Hujung bulan january haritu, akhirnya tersampai jugak la
hajat aku dengan kakpit nak jejakkan
kaki kat bumi sabah. Dah lama kut plan nak ke sana, asyik tangguh, masa tak
sesuai la.. ekonomi tak stabil la. Ajak ramai orang untuk join. Ye la lagi
ramai lagi meriah ye dak. Tapi apa boleh buat, semuanya sepi, akhirnya kami
berdua jugak la.
Berbulan-bulan jugak la contact dengan org travel agent
(dapat dari matta fair). Mula-mula hantar dekat banyak jugak travel agent
mintak quotation. Lepas tu filter la cari yang paling murah. Terkejut beruk
jugak quotation yang dapat semuanya dekat-dekat 1k. tu tak masuk tiket flight
lagi. Berbulan2 baru decide betul-betul nak pegi jalan ke mana. Aku berbalas
email dengan org tu selama beberapa bulan. Mana tak nya satu hari balas satu
email dan satu soalan. Mesti orang tu pun naik menyampah dah terima email dari
aku. Memang tak sangka melancong dalam Negara sendiri pun kos tinggi. ok, kalau
nak murah, boleh je pergi sendiri tak payah guna travel-travel agent ni. Tapi oleh
kerana kami ni dua orang budak yg kurang keyakinan diri nak pegi tempat org,
elok la carik travel agent senang la nak begerak kan. Walaupun kena bayar
mahal.
Hari pertama dari KL (rumah kakpit) begerak seawal 6 pagi. Dah
kena heret beg dari rumah dia ke stesyen LRT. Nak highlight kat sini, oh..
susahnya jadi org KL ni. Nak ke airport punya la jauh, kena naik macam2
kenderaan. Mula-mula dah kena exercise jalan kaki. Seberang jalan dengan beg
berat. Turun tangga tinggi, baru sampai stesyen LRT. Kena beli tiket ke KL
Sentral pulak. Tunggu punya tunggu (ok org penang jakun sikit bila naik train
ni) train dalam 15 minit, train pun sampai. Aku ingat train tu terus sampai ke
KL sentral, rupanya kena turun kat Hang Tuah dulu, turun naik tangga lagi T_T
kena tunggu monorail plak. Bila dah smpai KL Sentral, masih ada tangga yang
menarik untuk dituruni lepas tu kena seberang jalan untuk naik SKY bus. Wahhh..
lecehnya… Pagi-pagi dah habis tenaga. kalau kat penang, start je kereta bawak
terus sampai ke airport bayan lepas. Kan ke senang.
Sampai je kat LCCT, perut memang bekeroncong. Energy kena
charge. Bila dah settle drop bag semua, cepat-cepat serang mcd (OK aku tak boycott).
Makan chicken porridge dengan apple pie dengan air milo je. Perut tak kenyang
pun. Nak highlight sekali lagi. Perut tak kenyang.
Flight dalam pkul 9.35, dalam flight kami senyap je. Mula2
besembang jugak, lepas tu dua-dua orang layan handphone masing-masing. Kakpit
dengan Arashi. Aku dengan concert Beyond. Dalam flight aku memang pantang sikit
becakap banyak ni. Kalau cakap banyak, nanti perut masuk angin. Bila masuk angin,
mula la rasa nak temuntah. Haa.. tu dah jadi masalah. Sudahnya perut tak
kenyang.
Sampai je kat KKIA, benda pertama yang di cari ialah toilet.
Sedih betul, toilet ada dua je, tapi beratur sangat panjang. Aku pulak salah
pilih line untuk queue. Orang yg queue depan aku semuanya masuk toilet dengan
lama. Elok smpai turn aku, nahh.. ada mak cik nak potong queue sebab dah tak
tahan. Wahh.. aku yg selalu menonton iklan BUDI BAHASA BUDAYA KITA yang Adlin
Aman Ramli belakon tu, kena la bagi makcik tu masuk dulu walaupun kurang rela. Ha
ha ha…
Bila dah settle semua,
kami pun bergerak keluar. dari jauh lagi dah nampak ada org pegang nama aku.
hehe.. bangga kejap. terus pergi kat orang tu, dia pun bawak kami ke hotel.
airport ke hotel tu tak jauh mana, tapi tu dia, punya lama baru sampai. dengan
jalan jam. tak sangka jugak kk punya jam macam tu. penang kat area town pun
kalah.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
masa dalam van perut
dah berbunyi-bunyi. memang lapar. tapi 1st program kami start pukul
2 ptg. masa tu dah pukul 1.30. memang tak sempat nak makan ni. nasib baik kat
tepi hotel ada 7eleven. ingat nak beli roti gardenia cokelat, tapi aku mungkin
bermimpi, roti tu tak wujud di sabah! aku pun main ambik je la roti yang lain. tak banyak pilihan pun. makan
roti, perut tak kenyang sebenarnya. bila dah check in bilik (bilik memang dah
book siap2 dekat agoda), ok bilik kami paling ekonomi punya, standard room tak
ada tingkap. hehehe… lepas settle letak barang terus kena turun balik, jalan
kaki lintas jalan depan hotel, kena tunggu bus trip kat situ. oh tempat tunggu
bas tu memang dekat dengan waterfront. angin dia punya la kuat…
lokasi pertama: klias
river cruise – beaufort
ni memang tempat yang
aku paling eksaited nak pergi. aku dah surf banyak blog. orang cakap memang
best tempat ni. so yang ni memang awal2 dah masuk dalam list tempat wajib
pergi. boleh tengok monyet hidung mancong. mana ada dekat waterfall aka kebun
bunga penang monyet spesis gini. yang dekat waterfall tu semua hidung penyek2.
tunggu punya tunggu kat situ, bas trip tak muncul2 jugak. hati dah gundah
gulana. risau kalau bas dah tinggal kitorang. dekat 2.30 baru la ada orang
tegur, cakap bas dah sampai. bas tunggu seberang jalan rupanya. naik-naik bas,
tengok bas dah penuh. semuanya orang taiwan. cuma tinggal seat belakang sekali
je. nak tak nak kena la duduk situ jugak. lepas tu bas pergi ke hotel lain
ambil lagi dua orang hongkong. wahhhh.. dalam bas tu cuma ada 4 orang malaysia.
aku, kakpit, tourist guide dan driver bus T_T.
memang jauh dari kk nak ke beaufort tu. dekat 2 jam jugak la. otw ke
sana, kami layan mp3 je la. mata pun mengantuk, perut pun tak berapa kenyang.
sampai je kat sana, aku nampak makanan! ini sudah menaikkan semangat aku. tapi makanannya cuma la tiga ketul kuih (goreng pisang, kuih loyang dengan kastat jagung) minum dengan TEH o. kami duduk semeja dengan orang hongkong. sembang-sembang la sikit-sikit dengan depa. ajar la depa cakap goreng pisang. depa pun datang ke sabah berdua jugak.
habis sesi makan2 kuih, pengembaraan pun bermula. yeah! naik bot jalan kat sungai. ini seronok. boleh tengok monyet (munyet orang sabah panggil) hidung mancong.
aisehh… ok, mula2 memang seronok, sebab aku igt munyet2 tu semua bermain2 dekat river bank, boleh tengok dengan dekat. tapi malangnya, munyet tu semua pemalu. duduk dekat hujung2 pokok, atas2 dahan, menyorok. punya la susah nak nampak. tapi brader yang bawak boat tu memang terer. mgkin sbb mmg tu profession dia tetiap hari tengok munyet. dia nampak je. aku puas betanya kat dia. kat mana? kat mana? tak nampak pun. dia pun jenuh tunjuk kat aku yg mata kero ni.
nah ni dia gmbar money hidung mancung. ni gambar terbaik la yg boleh ditangkap guna camera zoom 36x aku ni. tapi gmbar pun blur sbb tangan parkinson sikit. nak gmbar terang ni ha kat bawah ni. gmbar kat dinding. memang cute.. tak payah nak zoom zoom bagai.
apa macam? hensem tak? hensem tak?
ni gambar atas boat bersama tourist guide kami. dia ni orang
dusun. dia cakap kerja dia tiap tiap hari tengok munyet je sampai munyet pun
dah bosan tengok dia. ha ha ha.. aku tengok muka2 tourist dari taiwan tu
semuanya kebosanan sbb munyet yang diharapkan semuanya pemalu-pemalu belaka.
haihz… habis acara mengushar munyet di atas pokok, sesi yang ditunggu-tunggu
sudah tiba iaitu makan malam. gembira hati ni bila nampak nasik @@
bersambung…
No comments:
Post a Comment