Aidil
Izwan seorang lelaki yang pintar, memperoleh Straight A’s dalam SPM dan STPM,
paling meminati Fizik, Semua hukum, terminology, teori yang berkaitan Fizik
Kinematik dan Dinamik, Quantum, termodinamik, Electicity dan Magnetik gelombang
dan lain-lain lagi semua ada dalam otaknya. Sedangkan cikgu sekolahnya dahulu juga
terasa tercabar apabila dia bertanyakan soalan-soalan yang cikgu pun
tergagap-gagap nak cari jawapan. Pernah sekali ada seorang budak telah mencampuradukkan
Hukum Newton pertama dan Hukum Newton kedua dan tetap nak mempertahankan
jawapan dia tu. Hampir-hampir nak bertumbuk jugak. Nasib baik budak tu pelari
pecut sekolah. Lintang pukang budak tu lari menyelamatkan diri. Kalau tak memang
lebam biji mata dia. Teori Newton Kedua ataupun lebih dikenali sebagai Hukum
Pecutan (F=ma) yang menyatakan bahawa kadar perubahan momentum satu jasad
berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah
yang sama dengan arah tindakan itu. Hukum yang jelas. Suatu jasad berjisim yang
dikenakan suatu daya bukan sifar akan mengalami pecutan. Inilah Hukum Newton
kedua yang menjadi pegangan hidup dia dan Isaac Newton telah diangkat sebagai
idola. Entah apa faedahnya, tak ramai yang tahu, tak ramai yang mengerti mahupun adiknya sendiri, Azwan Fitri.
Malam
itu, dia tekun mengadap skrin komputernya.
Menganalisis teori-teori untuk mentransformasikan keretanya sebagai sebuah mesen yang terpantas
dan lebih dinamik. Untuk menjadi seorang jaguh jalanraya, skill pemanduan merupakan
salah satu faktor tetapi spesifikasi dalam sesebuah mesen itu juga merupakan faktor
yang penting. Hatinya tergugat apabila memikirkan mengenai Myvi merah semalam. Sebuah
Myvi 1.3 L, manual transmission, Enjin Mitsubishi DOHC, 86 Kuasa Kuda pada
6000rmp. Tapi Myvi tu laju, memang laju. Tapi tak tentu hala. Tak ada arah
tujuan. Dia tersenyum. Myvi, Myvi, ramai pemandu Myvi yang laju, tapi tak tentu
hala, kereta standard tapi nak bawak pergi racing. Tak patut, tak patut. Dia
tersenyum sendirian.
Tiba-tiba
pintu biliknya di buka. Azwan Fitri masuk dan duduk di atas katil abangnya.
“Tadi aku ada terjumpa sorang mamat ni. Dia
nak jumpa hang malam sabtu nanti. Nama dia Zaky Tuah,” Azwan Fitri membawa
keluar nota yang ditulis oleh Zaky Tuah di atas bil pembayaran di Kayu Nasi
Kandar siang tadi dari dalam dompetnya dan meletakkannya di atas meja abangnya.
”Zaky
Tuah?????” Muka abangnya itu berubah.
Zaky Tuah menyanyi kecil mengikut rentak
lagu Flashlight dendangan Jessie J di dalam keretanya sementara menunggu Aidil
Izwan muncul. Jam keretanya menunjukkan pukul 12.55 minit pagi.
“And
though the road is long
I
look up to the sky
And
In the dark I found, I stop and I won’t fly
And
I sing along, I sing along, and I sing along”
"You're
my flash light, you're my flash light
You're
my flash light light light
You're
my flash light light light
You're
my flashlight”
Civic
hitam dipakirkan dihadapan keretanya. Zaky Tuah tersenyum lebar. Orang
yang ditunggunya sudah sampai. Masing-masing keluar dari perut kereta, Aidil Izwan
menghampiri Zaky Tuah dan menghulurkan salam. Salamnya disambut, masing-masing
menguntumkan senyuman sinis.
“Lama
tak jumpa,” Aidil Izwan memulakan bicara.
