan pun dekat café hotel tu yang
tekak aku selera untuk telan. Mula-mula ambil nasik goreng. Makan la sikit.
Nampak coco crunch dengan susu,. Rasa macam selera sikit. Tapi bila makan, coco
cruch nya failed. Tak lalu nak makan. Main paksa paksa je la tekak ni. Makan je
la ala kadar. Perut tak kenyang pun. Banyak lagi rongga2 kosong. Dah habis makan, kami pun tunggu la kat pintu
belakang hotel. Lambat jugak orang yg nak ambik kami tu sampai. Rupanya tourist
guide semuanya main agak2 org je la kan. Tengok nama kita lepas tu kena la
imagin rupa kita macamana, baru la senang nak teka, adakah kita org yang
dicari. Kalau aku tau, awal2 aku pakai nametag besar.
LOKASI KEDUA: TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Damn betul la. Perjalanan naik kereta dari hotel ke jeti tak
sampai 5 minit pun. Jalan kaki lagi cepat kut. masa dalam kereta, tourist guide
tu Tanya nak tambah apa-apa tak. Boleh try seawalking ataupun watersport. Aku
senyap je la. Tak tau nak ke tak sambil kira kira duit dalam bank. Haha..
Sampai kat jetty, dia bawak ke office dia, tunjuk gambar org buat seawalking.
Terus angguk setuju. Nah ambik ni RM180! T_T
Mula2 kami naik boat ke pulau manukan. Sampai2 sana terus
excited tgk banyak betul org sibuk tengah snorkeling. Aku dan kakpit dah
terlompat-lompat kat sana, tak sabar nak terjun air dah. Kalau boleh dari atas
jeti tu pun dah nak terjun. Tapi memandangkan kami ni gadis2 pemalu, terus
cancel. Sebelum start snorkeling, tangkap dulu gmbar2 kat pulau tu. habis sesi begambar, apa lagi, terus buat
bunjee jumping (mmg tipu) ke dalam air. Mula-mula nak pakai benda mask tu pun
tak reti. Lama2 ushar org punya, baru la pandai. Haaaa.. pengembaraan bermula..
sesi menonton ikan belang-belang berenang memang seronok.
Ada akak tu bagi aku roti. Ikan terus berebut2 cagut tangan
nak makan roti. Aku dengan akak tu banyak sejarah. Mula2 aku ingat akak tu
kakpit, duk terjerit2 panggil akak tu, rupanya salah org, giler punya malu.
Lepas dari tu, aku tgh snorkeling carik ikan, aku p tepuk bontot orang. Akak tu
ternampak dan ketawa tak henti-henti T_T
terima kasih kepada kamera waterproof kakpit
Ni gambar tengah bagi ikan belang-belang makan roti
hai ikan belang-belang, awak sangat comel. rasa macam nak goreng
Tp bila dah lama tengok air dia macam dah keruh2 sikit.. ikan
pun Nampak jadi kelabu.. aku pun berhajat nak bergerak ke sebelah sana pulak.
Ada orang tu cakap kat belah sana tu lagi banyak ikan. Kat belah sini Cuma ada
ikan belang-belang je. Kat sana nemo pun ada. Aku pun cepat2 berenang gaya
bebas untuk ke sebelah sana. Tapi malangnya, beberapa minit berenang, aku tak
bergerak-gerak pun dari tempat tadi. Aku harus menerima kenyataan yang aku mmg
tak boleh berenang. Harap gaya je yg lebih. Tangan bergerak, tapi hakikatnya
kaki kat bawah. Macamana nak begerak. Huhu~~ time up! Masa untuk begerak ke
pulau seterusnya T_T
air ni macam dah nak start keruh
Dari manukan pergi pulak ke pulau sapi. Kat pulau ni lebih
meriah. Lagi ramai orang. Dan ada makanannnnnn!!! Hehehe…. Sampai2 pulau tu,
terus pegi kat tempat buffet, ambik nasi, udang, sotong, ikan bla bla bla (tipu
jer) aku ambik sikit je sebab tak berapa nak selera sangat tgk makanannya.
Jenuh rasanya nak menghabiskan nasik satu senduk tu. yang selera Cuma tembikai
dengan air je la. Dan makan tengahari juga perut tak kenyang. Haihz T_T
Habis makan terus bergerak ke pejabat pulau tu. kat situ
kami dengar briefing pasal seawalking. Macamana isyarat2 yang kena buat masa
kat bawah air. Bla blab la.. 5 minit dah siap. Lepas kena tunggu pulak
sekumpulan orang Korea. Dia punya tourist guide duk bercerita punya la lama.15
minit ada kut. wah, kami punya tak smpai 5 minit, tapi diorang punya la lama.
