Wednesday, July 1, 2015

Trip ke Singapura - USS

Pagi hari kedua, kami tunggu bus dalam pkul 8.30 dekat tepi jalan untuk pergi ke USS. Kami memang dah siap siap buat sandwich kat bilik buat bekalan makanan kat sana. Ye la, maklumlah kan, entah berapa la harga makanan kat sana tu. Makanan kat themepark kat Malaysia pun dah rasa macam nak marah dengan tahap kesedapan berlevel rendah, kat USS sana tu tak tau la nak cakap. Baik la ambik langkah berjaga-jaga. Kami tunggu bas dekat tepi jalan, dekat-dekat pukul 8.45 baru bas sampai. Bila naik bas, tengok bas dah penuh. Cuma tinggal 3 tempat duduk untuk kami bertiga.

Sampai kat USS lebih kurang pkul 10.30 pagi.  Yeahhhh... pengembaraan bermula! Aku ingat pesanan kawan aku, kat pintu masuk, nanti main yang belah kanan dulu, baru boleh jumpa transformer awal sikit. Baik! Pesanan diterima. Jom jalan.

Semestinya berebut-rebut tangkap gambar kat sini

 New York - Ride pertama yang kami naik - Sesame Street - Spaghetti Space  Chase. Ride ni tahap biasa-biasa je la. Tak de la menarik sangat. Budak-budak enjoy la kut. Tahap keseronokan aku bagi 2 bintang saja la. Kami sekejap je jalan-jalan kat New York City ni. Eh? Lepas naik ride dengan tangkap gambar sikit-sikit, kami bergerak ke tempat yang seterusnya.




Sci-Fi City - Tempat yang paling aku excited nak masuk Transformer 3D. Memang kena beratur sangat-sangat panjang. Dalam 40 minit jugak kira kira kitorang beratur, baru dapat naik. Masa beratur hati tak sabar dah tergedik-gedik nak naik. Nak hilangkan rasa bosan,  kami selfie la dua tiga kilo dulu. Bila dan naik ride ni. memang wow wow wow.... tak puas. memang tak puas. Rasa nak naik 10kali. Tahap keseronokan aku nak bagi 4.9 bintang! Sambil naik tu, aku ada try bukak cermin mata 3D, saja nak tengok apa yang jadi kat luar tu tanpa cermin mata. He he he.. OK, tak menarik, pakai balik baru la best..Keluar dari tempat ni, aku nak cari handphone. Dalam poket tak ada, dalam backpack tak ada. Ah sudah, mana pulak telefon bimbit aku ni. Puas cari cari dan cari. Memang tak ada. Hati aku dah berdebar. End up, kitorang pergi balik dekat jalan keluar dari Transformer 3D tadi. Lepas tu cakap pasal handphone tertinggal dekat dalam. Budak yang jaga dekat pintu tu, tanya kat kawan-kawan dia di dalam guna walkie talkie. Yes, memang ada telefon bimbit aku kat dalam. Tertinggal. Aku syak telefon tu terkeluar dari poket aku masa aku naik ride tu tadi. Apa-apa pun alhamdulillah. Takde la hilang telefon aku di negara orang. Eh?
 
Kami org terakhir dapat tangkap gambar dgn Bumble bee. Lepas ni dia nak rehat-rehat dah. Shif dah tamat =P
Seterusnya ialah Ancient Egypt. Ride yang pertama kami naik, Treasure hunters, memang beratur lama dan kena queue panjang nak mampus. Tapi ride dia sangat la mengecewakan. Tak adventure langsung, begerak perlahan. Macam tak berbaloi beratur lama, tapi tu je yang aku dapat. Tahap keseronokan aku bagi 1.2 bintang je la. Kemudian, kami masuk pulak Revenge of the mummy. Nah, ni bukan seronok namanya, ni tahap beronok-ronok. Roller coaster dia memang menakutkan. Tapi memang rasa puas. Yang ni pun aku rasa macam nak naik 10 kali. Siap main undur-undur lagi. Siapa yang datang USS ni, kalau tak naik yang ni, memang rugi la. Tahap keseronokan aku bagi 4.89 bintang. Kurang 0.01 je dari transformer tadi.
 