“Hmm.. betoi, 7 tahun dah tak jumpa, sejak
lepas ambik result SPM. Aku malaih nak sembang banyak dengan hang. Aku mai sini
sebab nak lumba, bukan berborak ”
”Cantik kereta hang. Nak lumba memang buleh. Tapi
aku ada satu soalan nak tanya hang dulu. Kalau hang dapat jawab dengan betul,
OK, kita lumba. Kalau tak, balik saja lah”
”OK, tak pa, apa soalannya?” Zaky Tuah
tidak terkejut. Dia sudah dapat menyangka soalan apa yang akan keluar dari
mulut Aidil Izwan. Bagi saja soalan apa,
semua dia sudah ready. Buku teks University Physics Young & Freedman 13th
Edition dah ada semua dalam kepala. Buku dah direbus, diminum airnya. Kalau
orang bagi soalan masa dia sedang tidur pun, dia boleh jawab lah.
”Soalannya senang saja, Daya geseran kinetik atau dinamik akan bergantung kepada 3 faktor, satu, daya tindakbalas normal jasad,
kedua, sifat-sifat permukaan jasad dan ketiga, halaju relatif pergerakan jasad.
Oleh itu berapakah daya geseran kinetik yang
akan terhasil jika sebuah Civic yang
berhalaju 160km/j bersentuhan dengan permukaan Evo X yang berhalaju sama?”
Zaky Tuah agak terperanjat mendengar
soalan itu.
”Ha haha, tak lah, aku main-main ja. Kata nak lumba kan. Jom, kita lumba, dari
Teluk Bahang sampai Balik Pulau. OK? Pukul 2 kita mula. Jom gerak pi Feringgi
dulu.” Aidil Izwan ketawa besar melihat perubahan muka Zaky Tuah.
Bermula dari Bulatan Teluk Bahang hingga
ke Balik Pulau, kira-kira 20km jaraknya. Secara normal, sebuah kereta yang
berkelajuan sederhana akan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke
Ke Balik Pulau. Banyak faktor yang perlu diambil kira seperti faktor jalan yang
merbahaya, sempit, gelap dan bengkang bengkok. Pukul 2 pagi, terlalu sedikit
kenderaan yang melalui jalan tersebut. Bagi Aidil Izwan, jalan tersebut sudah
terlalu biasa untuknya. Sudah tidak terkira berapa banyak dia berlumba di
sana, tidak pernah kalah, tidak pernah berlaku kemalangan. Tetapi, ramai juga
lawannya yang terbabas, tergesel dengan benteng tepi jalan. Tapi pada malam ni,
hatinya kurang senang. Dia sendiri tak pasti, macam mana soalan tadi boleh
terkeluar dari mulutnya. Otaknya ligat berfikir mengenai perkara itu, dia
sepatutnya fokus dengan perlumbaan yang akan berjalan sebentar lagi.
Zaky Tuah mendahului. Evo X dihadapan. Tetapi, diikuti rapat oleh Civic. Kira-kira
dua meter sahaja. Trottle ditekan, menambahkan lagi kelajuan. Zaky Tuah sedaya
upaya mahu menjarakkan keretanya dari didekati oleh Aidil Izwan. Sudah lebih
kurang 7km, Zaky Tuah berasa sedikit tertekan, Civic masih mengekori rapat. Dia
sudah cuba semaksimum yang mungkin, jalan yang berbengkang bengkok itu agak
payah untuknya menambahkan lagi pecutan keretanya. Halaju maksimum yang
dipandunya hanyalah 140km/j, itupun dijalan yang agak lurus. Di kawasan
bengkang-bengkok, dia hanya mampu memanddu selaju 100km/j sahaja. Itupun dia
berusaha memberi 100% fokus terhadap pemanduannya untuk mengelakkan kereta
terbabas. Sekali sekala mereka terserempak dengan kereta dari arah
bertentangan.
Berbeza pula dengan Aidil Izwan. Dia tenang mengekori Evo X itu. Masih belum masanya untuk dia menyerang,
dan bertindak untuk memotong kereta dihadapannya itu. Dia sudah dapat mengagak
yang Zaky Tuah bukanlah setanding dirinya. Dia jugak tertanya sendiri,
mengapakan Zaky Tuah boleh terjerumus ke arena lumba-lumba kereta ni. Dia hanya
menyangka yang Zaky Tuah itu cuma pandai berlari pecut di padang sekolah dan
seterusnya boleh mewakili negeri, dan menjadi pelari pecut negara. Tapi rupanya
salah sama sekali.