Tak faham betul. Adakah ini satu diskriminasi terhadap pelancong tempatan? Ha
ha ha.. tapi memang kagum. Kumpulan orang korea tu memang ramai. Lebih 10 orang kalau tak silap.
Ada muda ada tua ada kanak2. Yang tua-tua tu umur dalam 50 rasanya. Dan berpakaian
macam nak pergi shopping kat KLCC. Tak rupa macam nak terjun laut langsung. Bila
tengok aku dengan kakpit, memang selekeh betul. Tshirt, track suit dengan
tudung senget2. Kami pun naik boat ke tengah laut. Kat sana ada satu pelantar. Turun
kat situ. Aku dengan kakpit duduk kat tepi, kena bagi orang-orang Korea turun
dulu. Ish.. ni lagi sekali diskriminasi terhadap pelancong tempatan T_T.
kat pelantar ni mmg tak dapat nak tangkap gmbar sebab camera semua letak dekat pulau. Kumpulan pertama turun seramai 8 org termasuk seorang budak kecik. Tengok diorang turun selambe je. Ok la kut. aku dengan kakpit duduk kat tepi smbil hati berdebar-debar. Bila dah habis, turun pulak kumpulan yang kedua. Ada sorang kakak (umur dalam 30an) turun beberapa saat terus naik semula dengan muka takut. Tak faham la pulak apa yang dia bebel, harapkan kakpit yg bayar mahal2 masuk kelas korea, tpi dia pun tau satu dua perkataan je. Kami syak dia punya telinga sakit sebab tekanan bawah laut tu. dia tak tahan. Lepas tu turun lagi beberapa orang. Ada sorang makcik ni turun, lepas tu naik jugak. Aku rasa mungkin dia dah termakan kata2 kawan dia yang sebelum tu tadi. Dia pun tak jadi turun jugak. Lama jugak la nak tunggu depa settle. Aku dengan kakpit group yang ketiga turun. Sebelum kakpit turun, ada sorang amoi ni pakai baju belang-belang (lebih kurang macam ikan jugak) turun kejap lepas tu naik semula dengan muka yang takut. Dia macam nak cancel dah. Lepas tu diver tu pun panggil kakpit dengan aku turun.
Kakpit berjalan ke tempat tu tak pandang belakang dah. Memang tak sabar2 dah la tu. kami tunggu punya la lama. Penat menunggu je. Lepas kakpit turun, aku punya turn pulak. Mula-mula turun sampai paras leher. Lepas tu dia letak helmet yang berat macam sandy si tupai dalam cerita spongebob tu. lepas letak terus diver tu tarik aku ke bawah. Memang rasa telinga sakit sikit time tu. telan-telan je la air liur, lepas tu ok dah la. Elok sampai je kat bawah, kena pegang tali. Jalan kena macam robot tak boleh senget2, nanti air masuk dalam helmet pulak. Oh oh… saya dikelilingi oleh ikan. Ya.. ikan belang2 yang banyak dekat pulau manukan tadi T_T. dan tiba-tiba aku tengok amoi pakai baju belang-belang tu berdiri tepi aku. Dia dah Berjaya turun rupanya. Mesti dia rasa tercabar aku dengan kakpit dah Berjaya turun ngeheh (perasan). duduk kat dasar laut memang sangat sejuk. Badan dah terketar2. Kat bawah tu, ada sorg diver tukang tangkap gmbar sorang-sorang. Dan paling best boleh pegang nemo yang comel. Kecik je nemo tu. agak lama jugak kat bawah tu, rasa dah lenguh2 bahu sebab helmet berat.

ikan belang-belang memang hidup sejahtera kat sini agaknya
tengok ni muka kakpit gembira betul
10 minit lebih jugak la duduk kat bawah tu. amoi baju
belang-belang yang turun paling last tu kena naik paling awal, dan aku orang
yang paling last naik. Elok2 naik, boat dah menunggu untuk balik semula ke
pulau. Bila smpai pulau, ingatkan ada masa nak snorkeling lagi. rupanya dah tak
sempat. dah siap2 semua terus kena ke jeti tunggu boat untuk balik. Kecewa betul
tak sempat nak sambung snorkeling.
Malam tu, lepas habis rest, kami keluar merayau-rayau kat
pasar malam. Cuci mata je, tak beli apa pun. Masa tengah tengok2 barang, kepala
rasa berpusing-pusing. Tak tau kenapa. Tapi aku syak sebab perut lapar, tak
cukup makanan. Yer la kan, dah dua hari tak dapat menikmati rasa perut kenyang
T_T. kami pun terus bergegas ke tempat orang makan2 seafood dan mengoder seekor
ikan masak nyonya apa benda tah. Nasik share sorang separuh dan air suam sorang
4 gelas T_T
ikan masak nyonya ni |
No comments:
Post a Comment