Dua
buah Civic saling bersaingan memandu pada awal pagi menuju ke puncak Bukit
Jambul. Dua orang kembar yang memandu Civic hitam dan Civic putih saling
kejar-mengejar di jalan raya yang lengang tanpa sebarang kenderaan di awal pagi
di kawasan perbukitan itu. Pemandu Civic hitam, Aidil Izwan menekan throttle rapat ke lantai kereta, dan memotong kereta
adiknya, Azwan Fitri yang berada dihadapannya sambil melihat meter kelajuan
kereta. Dia tersenyum puas dengan performance keretanya. Dia akan memberikan
latihan yang lebih lagi kepada adiknya supaya adiknya akan menjadi setanding
dirinya yang memang sudah dikenali sebagai pemandu terlaju dikalangan
pelumba-pelumba kereta haram Pulau Pinang.
Sejurus selepas Aidil Izwan melepasi kereta adiknya, Azwan Fitri,
kedua-dua kembar itu tergamam apabila terdapat sebuah Myvi merah memotong kedua-dua
kereta kembar Civic itu dengan laju sekali. Aidil Izwan meningkatkan kelajuan
untuk mengejar Myvi tersebut tetapi tidak Berjaya apabila tayar keretanya tidak
sempat mengelak dari termasuk ke dalam lubang jalan yang rosak. Dia sedaya upaya
mengawal keretanya supaya tidak terbabas dan melanggar benteng tepi jalan.
Kereta
mereka membelok masuk ke kawasan perumahan mewah Bukit Jambul dan
memberhentikan kereta dihadapan rumah tiga tingkat milik bapanya yang merupakan
seorang pemilik hospital swasta di negeri itu. Kembar tersebut keluar dari
kereta masing masing dan berpandangan sesama sendiri.
“Aidil,
apa yang hang tengah pikiaq sekarang?” Azwan Fitri mula membuka mulut.
“Aku
tak pernah tengok Myvi merah tu sebelum ni kat area sini. Gaya Myvi tu agak
fishie. Aku tak puas hati selagi aku tak jumpa depan-depan dengan budak Myvi
tu. Dia macam sengaja nak tunjuk hebat depan kita. Esok aku nak mintak Epy
siasat siapa budak Myvi merah tu.”
***********************************************************************************
”Aku besa tengok kereta tu, dia duduk dekat
area flat Bukit Gedong. Dia memang laju. Tapi tak sangka dia sampai boleh potong abang hang,” Epy dengan confident bercerita
kepada Azwan Fitri. Mereka berdua duduk lepak-lepak sambil pekena roti
tisu di Restoren Kayu Nasi Kandar, Bukit Jambul.
“Hang
ni confident ka? Entah-entah kereta lain kut,” Azwan Fitri menyangkal antara percaya
dengan tidak. Dia masih tidak boleh terima, kereta Myvi 1.3 berplat PGK berwarna
merah yang dah berusia 10 tahun boleh memotong kereta abangnya dengan sangat
laju.
Zaky
Tuah memerhatikan dua orang lelaki yang sedang rancak berbual mengenai Myvi
merah itu selang 3 buah meja dari meja mereka. Zaky Tuah menenyeh-nenyeh puntung
rokoknya ke dalam ashtray lantas mengambil bil pembayaran yang diletakkan oleh
pelayan kedai di atas mejanya. Dia bangun dan menuju ke arah meja Azwan Fitri
dan Epy lantas duduk di sebelah Epy.
“Civic Putih kat luaq tu kereta hang kan? Zaky Tuah memulakan bicara.
“Oh ya, nama aku Zaky Tuah. Aku dari BM,”
dia menghulurkan tangan tanda ingin salam perkenalan. Azwan Fitri dan Epy masih
diam membisu. ”Aku dengaq hang ni ada abang kembaq, bawak Civic hitam. Betoi
ka?” Zaky Tuah menyimpulkan senyuman sinis.
”Hang
buleh straight to the point? Hang mau apa? Carik pasai?” Epy seakan kurang
senang dengan kehadiran Zaky Tuah yang tidak diundang itu.
Zaky
Tuah memandang tepat ke dalam mata Azwan Fitri dan berkata, “Cakap dekat abang
hang, jumpa dekat Straits Quay sabtu malam ahad, pukoi 1 pagi. Aku nak
berdepan dengan hero sini. Kita tengok siapa yang lagi hero,” Zaky Tuah menulis
MALAM SABTU, 1 PAGI di belakang bil pembayarannya dan menyerahkan bil itu kepada
Azwan Fitri. Dia lantas bangun sambil menepuk-nepuk bahu Azwan Fitri.
“Oh lupa
plak, tu makanan aku tak bayaq lagi. Tolong bayaqkan ok? Anak taukeh mesti
banyak duit, takat 5 ringgit 6 kupang tu apa la sangat” Dia meninggalkan kedua orang lelaki itu sambil bersiul kecil.
Zaky Tuah bergerak keluar
dari restoren Kayu Nasi Kandar itu dan terus menuju ke kereta Evo X hitamnya
yang dipakirkan di depan restoren. Beberapa orang budak-budak perempuan yang
baru nak up menjeling-jeling Zaky Tuah yang sedang masuk ke dalam kereta sambil
membayangkan kalau-kalau lelaki bergaya itu nak ambil mereka sebagai marka.
BERSAMBUNG…
marka = girlfriend/boyfriend
BM = Bukit Mertajam
No comments:
Post a Comment