”Zaky Tuah, Zaky Tuah. Kereta hebat tak
menjanjikan kemenangan. Benda yang paling penting ialah skill. Skill, Zaky,
lepas tu baru diikuti oleh kereta. Ni jalan aku, hang bawak lah kereta sehebat
mana pun, kalau skill kurang, hang takkan menang,”Aidil Izwan bermonolog
sendiri.
Sudah sampai masanya untuk dia bertindak,
di selekoh di hadapan, dia akan memotong Zaky Tuah. Di situ lah tempat
kegemarannya untuk menyerang pihak lawan. Dan dia tidak pernah gagal. Jalan di
selekoh itu agak sempit, Aidil Izwan menambah halaju keretanya, memandu di arah
jalan bertentangan, halajunya bertambah lagi, sekarang, keretanya sudah selari
dengan kereta Zaky Tuah, dia cuba memandang Zaky Tuah yang berada betul-betul
di sebelah keretanya, tetapi sia-sia, malam gelap pekat, Cuma diterangi cahaya
bulan yang samar-samar. Tidak mungkin dia dapat melihat reaksi muka ZakyTuah
pada ketika itu. Sekarang, keretanya sudah berada dihadapan. Kemenangan sudah
berada di tangannya. Lagi 5km dihadapan ialah garisan tamat. Dia sangat
berkeyakinan bahawa Zaky Tuah tidak mungkin akan dapat memotong keretanya lagi.
Namun begitu, secara tiba-tiba, terdapat
satu kereta Myvi yang berkelajuan tinggi datang dari belakang, menghimpit dan memotong keretanya, dia
cuba sedaya upaya untuk mengawal setereng supaya tidak terbabas, dia menekan
brek dengan kuat supaya dapat memperlahankan kereta dengan cepat. Zaky Tuah
yang berada dibelakang juga tidak mampu untuk mengawal keretanya dan terkejut
apabila halaju kereta Civic dihadapannya berkurang secara mendadak. Dia panik,
brek ditekan kuat, tetapi malangnya dia sudah terlanggar bumper Civic.
Kedua-dua kereta sudah terberhenti. Masing-masing berpeluh di dahi, mengingati
semula apa yang terjadi sebentar tadi. Nyawa mereka hampir melayang. Nasib baik
teknik dan pengalaman yang mereka ada mampu mengawal kereta sebaik mungkin
walaupun perlanggaran tidak dapat dielakkan. Mereka berdua keluar dari kereta,
dan memeriksa kerosakan kereta masing-masing. Bumper belakang Civic sudah
rebeh. Bumper hadapan Evo X kemek agak teruk. Masing-masing mengurut kereta,
dan mereka kedua-duanya ketawa. Entah apa yang diketawakan, boleh jadi ketawa tanda kekecewaan.
Mereka terduduk di atas tanah, di sisi kereta
masing-masing.
”Mulut hang buleh tahan celupaq, kan? Eh,
celupaq ka, masin?” Zaky berkata, kepalanya mengadah ke langit sambil badannya
bersendar dia pintu kereta. Dia melemparkan kotak rokok kepada Aidil Izwan.
Aidil Izwan menyambut, kedua-duanya menghisap rokok, keadaan sunyi, bening. Jam
sudah menghampiri pukul 3 pagi. Hanya sekali sekala kenderaan melintasi mereka yang sudah tersadai di tepi jalan.
”Ha ha, aku pun tak paham pasepa aku buleh
cakap macam tu tadi. Mungkin ada instint
kut.” Setelah beberapa ketika, barulah
Aidil bersuara.
