Monday, July 13, 2015

Saya pernah ke Lowyat pada tahun 2004 untuk membeli SD card 128mb yang berharga RM100

Panjang betul tajuk aku hari ni. Tapi jangan salah faham pulak. Kat sini, aku bukan nak complain pasal harga SD card 128mb yg berharga RM100 tu. Sebab zaman tu, tahun 2004, memang standard harga macam tu. Kalau kita beli 128mb harga RM100 pada masa sekarang ni mmg patut panggil todak langgar Lowyat tu. Ha ha ha... OK enough la mukadimah ni. Sekarang tak wujud dah pun SD card bersaiz 128mb. Jangan nak merepek sangat.

Pagi tadi, buka FB kecoh baca pasal budak-budak melayu merusuh depan Plaza Lowyat pasal kes budak beli OPPO AP, dia mengamuk balik kat kedai tu, dia pegi ambil handphone ori, tada tada tada...dituduh mencuri pulak. Kena belasah. Bla bla bla.. budak-budak lain pun semua dah start tak puas hati, peniaga-peniaga cina di Lowyat yang kaki kencing, berniaga tak jujur. Padahal benda tu dah well-known, memang dah tahu kat sana memang ramai yang suka kelentong orang. Tapi masih ramai yang berpusu-pusu ke sana. Kalau nak confirm beli benda yang original, nak beli Sony, sila ke Sony centre, nak beli Samsung, sila ke Samsung centre. Nak beli OPPO, sila ke OPPO centre ye adik-adik. Dan sebelum beli sila confirm kan warranty dulu. Make sure anda dapat Manufacturer warranty instead of Supplier Warranty. Biasanya manufacturer warranty ni dia bagi setahun saja. Kalau orang yang jual tu cakap 2 years warranty, agak fishy di situ, mesti dia bagi warranty dari kedai dia. Dan tak mustahil, lepas beberapa bulan, kedai tu akan tukar kepada nama lain. Oh mai oh mai. Dimanakah perginya warranty 2 tahun itu selepas kedai bertukar nama ya adik-adik? OK, ni pengalaman aku di Penang, di KL, aku tak pasti.Tapi aku rasa modus operandi nya sama saja kat mana-mana pun.

Apa yang merisaukan aku skrang bukan pasal ori tak ori. Bukan pasal OPPO tak OPPO. Yang menggusarkan hati aku sekarang ialah pasal #racism. masalah ni bukan masalah perkauman. Ini masalah antara peniaga yang menipu dan pembeli yang tertipu. Peniaga cina tipu jual handphone AP China made kepada orang melayu. Orang melayu marah. Orang melayu tak puas hati, orang melayu merusuh, orang melayu memaki, mencaci cina b*** penipu, berniaga tak pernah jujur. Kaki kencing. Racism secara tak rasmi dah berbangkit di sini. Heh, korang confirm ke yang peniaga Lowyat tu tak tipu bangsa diorang sendiri? Aku rasa diorang pukul sama rata je. Tak kisah la ko melayu ke, India ke Cina ke. Orang melayu sekalian, pls.. this is not the correct way. Korang memaki hamun, apa yang korang dapat? Yes, korang dapat sakit, korang dapat dosa je, lagi-lagi di bulan puasa ni. Pergi terawih carik pahala, balik terawih pergi merusuh buat dosa memaki orang. Siapa yang ajar?

Mostly orang cina yang memonopoli bisnes ni, orang melayu ni tukang beli je. Kalau ada pun, entah berapa percent saja orang melayu yang buat bisnes ni. Nak senang cerita, don't buy from them. Pergi cari kedai melayu, mahal sikit pun tak apa, janji tak kena tipu, Orang cina buat kerja macam ni, diorang tak tau yang benda tu salah. Diorang buat macam tu tanpa rasa bersalah. Diorang mana tau ada malaikat Raqib dan Atid duk catit amalan. Jadi, nasihat aku, tak suka peniaga cina, jangan pergi. pergi kedai melayu. Tapi jangan fikir orang melayu berniaga ni jujur sangat. Manusia ni semua sama saja, tak kira lah bangsa apa sekali pun. Tetap ada kaki menipu, kaki kelentong, kaki mencuri. Kalau semua orang melayu jujur, baik, warak, tak wujud lah mat mat rempit meragut, mencuri, merogol..bla bla bla (nah amek, mat rempit plak yang kena). Kalau agak-agak orang melayu sendiri pun nak menipu, ugut je cakap, Raqib dan Atid tengah tulis dosa pahala. Bagi diorang beringat sikit. Berniaga kena jujur. Kalau dia jual handphone AP, suruh dia mengaku, jangan pulak cakap yg tu ori. Sebab aku rasa, ramai je orang yang tak kisah beli benda AP ni, sebab memang harga dia lebih murah dari yang ori. Cuma yang penting kena jujur, jujur dan jujur.

OK lah... bagi aku, bukan semua cina tu jahat dan bukan semua melayu tu baik dan jujur. Semalam aku baru je tangkap Sony Alpha 5000 di Gadgetria, Megamall Pinang. Tuan punya cina, pekerja cina. Layanan tip top, No racism, dan yang penting, aku tak nampak penipuan yang ada di situ. Walaupun harga dia mahal sikit dari kedai yang lain, tapi aku puas hati dengan service yang dia bagi.  Boleh consider untuk pergi lagi ke sana lagi. To Gadgetria, i like your shop and pls do honest and don't cheat your customer macam peniaga2 kat Lowyat OK:)

Ini dia.. tadaaaaaa Sony Alpha 5000. OK, bulan depan kalau lapar, aku gigit camera je la kasi kenyang. Hehhhhhhh~



No comments: