Hari raya kelima, mata dia macam boleh terbukak sikit, itu pun kalau aku bawak dia keluar rumah.
Tapi, lepas dari tu mata dia memang tak mau bukak langsung. Aku terfikir nak bawak pergi veterinar. Tapi yang jadi masalahnya, aku beli kura kura tu RM7, dibuatnya kalau kos ubat dan caj dekat veterinar tu RM70, tak ke naya. Aku memanglah pencinta haiwan, tapi aku pun pencinta poket sendiri jugak =P
Sehari sebelum aku pergi ke Kemaman haritu, aku dah susah hati. Apa yang akan terjadi dekat kura kura ni. Dah seminggu lebih tak makan, mata tak bukak, esok nak jalan. Nak tinggal kura kura sekor sekor kat rumah atau nak bawak? Aku pergi kedai akuarium, aku tanya masalah kura kura aku ni. Dia bagi aku beli antibakteria. Serbuk warna kuning. Taburkan je serbuk tu dalam air kura kura. Biar dia berendam dalam air tu.
Kura-kura kena rendam dalam air Antibakteria
OK, aku dah fikir, buat malam ni, esok mata dia celik. Yessss...
Tapi tu semua itu karut semata-mata. Esoknya aku tengok sama jugak, tak nak bukak pun mata dia. Mana la jadi setakat buat sekali dua.
Nak tak nak, bawak je lah kura kura ni. Aku tinggalkan dia dekat rumah abang kat Sg. Buluh. Dan aku boleh la pergi ke Kemaman dengan senang hati.
Kura kura dapat girlfriend kat Sg Buluh, tapi malangnya tak dapat menatap matanya yang bulat tu. Maklumlah, masa tu mata tak nampak kan. Kesian.
Balik dari Kemaman. Kura kura masih tak OK lagi. Mata taknak bukak langsung.
Ni masa on the way balik ke Penang. Tengok, mata pejam. Elok duduk kat dashboard tu tak begerak-gerak. Kalau mata celik ni, jangan harap, mesti tah ke mana dah dia merayap.
Aku try la jugak baca-baca doa penyembuh rabun mata, hembus-hembus ke kura-kura. Hasil share orang kat FB. Mana tau berkesan kan. He he..
Macam dah lama sangat, susah betul hati bila tengok mata asyik terpejam. Aku try pergi ke kedai akuarium yang lain pulak. Budak kedai tu bagi nasihat, suruh tukar air setiap hari, guna air suam sikit, tabur garam sikit dalam air, jemur bawah matahari. Aku jemur kejap je, dalam setengah jam, letak atas bonet kereta kat luar rumah. Tapi ada sekali tu terlupa, cuaca pulak panas terik, sampai dua jam dia duduk kat luar. Wahh kejam betul aku ni. Air dia pun dh jadi panas bukan main. Mintak maap la kura kura.
Alhamdulillah, lepas seminggu ulang benda yang sama, dia pun dah mula celik mata. Mata pun kurang bengkak dah. Tapi masih tekaih kaih mata. Dan dia masih tak nak makan lagi. mata pun kadang-kadang masih pejam, bila letak tempat panas baru la dia terbukak.
Selepas sebulan lebih, akhirnya, mata dia macam dah OK sepenuhnya dan dia pun dah mula makan balik. Yeah... sebulan lebih kura kura tak makan. Alhamdulillah dia boleh hidup. masa tu aku rasa macam dah tak ada harapan.
Tapi siapa sangka kura kura panjang lagi umurnya :)
16 comments:
Huhu kura kura saya dah 13 hari mata terpejam. kadang-kadang je makan. most of the time x makan langsung. kalau air dah pakai air tapis (mesin sukida), anti klorin tu kena bubuh jugak ke? please help me. saya risau kalau dani and rani mati. huhu
☺☺antibakteria berapa ringgit?
Berapa harga ubat Kura Kura ..Yang Jenis bubuh dekat Mata Tu ..
kura2 aku oun gitu gak. seminggu lebih tak makan. mata oun asyik tertutup je. bukak mata pun kdg2 bila berjemur. duk diam je pasif sangat. padahal sebelum ni aktif nak mampus. hm nak kena letak air garam jugak ke ni
Habis tu kau buat apa je
Tolong kura2 sy pn cm ni skt mata x bukak sblh huhu
Tolong kura2 sy pn cm ni skt mata x bukak sblh huhu
Garam tu boleh guna apa apa jenis garam ke??
Garam tu.. garam yang nak masak tu ke... Pliss jawab.. sebab kalau boleh saya nak buat esok... 😭
SAMAAAAAAA
Saya guna garam khas untuk ikan
Ni
Kjp lagi nak buat lah mata dah bengkak kura kura brazil ni
Saya punya sama saya tengok mata kura-kura saya bukak sikit je sebelah dia tutup, aku pun dah susah hati dah. Aku belum bawa dia pergi vet
Ok tak mata kura-kura kamu
Kura² saya sdg alami sakit mata hampir sebulan. Asingkan dlm bekas lain. Letak garam. Buat 7 hari turut2 dan tukar air. Alhamdulillah nmpk dah lebih baik. Kesian tak makan dan mata bengkak masatu
Post a Comment