”Hang ingat lagi kes hang nak tumbuk aku
dulu, masa kita form 5? Aku masih ingat sampai la ni. Hah, cerita
budak-budak. Bodoh betoi aku rasa. Tapi hang tau dak? Pasai kes tu, aku end up
decide nak ambik degree in Physics. Aku ingat hang pun akan ambik kos fizik jugak, tapi aku silap rupanya. Hang ambik mechanical. Hah.. tapi
aku tak regret. Sebab sekarang aku ada degree in Physics. Dan sudah semestinya
sekarang, aku lebih terer fizik dari hang.”
“Hang
confident lebih kan, Zaky. Dari dulu
sama, tak berubah.”
“Hidup kita ni, confident mesti kena
tinggi. Sebelum kita lumba pun aku dah tau, aku tak mungkin menang kalau lawan
dengan hang. Tapi, aku kena yakinkan diri aku, apa pun tak mustahil akan
terjadi. ” Zaky Tuah menyambung, ”Tapi sebenaqnya aku agak regret.”
”Tadi tak regret? Ni regret pasai apa pulak? Dari dulu sampai la ni sama ja. Cakap berbelit.”
Aidil Izwan kurang berpuas hati.
”Ha ha ha, aku tak patut ambik kos fizik dulu. Aku ambik pun sebab hang. Aku tak mau kalah dengan hang. Memang
aku puas hati aku ada degree in Physics, tapi hang tak dak. Tapi, kebanyakan
coursemates aku dulu, semua jadi cikgu sains, cikgu fizik, cikgu math. Aku ni
mana ada jiwa cikgu. Mana buleh jadi cikgu sekolah. Degree yang aku ada tu, aku cuma
simpan dalam almari,” Zaky berterus terang, tiada apa yang diselindungkan.
”Habis tu, sekarang ni hang kerja apa? Aku
dengaq hang sekarang dah tinggal kat Seberang.”
”A'ah. Aku dok BM la ni. Lepas grad dulu, aku menganggur. Lama
jugak. Dalam setahun. Aku Cuma ada buat part time jadi cikgu tusyen kat rumah
orang. Aku ajaq anak orang kaya. Dia tu jutawan MLM. Dia ajak aku join MLM.
Alhamdulillah, dia train aku, bimbing aku, sekarang aku dah berjaya. MLM. Kalau
buat betul-betul, kena cara, buleh kaya. Walaupun tak sekaya bapak hang, tapi
aku puas hati. Hasil aku berusaha sendiri, walaupun terlalu ramai orang yang
membenci MLM. Dengaq pasal MLM pun rasa nak maki. Aku hilang ramai kawan pasai
benda ni. Tapi aku kata tak apa, aku sabaq. Aku yakin, benda tu dapat bagi
rezeki kat aku. Tengok la sekarang, aku dah mampu pakai Evo. Tapi bila lumba, kalah pulak dengan
hang, he he he,” dia bercakap sambil berseloroh. Puntung rokoknya dibaling ke
tengah jalanraya.
”Kereta mahal ni tak menjamin kemenangan. Tengok la tadi, kita kalah. Kita berdua kalah dengan Myvi. Dengan Myvi
tau. Ha ha ha.... Myvi...” dia berkata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. ”Kalau ikut logik, harga 5,6 bijik Myvi baru
sama dengan satu Evo X. Tapi hang pikiaq, pasepa kereta tu lagi laju?
Semuanya memerlukan skill. Kereta yang hebat, tapi dipandu oleh seorang driver ”P”
pun tak mustahil akan kalah dengan pemandu kancil 660 yang dah memandu selama
20 tahun. Tak apa lah, hang practice kuat lagi. Bila hang rasa dah confident
nak lumba dengan aku, hang carik la aku.”
”OK, aku simpan kata-kata hang ni. Dah lah tu, jom la kita balik.” Zaky Tuah
mengajaknya pulang sambil bangun dari tempat duduknya dan mengibas-ngibas seluarnya yang berpasir sedikit.
”Jom lah. Tapi sebelum
balik, aku ada satu soalan untuk hang jawab."
"Soalan lagi? Ya lah apa soalannya?"
"Berapakah jumlah momentum yang terjadi
apabila sebuah Evo X yang kurang pasti halajunya melanggar sebuah Civic yang sudah mengurangkan kelajuannya menjadi 20km/j?"
BERSAMBUNG......