 
 
 
Ni orang Egypt datang dari mana kurang pasti la plak. Kitorang ada tgkap gmbar dengan diorang ni tapi Kakpit tak bagi gambar tu kat aku. Sampai ati
 
 
 
The Lost World - Sampai kat sini, kaki macam dah start nak sakit. Uh.. sakit kaki memang akan spoil mood sikit. Tapi nak buat macamana, teruskan je la perjalanan. Sini pun kena beratur sangat-sangat panjang jugak untuk naik Canopy Flyer. Tapi tahap keseronokan kat sini aku bagi 3 bintang saja la. Sebab tunggu lama sangat, dan naik sekejap je dah habis. Lepas tu, aku dengan Enna dekna, berdua je naik Dino-Soaring, ni lebih kepada kanak-kanak. Aku saja teman dekna dia teringin nak naik. So, naik je la. Tahap keseronokan 2.9.  Lepas tu kami duduk-duduk rehat dulu sambil makan sandwich dengan minum 100plus. Memang saja bawak 100plus sebab aku takut kalau-kalau tenaga kurang, macamana nak main banyak banyak kan. Dah lepas lepak-lepak semua, kami pun bergerak lagi. Tapi masih di Lost World. Kali ni nak naik Jurrassic Park Rapid Adventure pulak. Sini dia ada tulis, akan basah. Sila beli baju hujan. $3.00 jek. Ok 3 Dollar yer, bukan 3 ringgit bila dah diconvert ke RM dah dekat 9 ringgit satu. Kalau aku beli baju hujan dekat Watson, baru 3 ringgit 1. Jadi, cancel. Tak payah baju baju hujan. Kita redah je. Cuaca panas, kalau basah pun, nanti mesti cepat kering. Kami cuma bayar untuk locker, untuk simpan beg. Sini beratur paling lama. Kalah dekat Transformer dengan Treasure Hunter tadi. Sabar je la. Kalau nak cepat, boleh beratur dekat single rider. Tapi salah seorang dari kami disagree, jadi beratur je laaaaaa. Memang berbaloi tunggu lama kat sini. Dan yang penting memang aku basah. habis seluar aku. Tapi tak apa la, yang penting $3.00 aku selamat. He he he. Tahap Keseronokan aku bagi 4 bintang yowwww.
 
 Ni dia Dino-Soaring yang kurang mencabar
 
 
Cepat-cepat, kita pergi ke jumpa Shrek dengan Princess Fiona pulak kat Far Far Away. Aku tak ingat sangat kat sini. Rasanya ada naik satu je. ke dua? Yang paling ingat, kami kena toucher dengan Lord Farquard! Sakit tengkuk aku. Tahap keseronokan, tak berapa seronok. Sebab kena tourcher. Bagi je la 2.3 bintang. Kat sini macam tenaga dah mula berkurang, kami banyak tangkap-tangkap gambar saja la.
 
 Hello Mr. Shrek



Seterusnya ialah Madagascar, dan character yang paling aku suka Alex The Lion yang hensem tu..... Sini kami jalan laju-laju je. Cuma naik satu ride, naik boat pusing-pusing sungai. Eh, sungai ke? Tahap keseronokan 3.3 je la. Kat sini kami singgah Merchandize shop. Aku beli la USS mug satu. Harganya $10. Oh no, kalau kat sini, jangan harap la aku nak beli sebijik mug harga RM27 =P. Dengan pen Alex  berharga $4.90 dan fridge magnet untuk anak-anak saudara aku.

Dah habis membeli-belah.. eheh membeli belah la sangat, kami bergerak ke Hollywood pulak, tengok cara-cara orang Hollywood buat film. Lepas habis, kami pun jalan-jalan habiskan masa je dan tangkap gambar lagi. Aku banyak duduk je dah masa ni. Jalan sikit duduk, jalan sikit duduk. Menyesal betul tak pakai sport shoe. Jadi, sesiapa yang nak ke sana, sila la pakai sport shoe untuk keselesaan kaki anda.

Masa macam ada lagi, kami bergerak balik ke Sci-Fi. Naik Transformer lagi. Tapi tengok orang macam agak ramai lagi, kami dah beratur agak beberapa minit, kami patah balik, pergi dekat Revenge of mummy. Nak naik roller coaster lagi. Kat sini beratur sekejap dah sampai turn. Lepas tu, kami pergi balik ke Transformer. Orang dah tak ramai. Apa lagi... naik la lagi sekali. Yippieee... Sebab aku pun cuma excited yang dua ride ni saja. Yang lain tahap biasa biasa je la.

Dah puas jalan, apa lagi, jom balik. Bus trip dah tunggu! Esok nak jalan lagi.





No comments: