Satu hari di food court, masa tu aku tengah makan laksa kuah ikan kayu. "Niza, niza, dulu yang masa niza daki Gunung Kinabalu dulu, malim gunung mana yang bawak niza?" kawan aku Che Ta tiba-tiba tanya sambil sedut teh ais.
Mak aih, nak tersedak aku. Bila masa pulak aku panjat Gunung Kinabalu?
"Tak tak, niza tak naik pun gunung dulu. Naik bukit kat Poring jek. Tu pun semput. Hehhhehh"
Cerita lama kat KK
Dulu memang pernah ada cita-cita nak daki gunung, tapi aku tiba-tiba tersedar kemampuan diri. Pernah panjat Bukit Jambul sekali, tu pun nak pengsan rasanya. Cuaca kat atas gunung tu sejuk, aku ni mandi pagi tanpa water heater pun dah terketar-ketar. Macamana nak duduk kat puncak gunung yang bersuhu rendah tu?
Jadi, sejak kes gempa di Ranau ni, aku dah nampak yang cita-cita nak panjat gunung tu memang tinggal impian saja lah. kecuali kalau ada MIRACLE ~
Gambar dari Nabalu, view Gunung Kinabalu dah jadi Desktop wallpaper aku skrg ;)
Kepada nudist climbers yang kurang ajar tu, satu je aku nak cakap "FISH YOU!" Pergi main jauh-jauh dan sila hormati negara kami.
2 comments:
Wow jadi wallpaper gmbr tu.. Mana tah gambar ni suma aku letak.. Gi jalan mana2 asyik muka ko jer... Bila nak tambah muka org len ni.. hahahahah Jgn marah na.. Ko jer yg sudi teman aku bercuti.. Org len dah sibuk dengan tanggungjawab keluarga...
Aku pon nk ckp bnda yg sama. Asikk asik muka ko jek. Hrp2 mabul dpt approval dan kita dpt kumpul ramai sikit org
Post a Comment