Ok sekarang sambung pulak hari ketiga. Macam dah lama sangat
tinggal nanti telupa la pulak. Hari ketiga kami begerak pulak ke Hotspring dan Taman
Negara. Jauh jugak nak ke sana dari KK. Dalam dua jam lebih. Jalannya pun agak
memeningkan kepala. Lagi-lagi sebab perut tak kenyang. Makanan kat hotel memang
dah tak lalu. Dalam perjalanan ke sana kepala dah mula pening-pening sebab tak
cukup makan. Tapi gagahkan jugak la.
Dalam perjalanan ke Poring tu, singgah dulu kat kampong Marsha,
kat tamparuli. makan-makan nasik dulu =p. ok tu tipu je.. singgah rumah
terbalik. Yeah, kakpit sudah tentunya sangat gembira sebab itulah tmpat idaman
yang dia nak sangat pergi. Yang tak best nya tak boleh tangkap gambar dalam
rumah. Cuma boleh kat luar rumah jer. Lepak
dan jalan-jalan kat sana dalam setengah jam, kami pun teruskan perjalanan.
|
kereta ni plat johor yer.. |
|
jangan betulkan monitor pc anda.. |
Lepas tu, kami singgah pulak kat ermm.. ok tak ingat nama tempat ni. Tapi
boleh tengok view gunung kinabalu secara jelas. Sampai sini, berangan je la nak
panjat gunung. Badan ni memang sudah pasti tak larat nak panjat. Asyik ada
masalah dengan makanan, tenaga pun tak cukup, macamana nak panjat. Tourist guide
tu cakap kalau nak panjat mesti kena stamina kuat. Kena practice
berbulan-bulan. Sembang punya sembang pongpang pongpang, dia pun mengaku yang
dia pun tak penah daki lagi. Ha ha ha..
|
tinggi-tinggi gunung kinabalu.. tinggi lagi sayang sama kamu.. ehem ehem |
Dalam 20 minit singgah kat sini, perjalanan pun diteruskan
semula. Dalam setengah jam, kepala rasa pusing-pusing dah. Memang tau ni sebab
makanan tak cukup dalam badan, tapi perut tak lapar. Walau macamana pun, mesti
nak kena masukkan makanan dalam perut jugak. Nasib baik ternampak ada
gerai-gerai jual kat tepi jalan. Terus suruh driver tu berhenti, beli buah
anggur. Tak basuh pun taka pa la, janji boleh makan. Dapat makan sikit, baru
rasa lega sikit. Dan tak lama lepas tu, kami pun sampai ke destinasi. Yattaaaaa!!
Pengembaraan bermula..
|
turun beli belah kat tepi jalan.. |
|
sila ke kanan... |
Tinggi jugak nak mendaki bukit ni untuk naik ke jambatan
gantung.. rasa dah macam gula dalam badan habis terus, tenaga taka da dah. dengan
makanan tak cukup dalam badan. Nasib baik jugak dah makan anggur tadi. Tapi kepala
tetap rasa berpusing-pusing. Bersusah payah daki bukit, smpai jugak kat tempat
jambatan gantung tu. sampai kat sana duduk berehat dulu. Tiba-tiba, rasa ada
something nak terkeluar dari mulut. Oh tidak! Lepas keluar sedikit ‘barang-barang’
dari dalam perut, baru rasa kepala lega dan bertenaga sikit. Apa lagi,
perjalanan diteruskan. Jambatan gantung tu memang awesome betul. Tinggi, tapi
tak la rasa takut sangat sbb banyak pokok kat bawah. Jadi,daun-daun lindung
tanah. Tak de la rasa tinggi sangat, hehe.. berlagak je bunyinya kan. Aku pun
bukan jenis orang yang gayat. Memang boleh jalan dengan laju. Kakpit dengan
tourist guide kami tertinggal di belakang? Oh oh.. mereka takut rupanya. Nasib baik
aku punya mood tak berapa nak bagus, sebab makanan kurang daalam badan. Kalau tak,
dah lama aku kasi goyang-goyang bagi diorang takut.
|
kakpit lambat... kalau kasi goyang-goyang mesti cepat sikit smpai |
|
panjang kannn... |
|
tengok pandangan dari atas, nampk daun2 je.. bukan nampak tanah pun... tak la nampk tinggi sangat |
|
700m hokey.... jgn main2 :p |
Lepas turun dan main soak soak kaki dekat kolam hotspring
yang rasa macam air water heater… kami pun bergerak. Nak pergi tengok
bunga besar pulak. Lokasinya tak jauh pun dari poring hotspring tu. kami agak
luckly sebab masa tu memang bunga tengah mengembang. Nak tengok bunga sekuntum
tu kena bayar RM20 yer. Bukannya free sebab bunga tu duduk kat tanah orang. Ah,
memang kaya la tuan tanah tu. bayangkan kalau sehari 100 orang pergi tengok
bunga. Dia dah boleh dapat 2k. kalau bunga tu seminggu kembang sebelum dia
mati, dah berapa ribu riban di situ. Wow! Seronok dengar conversation antara
tourist-tourist guide yang jumpa geng-geng nya kat situ. Ada sorg Tanya, ‘hai, tak
pergi tengok munyet kan harini?’ yang sorg jawab ‘asyik mau tengok munyet
hari-hari, sekali sekala masuk hutan pula bah..’
Nak masuk tengok bunga pun kena berjalan jauh ke dalam. lalu hutan, denai, batu batan, akar-akar pokok, sungai, titi buloh.. bla bla bla..
|
cabaran diperlukan untuk tengok bunga besar =p |
akhirnya kami sampai ke tempat bunga. What? bunga besar dah mati? apa ni? adakah kami ditipu? kembalikan duit kami RM20!
|
Bunga yang dah mati kaler itam.. eeyuwww |
oh oh.. mintak maaf.. kena jalan depan lagi rupanya. dan akhirnya.. kelibat bunga besar sudah pun kelihatan... hey bunga, awak sangat besar. apa rahsianya? awak minum susu apa sehingga sihat sebegini rupa?
|
heheh.. nak tengok bunga sebijik ni pun kena berebut2... |
Untuk tengok bunga sekuntum tu, kakpit siap bertumbuk-tumbuk sampai lebam mata dengan sorang budak tu. dah pasti lah kakpit kalah. dahsyat betul. lain kali sila belajar karate yer.
|
muka kakpit lepas bertumbuk dengan budak kat belakang tu.. |
Dah habis tengok bunga, kami bergerak cari tempat makan. Tapi
masalahnya, perut ni memang banyak masalah, jadi masalah pun datang
berganda-ganda. Kepala berpusing-pusing balik. Dari tempat bunga ke tempat
makan memang jauh. Dan smpai ke tempat makan tu, memang tak lalu nak makan
langsung. Boleh makan beberapa suap je. Jadi tenaga memang tak cukup. Sampai kat
taman Negara, aku tak boleh nak turun. Kesian kakpit turun sorang-sorang je. Aku
duduk tido dalam van. Dia pun turun sekejap je.. mungkin sebab bosan dan hujan.
|
ini je gambar yang kakpit berjaya tangkap kat taman negara.. oh my goshhh! =p gambar apekah itu?? |
dan aku tido sepanjang pejalanan balik ke KK.
1 comment:
Kenapa aku takder 4 gambar yg plg atas?
Gambar yg last tu sorry la.. Tgh hujan, karang rosak kamera org, risau gak.. Hehe alasan sedangkan tangan tak henti2 goyang..
Post a Comment